Showing posts with label Pembangkang. Show all posts
Showing posts with label Pembangkang. Show all posts

Tuesday, September 11, 2012

KARPAL ARAH PAS KELUAR PAKATAN REPUBLIK

 
INSIDEN terbaru di Majlis Hari Raya anjuran Muslimah PAS baru-baru ini yang mengasingkan tetamu lelaki dengan tetamu perempuan telah mendapat Kritik Besar daripada PengAnti Islam DAP, Encik Karpal Singh.

Kata Karpal Singh mengulas kejadian tersebut, "ia menunjukkan Pas telah cuba impliment dan cuba untuk laksanakan Hudud Pas tanpa Kelulusan Pakatan Republik".

Karpal Singh mendesak supaya Pas tidak tunggu lama di dalam Pakatan Republik, dan mendesak supaya Pas segera keluar dari Pakatan Republik.

Mengulas Desakan Karpal Singh, Muslimah Pas berkata mereka akan tetap dengan pendirian mereka bahawa mengasingkan lelaki dan wanita dalam sebarang majlis.

***Baca Desakan Karpal Singh supaya Pas keluar segera dari Pakatan Republik dalam The Star hari ini 11/11/2012.
 
Terima kasih mymassa dengan info padat dan terkini..

Friday, May 4, 2012

Hadi Awang: Islam Bukan Agama Rasmi Negara Jika PR Memerintah


Presiden PAS, Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya.


Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan, maka kali ini, Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari perlembagaan jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah negara ini.


Menurut Hadi Awang, ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini, “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup’”.


Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’.


Bagaimanapun, untuk kesekian kalinya, Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat.


Menurut Karpal, “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.”


Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini.


Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.  Selama ini, Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam PR.


Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.


Namun, keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.


Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia.  Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka.


Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.   Sebelum ini, isu hudud, arak, judi, Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.   Dan seperti yang kita sedia maklum, dalam semua isu, PAS telah mengalah kepada DAP.


Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.


Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam?


Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid?  


Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan?


Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.


Namun, bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya?   Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam.


Justeru, jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka?


Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam.  Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan.


Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama?

Saturday, April 14, 2012

PERHIMPUNAN BANTAH PTPTN: Provokasi pembangkang kudakan mahasiswa, GAGAL!



Ternyata Perhimpunan Bantah PTPTN hari ini berhadapan dengan kegagalan kumpulan mahasiswa bagi mendesak pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Terbukti jelas, bila dilaporkan hanya 300 orang sahaja yang menyertai demonstrasi pemansuhan PTPTN ini, manakala rancangan asal untuk berarak dari Padang Merbuk ke Dataran Merdeka juga tidak berjaya kerana difahamkan perarakan bermula di Masjid Jamek hingga ke Sogo.

Bukankah Adam Adli didakwa mempunyai sokongan beribu mahasiswa, kenapa nak mengumpulkan 5,000 orang peserta pun tidak mampu? 


Begitu juga dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan mewakili puluhan ribu mahasiswa lain di merata tempat dalam negara.

Kemana mereka semua?

Mahasiswa ke ni?
Pada masa yang sama, PN9 dengar... Bukan semua yang hadir adalah mahasiswa tapi kutu jalan yang dipungut untuk meramaikan peserta, benarkah begitu?

Nak salahkan polis, tidak ada sekatan jalan atau ‘penguncian’ bandar yang dilakukan seperti demonstrasi Bersih 2.0 dahulu. Jadi, dimana silapnya sehinggakan jumlah kehadiran peserta demonstrasi amat mengecewakan sekali.

Seolah-olah perkara ini telah diblackout sepenuhnya.

PN9 juga mendapat khabar dari puak-puak dalaman pembangkang itu sendiri, yang mana kononnya demonstrasi ini gagal atas 2 sebab yang dikenal pasti sebagai punca utama.



Pertama, kerana kesilapan meletakkan Adam Adli yang punyai macam-macam hal antaranya kejadian di Flat Kg Kerinchi tempoh hari jelas menunjukkan penolakan masyarakat terhadap kehadirannya yang hanya disifatkan ‘pengacau’ di beri mandat mengetuai demonstrasi ini.


Kedua, kegagalan menjelas dengan sepenuhnya perincian bagaimana Pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma ini akan dilaksanakan nanti atau dengan bahasa mudah, nampak seperti menyalak tak tentu arah saja semuanya ni... 

Dan ada juga blog pro-pembangkang mengatakan, bahawa demonstrasi hari ini GAGAL, MEMALUKAN DAN MENGHABISKAN BERAS SAHAJA..


Pendapat PN9:
Rakyat hari sudah bijak berfikir yang mana kaca dan yang mana permata. Apa yang belaku hari ini juga tidak lain dan tidak bukan hanyalah provokasi pembangkang dengan memperkudakan mahasiswa didalam usaha meraih simpati mendapatkan undi kemenangan pada PRU13 akan datang.... Dah tak ada cara lain ke, daripada cara menyusahkan orang sebegini?

Wednesday, April 4, 2012

BONGKAR! Taufik Paroi seleweng duit dan PAS NS harus ditolak.


Kemana ADUN Paroi YB Taufik Abd Ghani mahu pergi?  Dengan lagak sebagai Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan, berucap mengalahkan guruh berdentum di langit.

Tapi memang tak pelik dengan sikap puak-puak yang gilakan kuasa seperti ini... Cakap memang handal, buat habuk pun tarak. Hujung-hujung rakyat juga tertipu dengan dakyah-dakyah mereka.

Ini buktinya... PNS dapat lihat pendedahan dari sebuah blog yang menyatakan Taufik dilihat sebagai seorang angkuh dan bongkak setelah bergelar Pesuruhjaya PAS di Negeri Sembilan. Sikap Taufik mengenepikan orang lama seperti Zulkefly Mohamad Omar untuk jawatan Tim. Pesuruhjaya Pas 1 telah menimbulkan kebencian dikalangan ahli PAS Negeri Sembilan sendiri. Taufik kini di gelar  “Kacang Lupakan Kulit” “Kawan Makan Kawan” 

Bukan itu saja, Taufik juga dikatakan telah lakukan penyelewengan wang untuk ke Umrah, lari dari membayar hutang dengan Bendahari Perhubungan PAS N.Sembilan dengan nilai ribuan ringgit. Ini buktinya!


Dengar khabarnya, keratan surat di atas ini adalah sebahagian daripada surat yang telah dijumpai. Dan akan ada lagi pendedahan seterusnya daripada isi kandung surat tersebut. Pendedahan demi pendedahan akan dilakukan oleh blog ini untuk menunjukkan siapa sebenarnya pemimpin yang dipilih oleh kawasan DUN Paroi dan Ahli PAS N.Sembilan. 

Maka benarlah, ramai kata orang khususnya dikalangan ahli parti PAS menegaskan bahawa Adun Paroi itu tidak layak untuk jawatan No 1 di dalam Pas Negeri kerana dikatakan tidak mempunyai disiplin sehingga terpaksa meletakkan jawatan sebagai s/u kerja Pas satu ketika dahulu.

Ahli-ahli parti PAS juga tidak senang dengan sikap beliau yang sambil lewa bagi mengatasi masalah penipuan dan penyelewengan didalam parti itu sendiri.

Pendapat PNS pula, bukan hanya Taufik saja yang tidak layak memimpin. PAS juga harus terkubur di N.Sembilan  kerana PAS adalah parti yang bertopengkan agama semata-mata. Hakikatnya bersifat busuk dalam perilakunya.

UNDI PAS = UNDI DAP!


Friday, March 16, 2012

Tengok lah! Dokumen SULIT milik PKR untuk hancurkan BN terdedah...

