Monday, May 7, 2012

Larian bendera Umno tiba N.Sembilan



Larian Bendera Umno sempena sambutan ulang tahun Umno ke-66, hari ini tiba di Negeri Sembilan.

Bendera parti yang tiba dari Melaka diarak merentasi Sungai Linggi, sempadan Melaka-Negeri Sembilan di Tanjung Agas, di sini diserahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Hj.Mohamad Hj.Hasan.

Majlis penyerahan bendera itu berlangsung di Dataran Tanjung Agas, Port Dickson pada pukul 6 petang dan bendera berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk meneruskan larian di Negeri Sembilan yang bermula esok.

Ketika berucap pada majlis berkenaan, DS Utama Hj.Mohamad Hj. Hasan berkata larian itu merupakan satu simbol kekuatan seluruh anggota Umno untuk terus bersatu menghadapi cabaran mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Kita terima bendera keramat ini sebagai lambang persaudaraan dalam satu perjuangan ke arah membawa kejayaan," katanya.

Mohamad berkata larian bendera Umno di Negeri Sembilan akan bermula di Dataran Tanjung Agas sebelum dibawa ke Rembau, Rasah dan Seremban, serta kemudiannya diserahkan kepada Badan Perhubungan Umno Selangor pada Selasa.

Turut hadir pada majlis itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta beberapa pemimpin Umno dari Melaka dan Negeri Sembilan.

Larian dijadual tamat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini.

Untuk lihat foto acara sila klik link dibawah: 

No comments:

Post a Comment