Showing posts with label MB Negeri Sembilan. Show all posts
Showing posts with label MB Negeri Sembilan. Show all posts

Monday, May 7, 2012

Larian bendera Umno tiba N.Sembilan



Larian Bendera Umno sempena sambutan ulang tahun Umno ke-66, hari ini tiba di Negeri Sembilan.

Bendera parti yang tiba dari Melaka diarak merentasi Sungai Linggi, sempadan Melaka-Negeri Sembilan di Tanjung Agas, di sini diserahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Hj.Mohamad Hj.Hasan.

Majlis penyerahan bendera itu berlangsung di Dataran Tanjung Agas, Port Dickson pada pukul 6 petang dan bendera berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk meneruskan larian di Negeri Sembilan yang bermula esok.

Ketika berucap pada majlis berkenaan, DS Utama Hj.Mohamad Hj. Hasan berkata larian itu merupakan satu simbol kekuatan seluruh anggota Umno untuk terus bersatu menghadapi cabaran mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Kita terima bendera keramat ini sebagai lambang persaudaraan dalam satu perjuangan ke arah membawa kejayaan," katanya.

Mohamad berkata larian bendera Umno di Negeri Sembilan akan bermula di Dataran Tanjung Agas sebelum dibawa ke Rembau, Rasah dan Seremban, serta kemudiannya diserahkan kepada Badan Perhubungan Umno Selangor pada Selasa.

Turut hadir pada majlis itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta beberapa pemimpin Umno dari Melaka dan Negeri Sembilan.

Larian dijadual tamat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini.

Untuk lihat foto acara sila klik link dibawah: 

Thursday, April 19, 2012

Apa MB N9 buat tu?

Ooo..
Rupanya Tok Mat, MB N.Sembilan sedang makan bersama-sama rakyat..

Ingatkan buat apa tadi?

Tanpa sebarang protokol dan tanpa sebarang hidangan VIP beliau nampaknya tak kesah makan dengan cara sebegitu.

Strategi? Ada pulak pecacai pakatan haram cakap, nak dekat PRU baru nak buat camni!
Opss Silap tuduhan itu!

Memang Tok Mat Hassan ni seorang yang begitu humble.

Kalau dikenduri kendara dia makan sampai dengan duduk besila beramai-ramai, di majlis rasmi pun kadangkala dia menolak untuk makan di meja vip sebaliknya beliau lebih gemar makan bersama-sama orang ramai.

Bukan niat nak heboh benda ni, cuma kadang-kadang pecacai DAP selalulah jaja gambar pok nik dan Guan Eng makan nasi bungkus di warung makan macam gambar diatas.

Pemimpin UMNO pun ramai yang sebegini cuma kadangkala kita tak hebohkan saja! 

TQ juga untuk Anak Seberang

Friday, November 25, 2011

Pakatan Haram tak pernah pikirkan pasal rakyat, klik tengok video ni!


Mari kita pastikan Negeri Sembilan terus menjadi milik BN...
Undi PAS + Undi PKR = UNDI DAP

Jauhi pembangkang (PR)yang tak pernah pikirkan pasal rakyat... 
Ingat tekak sendiri saja.. Saksikan kenyataan ini...

Monday, September 19, 2011

Badrul fitnah MB pula kononya hadir majlis anjuran Magnum.

Chegu Bard tak ada modal , dalam tulisannya di blog sampah yang menjadi kilang fitnah ,menyoal apakah boleh MB yang bertaraf Haji merasmikan pesta Tanglung yang di taja oleh Magnum . Pesta ini bukan di taja oleh Megnum sebenarnya , cuma Bard yang busuk hati ini mahu mengekplotasikan isu. Dah tak ada isu nak main.

Pesta tangkung Muhibah ini dianjurkan oleh  oleh Pengurusan Sg. Ujung Walk bergabung dengan 43 Persatuan Belia Cina dari seluruh Negeri Sembilan. Magnum hanya salah satu sponser yang menaja , mungkin menaja  khemah nak tahu cerita sebenar yang diputarkan oleh Chegu Bard. baca sini..