Agenda memusnahkan kepercayaan rakyat keatas kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO terus diperhebatkan oleh pakatan pembangkang terutama melalui Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim. Serangan hebat akan berterusan menjelang PRU 13 yang semakin terasa bahangnya.

Dokumen dibawah merupakan dokumen SULIT milik PKR yang telah digarap oleh Anwar Ibrahim dan pakar Staratgei PKR (CIA) dalam membinasakan kepercayaan rakyat keatas UMNO. Dokumen yang Sahih dan bukan satu rekayasa palsu dalam menfitnah PKR ataupun Anwar Ibrahim.Dalam gambar dibawah kita dapat lihat beberapa Isu yang akan diketengahkan oleh pihak PKR dalam memainkan sentimen kebencian keatas pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional.


Melayu sudah beralih arah menyokong UMNO maka PKR merasakan perlu untuk memperbodohkan orang Melayu sekali lagi dengan menyokong pakatan PAS,DAP dan PKR pada PRU 13 kelak. Kuasa Melayu ditagih oleh puak PKR diketuai Anwar Israel Jahanam ini.
Tembelang Mereka Dah Pecah

Isu Keronisme dan Rasuah akan dimainkan pihak pembangkang selepas ini sehingga kepada tarikh pilihanraya dan ini semua pekara yang sama digunakan pada PRU ke 12 yang lepas yang mana mengakibatkan Rakyat termakan hasutan pihak pembangkang.

Ironinya mereka Pakatan pembangkang seringkali menyatakan UMNO Korupsi dan Rasuah walhalkan jika kita lihat setakat penggal ini selepas PRU12 Kepimpinan pakatan lah yang banyak mengamalkan Korupsi dan Rasuah dalam pembahagian tender, Kontrak dan sebagainya. Sampaikan Tender Kontrak Sampah pun mereka kaut sehingga menyebabkan rakyat Selangor mendapat kesan hasil sampah yang tidak dikutip.

Rakyat Malaysia diminta peka akan hal ini yang mana pakatan akan terus terusan menipu anda dengan kehebatan mereka menyebarkan propaganda dan Fitnah jahat keatas Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Banyak usaha yang diakukan kerajaan BN selepas PRU12 yang lepas dan jika kita sendiri peka sudah pasti kita dapat lihat banyak Tranformasi yang dibawa kerajaan khas buat rakyat dengan pelbagai kemudahan dan sebagainya. Kedai rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, Subsidi itu ini, Boucer buku sekolah, Bantuan rm500 bagi yang layak malah bermacam macam faedah demi rakyat Malaysia diberi oleh kerajaan Barisan Nasional.



Wednesday, March 14, 2012

Pemimpin PR tunjuk pekong lagi di Dewan Rakyat.

Takkan nak jadi sampai begini?
Tak reti-reti lagi ke? Kalau dah pembangkang tetap pembangkang la...

Walaupun tahu bahawa kes yang dibawa ke mahkamah tidak boleh dibincangkan di luar, pagi tadi di Dewan Rakyat seorang ahli parlimennya tetap mahu mengemukakan usul tergembar mengenai Pusat Fidlot Nasional (NFC).

Hasilnya Dewan Rakyat menolak usul yang dikemukakan pembangkang bagi bincangkan isu tersebut kerana ia sudah menjadi kes mahkamah.

Keputusan itu dibuat oleh Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, pagi tadi.

Pandikar Amin berkata, usul yang dikemukakan Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin itu akan menganggu proses mahkamah sekiranya dibenar untuk dibahaskan.

Bagaimanapun Zuraida terus berdegil dan keputusan yang di buat Speaker Dewan Rakyat itu dipertikaikan.

Saturday, March 10, 2012

Anwar bila turun padang... Apa ada?

Nampak jauh beza kalau nak di bandingkan parti pembangkang bila turun padang. Mereka, terutama Ketua Pembangkangnya Anwar bila turun padang... Apa ada? 

Nampak hanya sibuk menyalak menghasut fikiran rakyat dan fitnah kerajaan. 
 

Itulah juga kepercayaan Anwar... Baginya menghasut dan memfitnah sahaja dia boleh ditabalkan menjadi Perdana Menteri Malaysia. Tetapi rakyat bukan seperti tahun 2008, kini rakyat semakin sedar pakatan pembangkang hanya pandai bermain dengan kata-kata sahaja. Sedangkan setelah diberi amanah, mereka tidak mampu melakukannya.

Bukan itu sahaja pakatan pembangkan yang ada hari ini lebih seperti kera mendapat bunga berebut bagai nak gila sedangkan rakyat terus dibiarkan menghadapi masalah.


Tapi, PN9 amat berpuas hati dengan lawatan kerja yang di anjurkan BN setiap kali pemimpinnya turun padang bertemu rakyat. Nampak jelas keperihatinan serta sentuhan denyut rakyat yang ditunjukkan. Pelbagai permasaalahan di selesaikan serta jalinan mesra rakyat dapat di rasakan. 

Semalam Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sekali lagi turun ke N.Sembilan ( Johol ) bertemu rakyat. Pelbagai aktiviti di atur.

Berucap di hadapan rakyat, benar sekali apa yang dinyatakan YAB. TPM. Memang tiada sebab untuk kita menolak BN pada PRU 13 nanti.


Kerajaan BN memang telah membina banyak tunjuk kejayaan dan kemajuan, hasil kerjasama yang baik antara rakyat dan pemimpin selain direstui oleh Allah SWT.
 

BN di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengambil banyak inisiatif antaranya mewujudkan program transformasi dalam pelbagai bidang yang kesemuanya berasaskan kepada denyut nadi rakyat. 



YAB. TPM & MB Negeri Sembilan bertemu rakyat di Johol.
Dalam pada itu, TPM mengumumkan peruntukan sebanyak RM550,000 untuk menaik taraf bangunan Sekolah Menengah Agama Johol, RM100,000 untuk membina kelas tambahan Sekolah Kebangsaan Dato’ Inas; RM1.5 juta untuk membina Masjid Baru Gentam, Kuala Pilah dan RM320,000 untuk menaik taraf masjid, selenggara jalan dan membina surau dalam kawasan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Ulu Inas, Johol.

Kepada rakyat, renung-renungkan lah.... Pada masa sama kita harus menilai adakah parti dan kerajaan yang dipilih itu kelak mampu memikul amanah, menjaga masyarakat, agama, bangsa dan negara. Bukan sekadar pandai menyalak saja. Tapi habuk pun tarak!


Pendapat PN9, BN pilihan terbaik. Undilah BN!

Thursday, February 23, 2012

Kapal Israel: Puak PR jangan terlampau tunjuk bebal... Baca kenyataan ini!

Tidak ada sesiapa yang di kalangan UMNO yang mengiktiraf Yahudi melainkan Ketua Pembangkang ( PR ) Anwar Ibrahim. Kepada PAS khususnya Nik Aziz, tak perlulah nak mengeluarkan kenyataan berbentuk sindiran terhadap kerajaan. 

Untuk kefahaman Nik Aziz serta puak-puak pembangkang yang tidak henti-henti memutar belitkan fakta semata-mata gilakan kuasa, sila baca kenyataan di bawah:

“Kapal Israel singgah, tiada urusan”

Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.
Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.
 
Menurutnya, ada kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.
 
“Memang ada, tetapi hanya untuk singgah. Mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali kita melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.
 
