Saturday, January 7, 2012

Anwar ingat, kes liwat dia sama macam kes Tayyip Erdogan... Apa cerita beb? Baca sini!

 
Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri biar pun dipenjarakan atas tuduhan meliwat oleh Mahkamah Tinggi pada Isnin ini. KLIK Baca Sini

Dalam wawancara dengan portal berita Malaysiakini, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu berkata, pembangkang akan melantik seorang ‘Perdana Menteri sementara’ jika mereka berjaya membentuk kerajaan ketika beliau menjalani hukuman nanti.

Disini lah kesungguhan Anwar dalam berpolitik selama ini yang beria-ia hendakkan kemenangan dan menjadi pemerintah semata-mata nak melepaskan masaalah peribadinya serta rakus mengikut nafsu sangat-sangat mahu menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Apakah kita sedar akan prinsip Anwar ini? Kenyataan yang di keluarkan ini amat jelas kemana hala tuju parti politik yang bernama Parti Keadilan Rakyat. Parti yang hanya semata-mata ditubuhkan untuk Anwar dan menyelamatkan Anwar. Itu lah agenda penubuhan parti PKR sebenarnya.

Buka mata, buka telinga.. Berfikirlah guna otak!

Untuk apa menyokong parti ini kalau hanya semata-mata di sebabkan individu yang sedang mengila mengejar kuasa. Bukan sepertimana yang si gila kuasa ni laungkan di pentas-pentas ceramahnya... "Nak menyelamatkan negara"

Pi mai, pi mai sebenarnya "Nak menyelamatkan Anwar"...
Bagi PNS, tak sanggup aku berketuakan pemimpin negara yang berlatarbelakangkan peribadi seperti manusia ini...

PENDAPAT PNS :
Psssttt... Kalau nak tau kes Recep Tayyip Erdogan kenapa di terima rakyat Turki semula untuk menjadi PM negara itu? Erdogan di tangkap dan di penjarakan sebab berjihad memperjuangkan agama... Bukan seperti Anwar.
Kes Anwar ni, kes peribadi... Yang mungkin akan di penjarakan selepas 9 Januari nanti atas sebab kesalahan menyondol pekerja atau kakitangannya sendiri.. 

Tak sama kes Anwar dengan kes Erdogan tu Mak Limah ooiiiiiii!!!! 

No comments:

Post a Comment