Wednesday, December 28, 2011

Adam Adli dijatuhkan hukuman buang daripada universiti? Baca sini...

Mahasiswa yang terlibat dengan sebarang kegiatan pelampau di luar universiti akan dikenakan tindakan gantung pembelajaran ataupun gugur taraf sebagai seorang mahasiswa.


Timbalan Penasihat Kanan Pejabat Perundangan Universiti Sains Malaysia (USM), Khirul Anuar Che Azmi berkata KLIK, hukuman yang dijatuhkan bergantung kepada peraturan yang sedia ada.


“Seorang mahasiswa, Adam Adli yang bertindak menurunkan bendera tertera gambar Perdana Menteri, boleh dijatuhkan hukuman dibuang daripada universiti atau digantung pembelajaran selama dua semester.


“Contoh kes itu dipandang sebagai satu kes yang serius dan ia bergantung kepada Jawatankuasa Tatatertib Pelajar di universitinya untuk hukuman,” katanya.


Katanya lagi, semua mahasiswa yang ditahan atas kesalahan disiplin akan diadili di peringkat universiti di mana mahasiswa ini akan dibicara dahulu oleh Jawatankuasa Tatatertib Pelajar.


Pada laporan berita lain, KLIK satu perhimpunan selama 16 jam akan diadakan oleh sekumpulan mahasiswa di hadapan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi menuntut universiti itu menggugurkan tuduhan terhadap penuntutnya, Adam Adli Abdul Halim kerana menurunkan bendera yang mempunyai gambar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Pengerusi Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Ahmad Syukri Ab Razab yang dipetik dalam portal Malaysiakini sebagai berkata, perhimpunan itu akan bermula dari pukul 9 malam pada 31 Disember sehingga 1 petang keesokan hari.


Jelasnya, malam tersebut dinamakan sebagai 'Malam Talkin untuk AUKU' (Akta Universiti dan Kolej Universiti.


“Tindakan kita duduk (di situ) sebagai simbolik. Diadakan juga ucapan daripada pimpinan pelajar termasuk Adam sendiri," kata Ahmad Syukri.


Beliau yang dihubungi oleh portal itu berkata, sepanjang tempoh perhimpunan itu, terdapat beberapa aktiviti dirancang seperti meletakkan bunga di pintu masuk UPSI.


Pada 23 Disember lalu, Adam Adli menerima surat perintah untuk dibicarakan oleh UPSI yang melibatkan dua pertuduhan iaitu mencemarkan nama UPSI dan menurunkan harta hak milik (bendera) di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada 17 Disember lalu.


Surat perintah tersebut mengarahkan Adam untuk hadir di perbicaraan mahkamah tatatertib universiti itu pada 9 Januari depan.


Kata PNS:
Apa dah jadi...?


Adam Adli dengan biadap menurunkan bendera berwajah Perdana Menteri
Adam Adli budak PKR
Adam Adli budak Anwar


8 comments:

  1. x tau nak ckp apa..kang salah komen den pulak kena tuduh jd balaci kerajaan,hu3

    Nur Amirah

    ReplyDelete
  2. Kalau nak berpolitik...berhenti jadi Mahasiswa.
    Ada yang lebih memerlukan tempat belajar di UPSI.
    Mohon kerja dengan PKR...mereka dapat "menjamin" masa depan Adam.

    Anti Biul Bisul

    ReplyDelete
  3. timo ajo lah sbb semangat bona bolom maso ehh

    ReplyDelete
  4. Ini di namakan 'Pancutan Pra Matang'.
    Orang berilmu menunjuk kebijaksanaan
    Orang bodoh menunjuk perasaan
    Orang gila menunjuk kemaluan
    Adam Adli boleh jadi 'coffe boy' Anwar Ibrahim

    ReplyDelete
  5. kononnya nak jadi hero utk anwar.

    ReplyDelete
  6. ibubapa menangis kerana anak,dihantar suruh belajar dia jadi kurangajar,saborlah sikit,tamat belajar jadi lah ahli politik,hormatilah perdana mentri kita.walaupun dia perti lain tapi tetap our primemenister kita,

    ReplyDelete
  7. Lepas nie, adam pulak la disondol DSAI nie lepas Sai...

    ReplyDelete