Thursday, December 29, 2011

Harakah pembelit, Hasan nafi minta maaf pada PAS

Bekas Pesuruhajaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikannya terhadap parti itu sebelum ini pada pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Baru, Kelantan, kelmarin.

Penafian tersebut sekaligus menolak kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Hasan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjurannya.


Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia membidas laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily mengenai perkara itu.


"Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.


"Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Menurut Hasan, beliau dan bekas Timbalan Naib Presiden, Nasharudin Mat Isa dijemput menghadiri satu majlis mahabbah bersama Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.


Beliau berkata, majlis tersebut menyentuh hala tuju parti, persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan perjalanan harakah sebagai lidah rasmi parti.


"Kami memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya," katanya.


Sementara itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan parti terhadap beliau dalam memperjuangkan Islam di negara ini.


Sumber: mStar Online

2 comments:

  1. Betol ke cite ni...Media UMNO ni bahaye....spin dia masyaAllah

    ReplyDelete
  2. ada kamu soal berita harakah macam kamu soal tu tak? jika ada, maknanya kamu mmg adil...
    jika takda, sendiri faham la...

    ReplyDelete