Kemana ADUN Paroi YB Taufik Abd Ghani mahu pergi? Dengan lagak sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, berucap mengalahkan guruh berdentum di langit.
Tapi memang tak pelik dengan sikap puak-puak yang gilakan kuasa seperti ini... Cakap memang handal, buat habuk pun tarak. Hujung-hujung rakyat juga tertipu dengan dakyah-dakyah mereka.
Ini buktinya... PNS dapat lihat pendedahan dari sebuah blog yang menyatakan Taufik dilihat sebagai seorang angkuh dan bongkak setelah bergelar Pesuruhjaya PAS di Negeri Sembilan. Sikap Taufik mengenepikan orang lama seperti Zulkefly Mohamad Omar untuk jawatan Tim. Pesuruhjaya Pas 1 telah menimbulkan kebencian dikalangan ahli PAS Negeri Sembilan sendiri. Taufik kini di gelar “Kacang Lupakan Kulit” “Kawan Makan Kawan”
Bukan itu saja, Taufik juga dikatakan telah lakukan penyelewengan wang untuk ke Umrah, lari dari membayar hutang dengan Bendahari Perhubungan PAS N.Sembilan dengan nilai ribuan ringgit. Ini buktinya!
Dengar khabarnya, keratan surat di atas ini adalah sebahagian daripada surat yang telah dijumpai. Dan akan ada lagi pendedahan seterusnya daripada isi kandung surat tersebut. Pendedahan demi pendedahan akan dilakukan oleh blog ini untuk menunjukkan siapa sebenarnya pemimpin yang dipilih oleh kawasan DUN Paroi dan Ahli PAS N.Sembilan.
Maka benarlah, ramai kata orang khususnya dikalangan ahli parti PAS menegaskan bahawa Adun Paroi itu tidak layak untuk jawatan No 1 di dalam Pas Negeri kerana dikatakan tidak mempunyai disiplin sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai s/u kerja Pas satu ketika dahulu.
Ahli-ahli parti PAS juga tidak senang dengan sikap beliau yang sambil lewa bagi mengatasi masalah penipuan dan penyelewengan didalam parti itu sendiri.
Pendapat PNS pula, bukan hanya Taufik saja yang tidak layak memimpin. PAS juga harus terkubur di N.Sembilan kerana PAS adalah parti yang bertopengkan agama semata-mata. Hakikatnya bersifat busuk dalam perilakunya.
UNDI PAS = UNDI DAP!