Monday, October 15, 2012

Tolak Pemimpin Penganut Liberalisme, Pluralisme Fahaman Ekstrim Lagi Menyesatkan!

SALAM SEJAHTERA.

Kecelaruan idelogi di kalangan parti pakatan pembangkang menambahkan lagi keyakinan rakyat untuk terus mempertahankan dan tanpa ragu-ragu, memilih kerajaan Barisan Nasional (BN) yang tonggaknya UMNO dalam PRU 13.

Inilah kerajaan bertanggungjawab. Kerajaan BN yang menjunjung tinggi institusi beraja dalam memartabatkan agama Islam, bangsa dan tanah air tercinta.

Rakyat, khususnya yang beragama Islam perlu berwaspada terhadap golongan tertentu yang kini secara terang-terangan menyebarkan fahaman liberalisme dan pluralisme dalam bentuk baru, bertujuan menggugat serta menghakis nilai-nilai dan pegangan umat Islam.

Berselindung di sebalik prinsip hak asasi dan kesaksamaan, penganut fahaman liberalisme dan pluralisme menekankan doktrin mengasingkan agama bukan sahaja dari aspek kehidupan malah, menolak sistem beraja sebagai tonggak pemerintahan negara.

Ngos’s yang menerima dana zionis dibantu ahli-ahli politik yang dikuasai nafsu serakah tidak terkawal, tanpa segan silu menggadai idelogi perjuangan, memperdaya para penyokong semata-mata mahu merampas Putrajaya.

Fahaman liberalisme dan pluralisme yang merupakan ancaman kepada umat Islam sejagat dijadikan anutan . Ia kini diterjemahkan dalam bentuk baru dengan dijenamakan semula melalui idea-idea atau prinsip-prinsip hak asasi.

Dengan bangga dan tanpa rasa berdosa, buku tulisan Mobashar Jawed, bekas ahli parlimen India yang merupakan penganut tegar fahaman liberalisme dilancarkan oleh penasihat PKR, Anwar Ibrahim.

Ingat dan insaflah, cabaran utama umat Islam hari ini adalah fahaman ini menular di sebalik golongan pimpinan politik dan intelektual yang berselindung atas perjuangan menuntut kebebasan. Rakyat harus dengan berani menolak fahaman sesat ini.

Cegah segera penularan fahaman ini kerana tindakan mereka kian mencabar apabila sudah ada kecenderungan mempertikaikan kedaulatan Islam sebagai agama negara dengan memutarbelitkan peruntukan undang-undang dalam Perlembagaan.

Liberalisme dan plularisme adalah fahaman ektrim yang menyesatkan . Tanyalah diri sendiri dengan ikhlas, jujur dan bertanggungjawab. Adakah pemikiran begini mampu mendaulatkan agama Islam. Adakah tuntutan supaya golongan homoseksual, lesbian dan penukaran jantina diberikan hak kebebasan untuk mengamalkan kegiatan seks mengikut cara masing-masing sedangkan ia bertentangan dengan agama Islam.

Janganlah kita dikaburi dengan istilah kebebasan untuk memberi hak kepada golongan ini, sedangkan ia adalah perbuatan yang berdosa dan dilaknat Allah.
 
HAJI Z
KUALA LUMPUR
 
Sumber : UMNO Online

No comments:

Post a Comment