“Seperti dakwaan pihak tertentu (Jingga 13) yang kami menerima kapal dari syarikat Zim Integrated Shipping Service Ltd, pada 16 Februari tahun lalu, iaitu datang secara langsung dari Ashdod Israel, memang ada, tetapi mereka singgah sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Menurutnya, Westports tidak mempunyai kuasa untuk ‘mengganggu’ kapal berkenaan, namun mereka mesti menurunkan bendera Israel jika berada di perairan negara.
 
“Westports tidak boleh sesuka hati menahan atau menghalau mereka daripada singgah di perairan negara. Begitu juga kapal Zim Integrated hanya singgah di pelabuhan dan anak kapal juga tidak turun ke darat,” katanya.
 
Ditanya sama ada Westport mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan kapal berkenaan walaupun singgah di negara ini, Manisegaran berkata, tidak ada peruntukan undang-undang membenarkan pihaknya menghalau kapal yang sekadar singgah sebelum meneruskan perjalanan ke negara lain.
 
“Kapal itu bukan terus dari Israel dan menuju terus ke Malaysia, sebaliknya singgah di beberapa pelabuhan sebelum ke destinasi seterusnya. Perkara ini berlaku di mana-mana negara di dunia kerana setiap pelabuhan menjalankan fungsi sebagai transit atau dikenali persinggahan.
 
“Kita tidak pernah langgar dasar kerajaan yang melarang sebarang bentuk perhubungan dengan Israel. Apa pun, andai kata ada barangan Israel dikesan cuba dibawa ke negara ini, kami tidak akan membenarkan kontena itu turun,” katanya.
 
Manisegaran turut menyangkal dakwaan sebuah portal mengenai pihaknya ada akses dengan Israel secara langsung.
 
Katanya, itu semua tidak benar kerana negara ini tidak pernah ada urusan diplomatik dengan Israel.
 
Sumber  : Sinar Harian
 

Thursday, February 16, 2012

Chegubard yang semakin sengal...

 
CHEGU YANG GAGAL... 


MKT rasa bengang kepada salah satu pemimpin atsan PKR iaitu Chegu Bard kerana mempertahankan wartawan Arab Saudi iaitu Hamza Kashgari berkenaan isu menghina Rasulullah.

Didalam kenyataan beliau kepada Malaysiakini, beliau membuat kenyataan membuta tuli dengan mengatakan tindakan Kerajaan ini akan menebalkan imej negara yang didakwa agak negatif didalam isu hak asasi dan ketelusan undang-undang.


Apakah salahnya Kerajaan Malaysia menghantar kembali seorang individu yang telah menghina Rasulullah kembali ke negaranya untuk menghadapi tuduhan? Pada MKT, tindakan Kerajaan Malaysia adalah bertepatan kerana ianya menunjukkan kepada dunia bahawa di tiada tempat di negara ini untuk pesalah berlindung.


Sedangkan di dalam negara ini pun sudah terlalu banyak masalah yang telah ditimbulkan (khususnya dari juak-juak PKR), inikan pula warga asing? Para pendatang dengan izin atau tanpa izin pun jika melakukan kesalahan akan tetap dihantar pulang melainkan jika negara tersebut enggan menerima, barulah dibicarakan di sini.


Perkara semudah itupun Chegu Bard hendak perbesar-besarkan. Sedangkan ianya tiada kena mengena langsung dengan ahli keluarga beliau. Jangan lah permainkan kebijaksanaan rakyat, kerana kebanyakkan rakyat sudah sedia maklum akan kedangkalan otak Chegu Bard berfikir...


P/S dari MKT : Dari Chegu Bard dok sibuk hal Kerajaan, bukankah lebih baik Chegu mengajar kepada anak-anak buah PKR supaya reti sikit tentang adab dan sopan. Itukan lebih baik?...


Petikan dari MKT 
 
 

Monday, February 13, 2012

Guan Eng merepek lagi dah... Saksikan video disini!



Tak sudah-sudah pihak pembangkang membuang masa dan tenaga mereka dengan mencari jalan untuk memperlekehkan setiap program baik yang dilakukan oleh kerajaan Barisan Nasional yang memerintah hari ini.

Tak perlulah Lim guan Eng nak merepek banyak tentang program bantuan kerajaan seperti yang dilaporkan oleh malaysikini yang nampaknya seperti ada udang sebalik batu. 

Kononya nak menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menjadikan bayaran RM500 tunai kepada keluarga berpendapatan rendah dan elaun RM100 kepada semua pelajar sekolah, sebagai satu program tahunan.

Pada masa yang sama menyebut pula tentang nak melihat keikhlasan YAB PM dalam membantu rakyat, dan bukan hanya berbuat demikian untuk menang pilihan raya.

Ini semua sikap telunjuk lurus kelengkeng berkait... Nampak saja baik, tetapi di belakang berniat jahat. Dengarnya saja elok, tapi bermaksud nak memalukan dan cuba memburukkan keadaan.
DAP janganlah hanya pandai menyalak, buatlah sesuatu yang lebih baik daripada apa pendekatan yang telah kerajaan hari ini dah buat..

PKR dan PAS pula bagaimana ?.... Jangan, cakap saja banyak, sedikit habuk pun tarakkk. Cukup-cukuplah kutip dan  songlap duit derma rakyat kat tapak-tapak ceramah tu…Bukannya nak tolong, menyusahkan rakyat lagi ada lah....

Untuk pengetahuan puak-puak pembangkang khususnya Lim Guan Eng, Kerajaan Barisan Nasional (BN) berkeyakinan dapat menyalurkan bantuan persekolahan RM100 dan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) RM500 pada setiap tahun memandangkan ekonomi negara yang di tadbir oleh Barisan Nasional mencatatkan pertumbuhan begitu pesat dan semakin bertambah.

Kepada rakyat, insyaAllah bantuan secara berterusan dapat dilaksanakan sekiranya rakyat terus memberi kepercayaan terhadap BN untuk terus memerintah negara ini.

 Dengan kebijaksanaan kerajaan hari ini mengembangkan ekonomi, kita percaya beban rakyat akan sentiasa dapat diringankan.

Saksi dan dengar, apa yang di perkatakan oleh YAB. Perdana Menteri pada sedutan video di bawah:

Kerajaan BN tidak memperdagangkan janji kepada rakyat.


Tuesday, February 7, 2012

Chegu Bard menipu rupanya!!! Saksikan...

Politik N9 sendiri pernah dengar Chegubard dok tabur cerita di setiap ceramahnya. 

Antara ayatnya berbunyi "Mat Hasan janji nak buat airport kat Rembau, tapi sampai ni hari pun tak de... Penipuuuu" katanya. 

Huh, chegubard ni sedar ke apa yang di katakan tu? Sapa yang menipu?
Kamu ke Mat Hasan, wahai Bardigol?


Untuk penjelasan, klik saksikan video dibawah:


Huhuhuuuu... Kalau ye pun puak-puak pakatan haram ni berniat nak rampas N.Sembilan...
Tak usahlah dok membodohkan orang-orang di dalam negeri ini, Bardigol woiii!!!

Thursday, January 12, 2012

LIWAT II: Chegubard@Bardigol terus meroyan, walaupun Anwar dibebaskan.


Badrul Hisham Shaharin percaya keputusan kes liwat ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang diumumkan Isnin lalu akan digunakan oleh kerajaan untuk menunjukkan kononnya transformasi kerajaan berjaya.

Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard atau Bardigol berkata, kerajaan melalui agen propaganda mereka akan mengeksploitasi keputusan kes tersebut bagi menarik sokongan kerajaan menjelang pilihanraya umum yang akan datang.

