(Dr M: 'PRU 2008, tiada siapa minta bantuan saya')
SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam memoirnya,
Doktor Umum: Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad
pernah menceritakan bagaimana beliau dipinggirkan pada Pilihan Raya
Umum 2008 sehingga membawa kepada kekalahan teruk Barisan Nasional (BN).
Dr Mahathir, sejak menjadi Perdana Menteri dan Presiden Umno, telah
mengetuai BN menghadapi Pilihan Raya Umum 1982, 1986, 1990, 1995 dan
1999. Beliau bersara pada Oktober 2003 dan digantikan oleh Tun Abdullah
Ahmad Badawi yang memanggil pilihan raya umum pertamanya pada 2004 dan
disusuli dengan 2008.
“Saya tidak memainkan sebarang peranan dalam Pilihan Raya Umum 2008
kerana tiada siapa yang meminta bantuan saya. Jadi, saya hanya berkempen
di kawasan (anak saya Datuk) Mukhriz.
“Di situ, saya bertemu seorang lelaki yang secara berseloroh berkata bahawa tidak wujud lagi demokrasi di dalam Umno. Saya memikirkan hujah beliau dan saya bersetuju,” tulis beliau dalam bukunya yang terbit tahun lalu.

Menurut Dr Mahathir, hakikatnya tidak ada perkara yang lebih buruk
sehingga menyebabkan beliau mengeluarkan kritikan pedas terhadap
kepimpinan Abdullah melainkan kekalahan teruk BN pada PRU 2008.
“Apabila penerbangan saya ke Riyadh telah dipinda, saya dengan serta
merta memanggil sidang media di rumah bagi menyatakan secara terbuka
bahawa Tun Abdullah mesti memikul tanggungjawab di atas keputusan itu
dan meletak jawatan.
“Itulah cara yang terbaik selepas mengalami kekalahan teruk,” tulis Dr Mahathir.
Pada PRU 2008, lima negeri jatuh ke tangan pembangkang termasuk
Kelantan yang sudah sekian lama ditadbir Pas. BN juga dinafikan majoriti
dua pertiga di Parlimen.
“Saya memang menjangkakan Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan akan jatuh
ke tangan pembangkang, tetapi tidak menduga sama sekali Selangor dan
Perak juga akan tumbang,” tulis beliau.
Dr Mahathir turut menyatakan kebimbangannya apabila Umno, sebuah parti
yang dikatakan bersifat demokratik tidak berlaku ketika era pemerintahan
Abdullah.
“Di bawah kepimpinan Tun Abdullah, Presiden Umno itu menjadikan diri
beliau sebagai sebuah institusi. Cabaran terhadap beliau tidak
dibenarkan dan dasar serta tindakan beliau tidak boleh dipertikaikan.
“Nampaknya, tugas setiap ahli dan perwakilan ke Perhimpunan Agung
adalah untuk menyokong Presiden dan memuji apa sahaja yang beliau
katakana,” tulis Dr Mahathir.
Setelah beberapa tahun negara di bawah pentadbiran Tun Abdullah, beliau kemudian memutuskan untuk bersuara apabila penggantinya itu secara mengejut membatalkan projek jambatan pada April 2006 yang menyebabkan kerajaan membazirkan wang negara sebanyak kira-kira RM800 juta atau lebih separuh daripada kos sebenar pembinaannya.
“... saya fikir, kerajaan sepatutnya meneruskan projek tanpa mempedulikan Singapura.

“Saya ada satu pilihan sahaja, iaitu berdiam diri dan mengekalkan imej
negarawan yang dihormati atau bersuara semula. Saya memilih bercakap
kerana saya tidak dapat menanggung beban melihat negara kita menyerah
kalah kepada Singapura,” ujar beliau.
Dr Mahathir juga menceritakan bagaimana Pilihan Raya Umum 1999 yang merupakan pilihan raya terakhir beliau memimpin BN - adalah pilihan raya paling sukar buat dirinya.
Dr Mahathir juga menceritakan bagaimana Pilihan Raya Umum 1999 yang merupakan pilihan raya terakhir beliau memimpin BN - adalah pilihan raya paling sukar buat dirinya.
Pilihan raya itu diadakan beberapa bulan selepas Datuk Seri Anwar
Ibrahim dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden
Umno.
Ketika itu, BN tewas di Kelantan dan Terengganu manakala pembangkang mendapat lebih banyak kerusi berbanding 1995.
“Saya boleh melengahkan pilihan raya itu, tetapi saya tidak pasti sama
asa keadaan akan berubah dan menyebelahi kita,” tulisnya.
Peristiwa penyingkiran Anwar bertambah tragis dengan kisah mata
lebamnya sehingga menimbulkan kemarahan yang memuncak di kalangan orang
Melayu.
Ironinya, dalam keadaan getir itu, Dr Mahathir memutuskan untuk membubarkan Parlimen dan pilihan raya diadakan selepas negara baru pulih dari krisis mata wang.
Ironinya, dalam keadaan getir itu, Dr Mahathir memutuskan untuk membubarkan Parlimen dan pilihan raya diadakan selepas negara baru pulih dari krisis mata wang.
Ketika itulah undi Cina memainkan peranan besar dalam memenangkan BN apabila undi Melayu jatuh merudum.
“Pilihan raya Umum 1999 amat sukar. Sentimen negatif di kalangan orang
Melayu amat ketara, khususnya apabila Pas cuba memburuk-burukkan saya
dengan pelbagai gelaran,” tulis mantan Perdana Menteri itu.
Selepas PRU 1999, Dr Mahathir berkata, beliau sekali lagi menimbang
untuk bersara namun akhirnya memutuskan untuk memulihkan kekuatan dalam
parti, kestabilan politik dan sosial negara, menjana pertumbuhan ekonomi
dan memperkukuhkan kewangan kerajaan.
“Saya tidak mahu pengganti saya mewarisi masalah-masalah yang tercetus dalam perkhidmatan saya,” tulisnya.
Selama 22 tahun bergelar Perdana Menteri Malaysia keempat merupakan satu tempoh yang benar-benar berbaloi buat dirinya dalam membawa nama Malaysia ke seantero dunia.

Namun setelah meninggalkan tampuk pemerintahan, Dr Mahathir mula
mempelajari suatu perkara baru dalam arena politik negara yang amat
menyedihkan beliau.
“Saya mempelajari bahawa tidak ramai ahli politik boleh mengekalkan taat setia mereka kepada seseorang untuk selamanya.
“Sebaik sahaja kita hilang jawatan dan kuasa, mereka akan mengetepikan kita dan mengalih kesetiaan serta sokongan kepada sesiapa sahaja yang mengambil alih tempat kita. Malah mereka akan mengutuk kita kalau mereka fikir itu akan menyenangkan ketua baru mereka.
“Seperti kata sebuah lagu Inggeris, 'tiada siapa pun kenal anda bila anda tersungkur dan tersingkir'," tulis Dr Mahathir lagi.

No comments:
Post a Comment