Thursday, February 23, 2012

ANWAR & ISRAEL : PAS tinggalkan Anwar?





"Allah telah menjelaskan dengan terperinci dalam surah al-Baqarah dan al-Ma'idah mengenai Israel, ini bukan isu perbezaan pendapat mahupun soal kemanusiaan, ini soal akidah bagi umat Islam dan menyokong sesuatu yang haram adalah perbuatan haram". 


Dalam hal perkara di atas, PAS perlu segera meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu ternyata konsisten menyokong keselamatan negara Israel, sesuatu yang diharamkan Islam sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran.

Sokongan kepada Israel bukan isu perbezaan pendapat tetapi ia isu akidah dan PAS tidak boleh lagi seiring dengan Anwar, apatah lagi mengiktirafnya sebagai Ketua Pembangkang.

Apa yang berlaku, apabila di tanya media... Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan pendapat yang disifatkannya sebagai 'kenyataan selamat' dalam isu Israel dan Anwar. PAS tidak boleh mendahulukan kepentingan politik berbanding tuntutan akidah.

"Anwar bukan sahaja menyokong, malah beliau konsisten mempertahan sokongan tersebut di mana PAS berada dalam jemaah itu. Ini soal akidah, dalam bab ini Islam menuntut kita bermufarakah (meninggalkan) pemimpin yang menentang tuntutan akidah.

Tindakan PAS sekadar menyatakan pendirian tidak cukup kerana mereka masih lagi bersama. Jelas 'kenyataan selamat' PAS yang dilihat nampak lebih mementingkan undi berbanding akidah.

Mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa PAS tidak akan sesekali mengiktiraf Israel kerana ia perbuatan haram. Selepas Mursyidul Am itu mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi mendengar penjelasan mengenai sokongannya terhadap negara Yahudi...

Ujud perbezaan dengan nada keras Nik Aziz sebelum ini yang memberi kata dua kepada Anwar. Sebaliknya Nik Aziz memberitahu yang beliau memahami penjelasan ketua pembangkang danmenyerah bulat-bulat kepada Anwar sama ada mahu menerima pendirian PAS atau sebaliknya.

Akhirnya, isu yang membabitkan akidah seperti ini pun PAS gagal untuk mengambil langkah sebagaimana disarankan Islam, kerjasama parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kononnya demi memperjuang Islam nampak hanya sia-sia.

"Kita kena kembali kepada al-Quran, jangan gadaikan akidah semata-mata demi kepentingan politik. Konsep kerjasama ini sepatutnya meletakkan Islam sebagai keutamaan tetapi jika dalam isu Israel pun PAS tidak boleh tangani, macam mana nak tegakkan Islam?

Anwar jauh tersasar dan pemimpin sebegini tidak boleh dianggap imam kepada jemaah. Sebab itu, Islam menyarankan kita supaya bermufarakah pemimpin sebegini kerana jika terus bersama hanya kerana undi, kita juga akan terpalit sama.



1 comment:

  1. Nasihat dan peringatan adalah seawal-awal kaedah belajar ...

    ReplyDelete