“Rakyat perlu sedar keputusan kes tersebut bukan lambang transformasi Najib tetapi satu keputusan terpaksa dan kemenangan rakyat. Jika benar Najib jujur dia harus tampil memperjelaskan peranan dia dalam kosnpirasi ini atau dia harus mengambil tanggungjawab meletakkan jawatan dengan bermaruah. Rakyat tidak boleh menerima PM yang tampil menipu, bercakap dengan fakta bercanggah beberapa kali demi melindungi pertemuan sulitnya dengan Saiful,” tambah beliau dalam kenyataannya di portal KLpos, semalam

Dalam hali ini, PNS percaya sekiranya Anwar didapati bersalah, ramai di kalangan pemimpin termasuklah si Bardigol ini dan penyokong pembangkang tidak akan dapat menerima hakikat itu serta mengata yang bukan-bukan terhadap kerajaan mahupun sistem kehakiman negara.
Antara alasan yang sering digunakan pembangkang adalah ‘konspirasi’, campur tangan pihak kerajaan, dan sistem kehakiman ‘dibeli’.

Selain itu, untuk menghangatkan keadaan, pihak pembangkang akan menyelitkan slogan-slogan yang meminta rakyat bangkit menentang ‘kezaliman’ seperti ‘lawan tetap lawan!’ dan ‘hidup hidup..hidup rakyat..hidup hidup..hidup Anwar!’.

Sebaliknya, setelah Anwar dibebaskan dari sebarang kesalahan, macam-macam hujah serta tuduhan lain pula yang di taburkan.

Namun itulah survival politik mereka, pembangkang akan tetap menyalahkan kerajaan atas dakwaan cuba memburuk-burukkan nama Ketua mereka. Walaupun sesuatu perkara itu adalah benar dan tiada lain selain daripada benar-benar belaka.

Wednesday, January 11, 2012

DAP PENCETUS PERISTIWA 13 MEI




PERISTIWA 13 Mei 1969 merupakan satu titik hitam yang telah mencacat keamanan dan keharmonian rakyat yang berbilang kaum di negara ini. Tiada siapa yang dapat menyangka api kebencian tersebut bertukar menjadi tragedi yang sukar dilupakan. Walau bagaimanapun, bibit-bibit perpecahan kaum ini wujud sejak negara mencapai kemerdekaan lagi disebabkan ketidakpuasan hati kaum lain terhadap hak-hak keistiemwan orang Melayu seperti yang termaktub dalam perlembagaan terutamanya yang menyentuh mengenai bahasa dan pelajaran.

Rentetan daripada ketidakpuasan hati itu, maka setiap perkara yang menjurus kepada hak-hak keistimewaan orang Melayu dipertikaikanm khususnya oleh kaum Cina. Perkara ini semakin ketara apabila di dalam kempen Pilihanraya 1969, tanpa menghiraukan sensitiviti serta isu-isu yang boleh mencetuskan kontroversi di kalangan kaum, orang-orang Cina telah mencabar hak-hak keistimewaan orang Melayu seperti yang termaktub di dalam Artikel 153 Perlembagaan Malaysia. Keadaan kempen yang tidak dikawal ini merupakan punca tercetusnya peristiwa 13 Mei 1969. 

Proses demokrasi yang bergelora.
Pada 10 Mei 1969, pilihanraya telah diisytiharkan di Semenanjung Malaysia yang memberi keyakinan kepada parti UMNO tetapi tanpa disedari ia telah mengancam proses demokrasi. Kerenggangan penyokong-penyokong berbangsa Cina mula dirasai dan penguasaan UMNO di dalam kekuasan politik Persekutuan dan juga Negeri mula terlucut; ‘kapal layar’ Parti Perikatan, yang terdahulunya sentiasa berada di hadapan di dalam setiap pilihanraya, telah mula kelihatan ‘mengharungi lautan yang bergelora’ dan di peringkat inilah kedudukan penguasaan UMNO di dalam kerajaan mula goyah dan bermulalah krisis keyakinan di dalam proses demokrasi itu sendiri.

Orang-orang Melayu merasakan bahawa kuasa politik Parti itu telah berganjak dari pihak Parti Perikatan ke Parti Pembangkang; kepada pendatang-pendatang minoriti yang lain. Jika dibandingkan dengan jumlah kerusi yang diperolehi di dalam pilihanraya Persekutuan seterusanya, pihak pembangkang memperolehi 23 kerusi, melebihi satu per lima daripada jumlah kuota kerusi Parlimen yang ditetapkan kepada negeri-negeri di dalam Persekutuan.

Kekecewaan mula timbul bukan sahaja terhadap keputusan pilihanraya 1969 tetapi terhadap proses demokrasi itu sendiri. Komuniti bukan Melayu, akibat konsensi dan kompromi yang diberikan oleh orang Melayu sendiri, kini memperolehi sebahagian daripada kuasa politik negara. Pada pagi Isnin, 12 Mei 1969, Dr. Tan Chee Khoon yang telah memenangi kerusi dengan kelebihan undi yang besar dalam kawasan Batu, Selangor telah meminta kbenaran pihak polis untuk mengadakan satu perarakan kemenangan oleh ahli-ahli parti Gerakan. 

Kebenaran dan permit telah dikeluarkan oleh pihak polis. Sebaliknya DAP tanpa mendapat kebenaran pihak polis, turut membuat keputusan untuk mengadakan perarakan yang sama pada 13 Mei 1969. Justeru DAP telah turut sama dengan perarakan yang dibuat oleh Gerakan. Gabungan dua parti pembangkang yang selama ini diibaratkan sebagai ‘api di dalam serkam’ mula mengkucar-kacirkan keadaan. Sebagai tindak balas, pemuda-pemuda Melayu UMNO mula bertindak untuk mengadakan satu perarakan UMNO bagi membalas perarakan Parti DAP dan Gerakan sebelum ini.

Ketegangan kaum.
Kejadian mengamuk secara beramai-ramai yang berlaku di Kuala Lumpur berpunca dari khabar-khabar angin yang merebak bagikan api. Tanggapan bahawa perubahan akan berlaku terhadap konfigurasi kuasa politik dan keraguan di kalangan masyarakat Melayu telah mengeruhkan lagi keadaan yang kian genting. Kemarahan orang-orang Melayu khasnya mereka yang menyokong parti UMNO telah ditujukan kepada orang-orang Cina dan India yang dianggap pembelot yang telah meninggalkan Parti Perikatan, parti yang mengabungkan ketiga-tiga kaum Melayu, Cina dan India.’Pembelotan’ ini telah meletakkan kerajaan negeri yang diterajui oleh UMNO di dalam keadaan yang genting dan terumbang – ambing.

Apa yang jelas, lokasi kejadian 13 Mei 1969 tidaklah pula secara kebetulan. Negeri Selangor merupakan sebuah negeri di Semenanjung di mana naluri dan semangat Melayu UMNO telah lama bertapak. Ketidaktenttuan kestabilan politik di negeri itu juga kian meruncing akibat keputusan pilihanraya, khabar-khabar angin yang dipolitikkan selepas pilihanraya serta sambutan bagi meraikan kemenangan di dalam pilihanraya oleh parti pembangkang. Berdasarkan kepada keputusan pilihanraya yang asal, tidak terdapat kemungkinan, dari segi teknikalnya, akan tertubuhnya kerajaan baru yang dipimpin secara mutlak oleh pihak parti pembangkang.

