Thursday, January 12, 2012

LIWAT II: Chegubard@Bardigol terus meroyan, walaupun Anwar dibebaskan.


Badrul Hisham Shaharin percaya keputusan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan Isnin lalu akan digunakan oleh kerajaan untuk menunjukkan kononnya transformasi kerajaan berjaya.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard atau Bardigol berkata, kerajaan melalui agen propaganda mereka akan mengeksploitasi keputusan kes tersebut bagi menarik sokongan kerajaan menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

“Rakyat perlu sedar keputusan kes tersebut bukan lambang transformasi Najib tetapi satu keputusan terpaksa dan kemenangan rakyat. Jika benar Najib jujur dia harus tampil memperjelaskan peranan dia dalam kosnpirasi ini atau dia harus mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan dengan bermaruah. Rakyat tidak boleh menerima PM yang tampil menipu, bercakap dengan fakta bercanggah beberapa kali demi melindungi pertemuan sulitnya dengan Saiful,” tambah beliau dalam kenyataannya di portal KLpos, semalam

Dalam hali ini, PNS percaya sekiranya Anwar didapati bersalah, ramai di kalangan pemimpin termasuklah si Bardigol ini dan penyokong pembangkang tidak akan dapat menerima hakikat itu serta mengata yang bukan-bukan terhadap kerajaan mahupun sistem kehakiman negara.
Antara alasan yang sering digunakan pembangkang adalah ‘konspirasi’, campur tangan pihak kerajaan, dan sistem kehakiman ‘dibeli’.

Selain itu, untuk menghangatkan keadaan, pihak pembangkang akan menyelitkan slogan-slogan yang meminta rakyat bangkit menentang ‘kezaliman’ seperti ‘lawan tetap lawan!’ dan ‘hidup hidup..hidup rakyat..hidup hidup..hidup Anwar!’.

Sebaliknya, setelah Anwar dibebaskan dari sebarang kesalahan, macam-macam hujah serta tuduhan lain pula yang di taburkan.

Namun itulah survival politik mereka, pembangkang akan tetap menyalahkan kerajaan atas dakwaan cuba memburuk-burukkan nama Ketua mereka. Walaupun sesuatu perkara itu adalah benar dan tiada lain selain daripada benar-benar belaka.

1 comment:

  1. Menyuruh ketua negara meletak jawatan merupakan biasanya langkah kedua..untuk revolusi. Lepas tu ajak rakyat memberontak kerana mereka tahu mereka tidak betul2 selamat. Cuba semak proses pencetusan revolusi di dunia Arab sekarang ini...soalnya siapa penganjurnya..dan siapa yang "funding"

    ReplyDelete