Inikan program persatuan kaum Cina yang mana mereka ini adalah rakyat Negeri Sembilan dan adalah dibawah kepimpinan YAB  Menterui Besar. Bila  PR buat program Cina mereka akan kata ini program Cina , judi untuk orang Cina. Sebenarnya Chegu Bard tak payah lah nak  membuka mulut kalau hanya sekadar mahu mengeluar fitnah.Sebagai seorang Menteri Besar adalah tanggung jawab Menteri Besar untuk bersama rakyat walaupun kaum apa sekali. Mereka tetap anak Negeri Sembilan dan Rakyat Negeri Sembilan.

Menteri Besar juga turut melawat dua ahli sukan Negeri Sembilan yang beragama lain dan bangsa lain yang telah meninggal dunia baru baru ini. Ini juga akan diekplotasikan oleh si mulut longkang ini nanti.lihat ini . Bezanya beliau tidka sama sama sembahyang cara pemimpin Pakatan Rakyat ketika melawat Teoh Beng Hock. Beliau hanya menziarahi keluarga mendiang dan ini amat terpuji kerana Menteri Besar tiba ketika  rakyat nya dalam kesedihan dan mendiang juga banyak berjasa kepada Negeri Sembilan.

Bardrul sebenarnya berasa gusar dan gentar apabila  masyarakat Cina dan India kembali menyokong BN  kerana Bard mahu bertanding atas tiket DAP dan mahu maraih undi kaum Cina. Kesihan si Badrul ini tak habis habis  nak tabur fitnah. Badrul juga rungsing kerana Menteri Besar kuat bekerja.

Tuesday, August 30, 2011

Perutusan khas sempena Aidilfitri oleh YAB. Menteri Besar N.Sembilan


Assalamualaikum wbt.

Saya sekeluarga ingin mengambil kesempatan ini, untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua muslimin dan muslimat di seluruh Negeri Sembilan dan Malaysia.

Mari kita mengambil kesempatan di hari raya ini untuk ziarah menziarahi dan saling bermaafan di antara satu sama lain. Lupakanlah segala perkara yang boleh meretakkan hubungan antara kita.

Pandanglah kehadapan demi masa depan bangsa Melayu, tanahair dan agama.

Saya sekeluarga juga mengambil kesempatan ini untuk menjemput semua masyarakat di Negeri Sembilan, datang ke majlis rumah terbuka hari raya saya di Kampung Tanjung, Rantau, pada hari Sabtu, 3 September 2011 bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.

Salam Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sumber: N9kini.com

Friday, August 12, 2011

Kereta kabel rentas laut tarikan terbaru di Port Dickson

SEREMBAN: Negeri Sembilan akan mempunyai perkhidmatan kereta kabel merentasi laut menghubungkan sebuah bandar baru di Port Dickson dengan Pulau Arang, kata Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Projek kereta kebal sejauh satu kilometer itu merupakan satu tarikan di bandar baru PD Waterfront yang dimajukan oleh syarikat tempatan, TSR Ocean Park Sdn Bhd. 

"Keseluruhan projek PD Waterfront ini termasuk kereta kabel menelan belanja RM1.8 bilion. Kereta kabel akan dibina pada fasa kedua. Fasa pertama projek ini sudah hampir siap," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini. 

Mohamad berkata, beliau yakin kereta kabel itu akan menjadi tarikan utama pelancongan kerana kali pertama konsep kereta kabel merentasi laut diperkenalkan di negara ini.

"Pulau Arang mempunyai hutan simpan semula jadi yang mengandungi pelbagai spesies pokok dan tumbuhan," katanya.

Mohamad berkata, kerajaan negeri juga merancang untuk menjadikan sebuah kawasan perniagaan di PD Waterfront sebagai zon bebas cukai.

PD Waterfront di kawasan seluas 20 hektar mempunyai kemudahan jeti, hotel dan pusat membeli belah.
Beliau yakin projek PD Waterfront akan mendapat sambutan pelabur memandangkan pelancong luar negara dan tempatan yang mengunjungi pantainya boleh mencecah sehingga kepada 1.5 juta orang.

Mohamad berkata, dalam fasa dua dan fasa tiga, PD Waterfront akan mempunyai hotel tiga dan empat bintang serta pusat perubatan, taman tema dan sebuah pusat konvensyen. - BERNAMA