Kegagalan law and order.
Walaupun wujudnya maklumat-maklumat serta ‘berita’ yang hangat diperkatakan bahawa akan berlakunya kekacauan dan rusuhan di antara kaum, ia tidak dimaklumkan kepada pihak tentera. Mereka masih berkeyakinan bahawa tidak akan berlaku perkara-perkara yang serius. Beberapa hari semasa berlakunya kekacauan, tidak terdapat sebarang bentuk perisikan yang sebenar yang disampaikan ke pihak pemerintah atau pegawai tentera yang terlibat secara fizikal di kawasan tanggung jawab. Ke semua jentera perisikan kelihatan dibekukan selama tempoh berlakunya kekacauan.

Penugasan utama pasukan tentera pada sekitar akhir tahun 60a bukan sahaja dalam menentangan ancaman dan kegiatan bersenjata oleh Parti Komunis Malaya (PKM). Di samping tu, tentera juga memainkan peranan dan sentiasa bersiap sedia dalam membantu pihak Polis mengawal ketenteraman awam. Penglibatan tentera dalam ketenteraman awam teruji apabila diberi tanggungjawab oleh negara untuk mengawal rusuhan kaum yang berlaku pada 13 Mei 1969.

Walaupun mengawal ketenteraman awam menjadi tugas sekunder,namun pihak tentera telah membuktikan bahawa pasukan ini berkeupayaan untuk melaksanakan tugas yang diberikan dengan pantas dan jayanya tanpa perlu mengakibatkan kehilangan nyawa dan merosakkan harta benda yang berterusan. Akhirnya pada malam itu POPO telah diisytiharkan di Contigent Control Center (CCC) dan diikuti dengan pengisytiharkan perintah berkurung. 

Ini bermakna dengan rasminya pihak tentera diberi kuasa ‘polis’ yang luas di bawah undang-undang negara untuk menjalankan tugas bagi menyelamatkan keadaan. Operasi mengawal ketenteraman oleh pihak tentera semasa 13 Mei 1969 diberi gelaran Op Gerhana manakala pihak polis menggunakan gelaran Op Tenteram.
Majlis Gerakan Negara ( MAGERAN)

Melihat kepada keadaan yang kian meruncing, SPB Yang di – Pertuan Agong di atas nasihat Perdana Menteri telah mengisytiharkan keadaan darurat di seluruh negara.Pengisytiharkan tersebut telah diwartakan dan berkuatkuasa pada 16 Mei 1969 di bawah Ordnan No.2 ( Kuasa-kuasa perlu) Darurat 1969 – P.U.(A) 149.

Dengan pengisytiharan tersebut system kerajaan berparlimen telah dibubarkan. Sebagai caretaker pentadbiran negara selepas Parlimen dibubarkan, Timbalan Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato’ Hussein telah dilantik sebagai Pengarah MAGERAN pada 17 Mei 1969 untuk Perlembagaan Fasal (2) Perkara 150. Untuk melaksanakan tugas-tugas di bawah Ordinan ini, beliau dibantu oleh anggota-anggota majlis yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin politik, pegawai-pegawai kanan kerajaan dan pegawai-pegawai tinggi Polis dan Tentera.

MAGERAN yang dibentuk selepas 13 Mei 1969 bertujuan bagi memulihkan kestabilan dan ketenteraman awam khususnya untuk mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara. Di antara fungsi-fungsi utama MAGERAN ialah ;
a) mengembalikan keamanan dan undang-undang negara
b) menentukan pentadbiran yang licin dan sempurna dan
c) mengembalikan suasana keharmonian dan kepercayaan antara kaum di seluruh negara.
Bagi melaksanakan tugas-tugas ketenteraman awam yang dipertanggungjawabkan kepada pihak tentera, Jen (B) Hj. Tun Ibrahim Ismail telah dilantik sebagai Ketua Pengawai Kerja yang menjadi pengerak utama dalam kegiatan urusetia MAGERAN.

Tugas-tugas utama yang dilakukan oleh pihak tentera.
Dalam menangani ketenteraman awam semasa Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku, Pasukan-pasukan tempur dan bantuan tempur serta Pasukan Wataniah telah diatur gerakkan untk membantu mengawal ketenteraman Op Gerahana , Pasukan-pasukan yang memainkan peranan penting dalam battalion 2 RAMD, 5 RAMD dan 7 RAMD.

Seramai 3,301 orang pegawai dan anggota tentera yang telah diatur gerakkan bagi mengawal keadaan huru hara di seluruh Semenanjung Malaysia dan dari jumlah tersebut, seramai 3,076 orang ditugaskan di kawasan sekitar Kuala Lumpur dan selebihnya ditugaskan di kawasan Klang dan Port Swettenhem. Tugas-tugas utama yang dijalankan oleh pasukan tentera dalam menangani kekacauan semasa peristiwa 13 Mei 1969 di kawasan Kuala Lumpur adalah seperti berikut;
1. Rondaan. Rondaan dibuat sama ada secara berjalan kaki atau berkenderaan dan tujuan rondaan dilakukan adalah:
2. Memastikan Keselamatan. Dengan kehadiran tentera bersenjata bertujuan untuk mengawal keadaan dapat mententeramkan orng ramai. Apabila orang ramai melihat kehadiran pasukan tentera mereka mulai merasa selamat. Penglibatan ketenteraman awal telah terbukti dan mereka melakukan kerja tanpa sebarang kepentingan atau menyebelahi mana-mana pihak.
3. Memastikan Tiada Pelakuan Jenayah. Rondaan yang dilakukan juga bertujaun untuk mengelakkan orang ramai dari melakukan pecah rumah, mencuri, menceroboh dan membakar rumah atau bangunan terutama rumah dan bangunan kedai yang ditinggalkan kosong oleh penghuninya.
4. Mengawal Keadaan. Mengawal kenteraman orang ramai dan memastikan tiada sebarang kejadian huru-hara dan pergaduhan berlaku dengn mengasingkan kaum dari memasuki kawasan majoriti kaum yang lain di samping menguatkuasakan perintah berkurung bagi mengelakkan orang ramai dari berkeliaran.Kawasan-kawasan sensitif yang mana rondaan oleh pasukan tentera dilakukan adalah seperti berikut;
(a) Sekitar kawasan Kg. Baru
(b) Sekitar kawasan Datuk Keramat
(c) Sekitar Chow Kit melalui Jalan Ipoh, Jalan Raja Laut dan kawasan persekitarannya.
(d) Kawasan Pusat Bandar Kuala Lumpur ( City Center) iaitu di sekitar Jalan Bandar dan Parlimen.
(e) Sekitar kawasan Jinjang dan Kepong
(f) Di sekitar kawasan Salak South ( sekitar Balai Polis Salak South), kawasan Pudu, Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya.
(g) Mendirikan Road Congril Points (RCPs) dan kawalan lalu lintas. Tempat – tempat yang mana RCP telah diadakan adalah;
(i) Bulan Besar di Chow Kit ( sekarang terdiri dari lampu-lampu isyarat di persimpangan Jalan Ipoh – Jalan Pahang dan Jalan Raja Muda Abdul Aziz ).
(ii) Edinburgh Circus ( Bulatan Edinburgh) – adalah satu bulatan besar berhampiran dengan Dewan Bahasa dan Pustaka sekarang.
Tujuan diadakan RCP adalah:

1. Kawalan orang ramai – menyemak dan mencegah kumpulan orang yang tidak berkenaan dari memasuki mana-mana kawasan yang boleh menimbulkan huru-hara.

2. Menjaga keamanan kawasan.

3. Sebagai amaran awal mengenai kehadiran perusuh.

4. Mengurus, mengawal dan menyelamatkan sesuatu kawasan ( dominate area). Selain dari RCP, kawalan lalu lintas juga diadakan dengan memeriksa orang yang lalu, barang-barang yang dibawa dalam kenderaan dan menyemak siapa yang memasuki dan keluar dari sesuatu kawasan.
Light Strike (LSF). Selepas beberapa hari kemudian, pasukan telah dibekalkan dengan tidak kurang dari 12 buah landrover. Tentera telah menubuhkan kumpulan yang diberi panggilan LSF, yang mana anggot akan meronda dan bergegas serta bertindak pantas ke mana-mana tempat yang diperlukan bantuan.

Tugas – tugas Sampingan Pasukan Tentera.
Selain dari tugas-tugas utama tentera yang telah diberi kausa ‘polis’ yang luas di bawah undang-undang negara bagi menjalankan tugas untuk mengawal dan menyelamatkan keadaan kacau bilau yang berlaku, tugas-tugas sampingan yang dilakukan oleh pasukan tentera adalah seperti berikut;

(a) Pengiring VIP. Sebagai tugas pengiring bagi orang-orang kenamaan ini hanya dilakukan bila diperlukan sahaja.
(b) Pengedaran Bahanan Makanan. Pusat pengedaran makanan berada di sekolah-sekolah seperti di Sekolah Kg. Baru dan juga di masjid-masjid. Sub unit yang berkawal ke rumah dan kepada individu terutama bagi mereka yang tidak mempunyai makanan. Sebanyak tujuh pusat bantuan makan telah dibuka iaitu di bulatan Sulaiman Club, Kampung Baru, Dewan Perhimpunan Cina, Sekolah Kebangsaan Datuk Keramat; Dewan Orangramai Setapak, Sekolah Aminuddin Baki, Kampung Pandan; Sekolah Menengah Kampung Kerinchi dan Sekolah Jalan Maxwell. Kesemua pusat bantuan makanan ini telah ditutup pada 26 Mei 1969 dan orang ramai yang masih memerlukan bantuan makanan dikehendaki menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat di Jalan Brickfields.
(c) Pemindahan Pelarian. Beratus – ratus orang mengambil pelindungan di masjid ketika kekacauan berlaku, kebanyakannya orang-orang luar dari Kampung Baru. Masjid dijadikan tempat berlindung dan mendapat bekalan makanan dan minuman. Berpuluh-puluh kenderaan 3 ton telah digunakan untuk memindahkan ke semua pelarian tersebut, di antaranya ke kawasan Kg. Pandan.
(d) Aktiviti Menyelamat dan Perlindungan. Antara contoh aktiviti menyelamat dan bantuan perlindungan yang telah dilakukan oleh anggota Batalion 5 RAMD adalah seperti berikut:
       i) Subunit di Kg. Baru diberitahu mengenai terdapat dua orang perempuan Cina tua yang bersembunyi di bawah rumah mereka tanpa makan dan minum selama hampir dua atau tiga hari. Sub unit telah membawa keluar wanita tersebut dan diserahkan kepada polis untuk perlindungan mereka seterusnya dan dibawa keluar dari Kg. Baru.
      ii) Balai polis di Salak South diancam oleh perusuh, dan sub unit diarahkan untuk membantu dan meredakan keadaan.
     iii) Kompeni D telah memberi perlindungan kepada beberapa orang pekerja Cina sebuah syarikat pembinaan di Kampung Datuk Keramat.
    iv) Pemindahan pekerja-pekerja sebuah kedai makan yang terkepung di Jalan Ipoh. Tentera tidak memihak kepada sesuatu pihak atau bangsa sahaja. Mereka menjalankan tugas tanpa mengira diskriminasi kaum atau agama.


Kuala Lumpur Kembali Tenang.
Pada minggu pertama, keadaan mulai tenang di mana orang ramai agak berani untuk keluar rumah tetapi bersikap berjaga-jaga mulai keluar rumah. Kesemuanya ini dengan adanya rondaan dan kehadiran tentera sentiasa untuk memberi keyakinan. Pasukan 5 RAMD adalah kumpulan terakhir penglibatan tentera yang telah ditugaskan untuk menangani ketenteraman awam iaitu selama hampir tiga bulan dan kemudian menyerahkan tugas dan kawasan gerakan kepada Police Field Force (PFF) pada bulan Ogos 1969. Tindakan yang dilakukan oleh tentera bagi menyatupadukan penduduk berbilang kaum.

Taklimat Pemimpin Kaum. Tentera ketika itu memainkan peranan sebagai orang perantaraan “Duta’ yang cuba menguruskan perjumpaan di antara orang Melayu dan Cina khasnya di kalangan pemimpin-pemimpin kaum penduduk-penduduk ke dua-dua kawasan iaitu Kampung Baru dan Chow Kit. Pemimpin-pemimpin kaum diberi taklimat dan penjelasan untuk memulihkan keadaan kepada sediakala dan mengikis segala perasaaan dendam mendendam. 
 
Perjumpaan Muhibbah. Perjumpaan muhibbah anara pemimpin masyarakat dan penduduk-penduduk ke dua kaum telah diuruskan oleh pihak tentera. Tujuannya adalah untuk menyatupadukan dan berbaik-baik semula orang ramai yang berbalah dan menghilangkan prasangka buruk semua kaum terhadap kaum lain.

Ketua Kaum Kampung Baru. Ketua-ketua kaum Malaya di Kampung Baru pada masa itu telah memainkan peranan mereka untuk mententeramkan keadaan dengan berhubung rapat dengan pasukan tentera serta memberi maklumat-maklumat tertentu dan menghadiri perjumpaan-perjumpaan muhibbah.

Sikap anggota tentera yang terpuji.
Tiada siapa yang dapat mengagak tragedi rusuhan antara kaum ini akan berlaku. Semua jentera kerajaan telah terperangkap pada awalnya dan tidak dapat membuat apa-apa. Yang jelas, pemimpin – pemimpin dan anggota pasukan yang ditugaskan bagi mengawal keadaan telah menjalankan tugas mereka dengan baik.

Prestasi anggota dari Pegawai Memerintah hingga ke peringkat ketua seksyen begitu tenang dan tidak tergopoh gapah dalam menjalankan tugasnya. Mereka telah mendapat latihan yang baik dan bersikap adil dan bukan bertujuan untuk membalas dendam. Bermula dari anggota di barisan hadapan iaitu ‘rifleman’ hingga ke anggota pasukan belakang di Kem Sungai Besi, mereka telah memainkan peranan serta tanggungjawab mereka masing-masing dengan baik dan berkesan. Antara lain anggota tinggal belakang turut memberi bantuan seperti menyediaka makanan untuk dihantar kepada anggota barisan hadapan di peringkat awal peristiwa 13 Mei 1969.

Anggota tentera telah menjalankan tugas tanpa berat sebelah. Mereka telah menyelamat, menjaga keselematan orang ramai dan harta benda serta menembak penjenayah dan perusuh tanpa mengira kaum. Seebagai contoh, pada satu etika di dalam satu sekatan jalanraya, pemeriksaan dilakukan ke atas semua kenderaan, orang dan barang yang dibawa. Subunit telah menahan sebuah kereta di tempat pemeriksaan dan seorang dari dalam kereta telah menganalkandiri seabgai Yang Berhormat. Anggota tersebut lalu bercakap “Yang Berhormat ke bukan Yang Berhormat itu saya tidak tahu, saya hanya menjalankan tugas saya untuk memeriksa, selepas periksa boleh jalan.”Peristiwa ini menunjukkan bahawa anggota yang menjalankan tugas tidak berat sebelah dan mengira kaum mahu pun pangkat.

Sepanjang peristiwa 13 Mei 1969, anggota telah melaksanakan tugas tidak mengira keselamatan diri, keadan tempat, cuaca, masa dan tenaga serta keletihan. Pada hari pertama dan kedua ( 13 dan 14 Mei 1969) mereka melupakan makan dan minum, anak dan isteri serta keluarga dan melakukan kerja yang telah diberi demi berkorban untuk negara bertujuan untuk menentukan keselamatan dan mententeramkan keadaan. Mereka mempunyai fikiran yang tenang, misi yang jelas dan pengorbanan mereka telah menyelamatkan situasai dari menjadi lebih parah.

Bekas Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Al Marhum Tunku Abdul Rahman meletakkan tuduhan ke atas Parti Komunis dan elemen-elemen Kongsi Gelap Kaum Cina sebagai penyebab kepada tercerusnya peristiwa 13 Mei 1969. Walau bagaimanapun, yang nyata beberapa faktor yang lain boleh dikaitkan;

(1) Perbezaan menginterprestasikan Perlembagaan oleh kaum bangsa Melayu dan bukan Melayu dan

(2) Keresahan ‘ satu bangsa’ dari kaum pendatang yang menentang peruntukan Perlembagaan yang berhubung kait dengan hak istimewa orang Melayu serta martabat bahasa Melayu ( terutama sekali di bawah Seksyen 152 dan 153 Perlembagaan) jika dibandingkan dengan bahasa-bahasa lain. Selain dari itu perspektif politik pula, wujud juga keengganan generasi muda bangsa Cina ketika itu untuk menerima tawaran yang diberikan oleh pihak UMNO kepada ‘pemimpin lama’ MCA dan keresahan ini dilanjutkan lagi dengan apa yang mereka sifatkan sebagai ‘ Malaysia untuk orang Melayu’, sebuah dasar yang dititikberatkan oleh Kerajaan Perikatan ketika itu.

Bagi orang-orang Melayu pula, wujud pula kekecewaan yang telah lama terpendam, mereka merasakan diri mereka sebagai bumiputera yang jauh ketinggalan di dalam proses modenisasi yang sedang berlaku di dalam negeri mereka sendiri. Mereka merasakan diri mereka ‘kelemasan’ ditenggelami oleh mereka yang bukan Melayu, dari segi jumlah penduduk mahu pun di dalam bidang ekonomi. Mereka perlu mempertahankan hak dan warisan sepertimana yang termaktub di bawah Perlembagaan.
Penutup.
Tidak dinafikan bahawa yang nyata, rusuhan ini adalah berpunca daripada polarisasi perkauman ( ethnic polarisation) dan kemarahan orang Melayu serta rungutan yang berterusan terhadap ketidakseimbangan sera pencapaian tahap ekonomi yang lemah. Keberkesanan pihak tentera menjalankan tugas bagi mengawal keadaan kacau – bilau serta huru-hara khususnya di kawasan ibu kota mendapat pujian. Sekiranya pihak tentera lambat bertindak, berkemungkinan keadaan menjadi tidak terkawal mengakibatkan ramai menjadi mangsa tercedera dan terbunuh akibat perasaan marah yang membara dan sukar dibendung lagi ketika itu.

Peristiwa yang berlaku ini perlu dijadikan teladan kepada semua pihak, dan sebagai rakyat yang cintakan keamanan, kita perlu menanganinya dari berlaku lagi pada masa akan datang. Keamanan dan kestabilan negara bukan sahaja dipikul oleh pasukan keselamatan , khasnya pihak tentera, tapi oleh semua. Masyarakat majmuk perlu faham budaya dan adat resam lain-lain bangsa. Pemimpin-pemimpin parti politik seharusnya jangan sesekali mengambil peluang atas kedudukannya dan melaga-lagakan rakyat demi kepentingan peribadi. Prinsip Rukun Negara yang diwujudkan selepas peristiwa 13 Mei perlu diamati dan dijiwai oleh rakyat demi sejahteraan kita semua.

Rakyat jangan ambil mudah di atas keamanan yang sedang dikecapi kerana di sebalik itu terdapat anasir-anasir yang sedang berusaha untuk memporak-perandakan keadaan.


Thursday, December 29, 2011

Harakah pembelit, Hasan nafi minta maaf pada PAS

Bekas Pesuruhajaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali pada Khamis menafikan beliau memohon maaf kepada pucuk pimpinan PAS mengenai kritikannya terhadap parti itu sebelum ini pada pertemuan di kediaman rasmi Menteri Besar Kelantan di JKR 10, Kota Baru, Kelantan, kelmarin.

Penafian tersebut sekaligus menolak kenyataan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat bahawa Hasan memohon maaf kepada pucuk pimpinan parti di atas keterlanjurannya.


Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia membidas laporan portal rasmi PAS, Harakahdaily mengenai perkara itu.


"Soal saya turun ke Kota Baru untuk memohon maaf kepada pucuk pimpinan seperti dilaporkan oleh Harakahdaily dan dipetik oleh kebanyakan saluran media adalah tidak benar sama sekali.


"Saya terkilan dengan laporan Harakahdaily itu walaupun lidah rasmi parti kerap kali diingatkan supaya tidak memutarbelit fakta yang boleh menimbulkan keraguan dan perpecahan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.


Menurut Hasan, beliau dan bekas Timbalan Naib Presiden, Nasharudin Mat Isa dijemput menghadiri satu majlis mahabbah bersama Nik Aziz, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am, Datuk Dr Haron Din.


Beliau berkata, majlis tersebut menyentuh hala tuju parti, persediaan Pilihan Raya Umum Ke-13 dan perjalanan harakah sebagai lidah rasmi parti.


"Kami memberikan penjelasan, pandangan dan input untuk diberikan perhatian oleh pucuk pimpinan parti demi mengukuhkan perjalanan parti dan sokongan rakyat terhadapnya," katanya.


Sementara itu, Hasan turut menzahirkan rasa terharu terhadap penghargaan yang ditunjukkan oleh pucuk pimpinan parti terhadap beliau dalam memperjuangkan Islam di negara ini.


Sumber: mStar Online

Tuesday, December 27, 2011

PAS Alami Krisis Identiti


Komentar-komentar yang dikeluarkan oleh beberapa orang tokoh PAS berhubung dasar perjuangan parti tersebut menggambarkan krisis identiti yang sedang dialami oleh PAS.

Datuk Dr. Hasan Ali baru-baru ini mendesak PAS supaya kembali kepada dasar perjuangan asalnya untuk menegakkan negara Islam, sementara Nasarudin Mat Isa pula dilihat masih cenderung kepada kepentingan membentuk kerajaan perpaduan Melayu.
Situasi ini memperlihatkan kedudukan PAS yang kini tidak konsisten, malah turut menimbulkan kekeliruan dari segi hala tuju perjuangan parti itu yang sebenar.
“Sekarang ramai pihak mula membuat pertikaian mengenai perkara ini, oleh itu sangat wajar untuk dipertimbangkan oleh pimpinan PAS, kerana masyarakat hanya berpegang kepada parti politik yang mempertahankan agama Islam dan kedudukan bangsa Melayu serta hak-hak Islam yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia.”
Tambah beliau, konsep negara berkebajikan yang ingin dibawa oleh PAS seperti negara-negara luar yang dipimpin oleh golongan berpendidikan sekular adalah tidak relevan, malah perkara tersebut bercanggah dengan mafhum negara Islam secara total.
Pihak yang terbabit perlu mencari jalan penyelesaian berhubung dakwaan krisis identiti yang dilihat sebagai satu teras di dalam dasar perjuangan parti PAS, selain perlu memberi penjelasan yang tuntas kepada masyarakat bagi mendapatkan kepercayaan mereka 
Sumber: Ulasan Ustaz Abdullah Zaik ketika dihubungi oleh wartawan Media ISMA di sini.– ISMA

Tuesday, December 20, 2011

Turun Bendera Najib : Chergubard mengiringi mamat Adam Adli untuk bertekak dengan BN.

Berlaku pergaduhan mulut antara pejuang BN bersama rombongan chergubard yang mengiringi mamat adam adli ni. Tgok je pict yg di bawah ini.

Budak adam adli yang memakai baju kemeja kotak coklat.

Menyedihkan, bakal pendidik yg langsung tk berkualiti. Bahaya utk mendidik generasi akan datang. Klu dh baru belajar. Fokus belajar. Niler masalah org rasa bijak sangat, pada hal diperkudakan.

Chegubard tak usahlah terus nak bersandiwara...

Hal ini adalah kaitan dengan seorang pelajar ( Adam Adli ) yang bersikap biadap menurunkan bendera memaparkan gambar Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Razak dalam kejadian di Dataran Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di ibu negara, Sabtu lalu.



KENAPA MAMAT NI SENYAP JE? KATA SUARA KEBEBASAN, KENAPA ORANG LAIN BERCAKAP?



 
CHERGU BARD PULA BERSUARA. JENG3 DIA NI KAN PENGIPAS KING OF DRAMA!

MAMAT NI MUKA TUNJUK GABRA JE, KOTNYER MENYESAL AGAK2NYER

Sumber & Gambar dari :

Friday, December 16, 2011

ANWAR SODOMY II : 9 Januari 2012 untuk Anwar.

Setelah tertangguh..tertangguh dan tertangguh berkali-kali, akhirnya keputusan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diketahui pada 9 Januari  2012.

Ia diumumkan oleh Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah selepas selesai pengulungan hujah peguam bela dan pendakwa di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur tengahari Khamis.
Kini teka teki paling popular tentulah samada Ketua Umum PKR itu bersalah atau tidak atas dakwaan meliwat bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan.
Juga menjadi tandatanya andainya hakim mendapati Anwar bersalah, bersediakah beliau melangkah kembali ke penjara Sungai Buloh atau terus berjuang cuba untuk melepaskan dirinya menerusi rayuan..
Kebiasaannya proses rayuan hingga ke peringkat Mahkamah Persekutuan akan memakan masa panjang. Besar kemungkinan beliau boleh  bertanding dalam Pilihanraya Umum (PRU) ke-13.
 Ikut mereka yang dakwa tahu sangat gerak langkah mantan Timbalan Perdana Menteri itu, beliau sentiasa ada ‘idea’ tertentu.
Beliau dikatakan seorang yang gemar membuat kenyataan berbentuk 'jangkaan'
Sebab itu ramai yang tidak hairan apabila Anwar  kata pada wartawan di luar mahkamah, Selasa pilihanraya umum akan diadakan selepas keputusan kesnya.
Mereka faham apa yang tersirat di sebalik kata-kata itu yang dipercayai bermaksud beliau ' kena' dulu lepas itu pilihanraya.
Seperti kebetulan - nun jauh di London, Rabu akhbar The Guardian sudah pukul canang tentang jangkaan itu.  
Ada cakap-cakap berlegar kata  jangan rasa pelik jika Anwar memilih jalan lain ke Putrajaya yakni melalui penjara Sungai Buloh sekalipun Azmin Ali sudah 'ancam' nak ' pecahkan' temboknya.
Dari segi perang saraf di sebalik tembok penjara, suaranya akan bergema lebih hebat seperti dulu.
Skrip kes liwat pertama pasti berulang. Temanya beliau jadi mangsa konspirasi politik pemimpin kerajaan BN. Seluruh tenaga pembangkang akan digerakkan untuk bagi meraih simpati rakyat supaya mengundi mereka.
Dalam bab main sentimen siapa yang boleh lawan mereka yang berjaya membuatkan penyokong taksub melihat keadilan hanya untuk Anwar dan Saiful tidak ada hak langsung untuk itu semua.
Umum tahu, PRU13 adalah bas terakhir Anwar untuk mencapai impian nak jadi  Perdana Menteri .
Makanya segala kemungkinan boleh berlaku.
Bukan rahsia pembangkang berharap kebangkitan rakyat dengan modal kes liwat Anwar  bagi membolehkan mereka menawan Putrajaya selepas pelan 16 September 2008 gagal.
Jika Putrajaya tumbang ...sendiri boleh bayang  bagaimana talian hayat itu boleh ' mensucikan' segala-galanya.
Apapun di sebalik jangkaan itu semua, mungkin ramai yang tidak sedar senario sepanjang perbicaraan kes liwat selama ini sudah memberi petanda yang dikatakan merisaukan orang-orang kanan Anwar.
Lihat sajalah ketika awal kes liwatnya mula dibicarakan, rami penyokongnya hadir.
Namun akhir-akhir ini nak tengok 50 orang penyokong bersidai di lobi mahkamah untuk bagi sokongan moral pun susah.
Dulupun, kalau Anwar berceramah, penuh dewan atau tidak muat padang.
Tetapi kini, ada ceramah Anwar dihadiri tidak lebih 100 orang - sesuatu yang di luar standardnya.
Dalaman PKR, DAP dan PAS kini pun sudah kedengaran macam-macam cerita dan cacamarba berkisar tentang kes liwat itu dan sebagainya.
Masing-masing dah mula gabra dan dilanda kebimbangan adakah rakyat akan termakan dengan usaha mereka untuk meraih simpati menggunakan kes liwat Anwar.
Dari risik-risik di sana sini nampaknya ramai yang sudah naik muak dengan ding dong perbicaraan kes liwat II.

Pendedahan trio Datuk T tentang video seks lelaki mirip Anwar juga banyak membuka mata mereka yang sebelum ini merasa ragu-ragu.
Atas sebab itu orang-orang kanan Anwar dikatakan berusaha bersungguh-sungguh untuk 'tidak bercakap sangat' tentang pendedahan itu dengan harapan orang tidak pandang ia isu besar.
Bayangkan pembangkang yang sentiasa galak dan sibuk mahu siasat itu siasat ini apabila ada saja isu melibatkan pihak kerajaan tetapi tidak berani berbunyi langsung minta siasatan terbuka dibuat ke atas pendedahan video seks.
Mereka yang rasional tentu faham melihat gelagat ' antara dua darjat' pembangkang dalam isu ini.
Juga menjadi perbualan hangat ialah perbandingan dalam kes liwat di mana pasukan peguam Anwar begitu mengagungkan saksi pakar luar negara dan berkeras anggap apa mereka kata yang untungkan Anwar semuanya betul.
Sebaliknya semua orang tahu bagaimana mereka perlekehkan hasil kajian pakar luar negara yang dapati video seks itu 99.9 peratus tulen dalam usaha untuk menyelamatkan Anwar.
Memang melucukan tetapi itulah hakikatnya.Dalam kes liwat cakap pakar luar negara OK...video seks pula tak boleh pakai langsung.
Mungkin mereka dibuai mimpi ingat semua orang taksub dan bengong hingga tidak tahu menilai langsung.
Juga jangan lupa kenapa semua peguam Melayu yang pada awalnya membela kes liwat Anwar tarik diri.
Kini barisan peguam yang membela Anwar kebanyakan bukan Melayu.
Siapa tahu ....barangkali para peguam Melayu yang bijaksana itu sudah ada firasat tentang dakwaan liwat itu dan macam-macam lagi.
Tidak kurang jadi persoalan kenapa Anwar takut bersumpah menafikannya.
Maka teringat pada kata-kata ...berani kerana benar, takut kerana salah.
Sumber: AD