Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Hadi Awang: Islam Bukan Agama Rasmi Negara Jika PR Memerintah


Presiden PAS, Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya.


Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan, maka kali ini, Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari perlembagaan jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah negara ini.


Menurut Hadi Awang, ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini, “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup’”.


Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’.


Bagaimanapun, untuk kesekian kalinya, Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat.


Menurut Karpal, “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.”


Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini.


Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.  Selama ini, Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam PR.


Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.


Namun, keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.


Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia.  Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka.


Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.   Sebelum ini, isu hudud, arak, judi, Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.   Dan seperti yang kita sedia maklum, dalam semua isu, PAS telah mengalah kepada DAP.


Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.


Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam?


Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid?  


Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan?


Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.


Namun, bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya?   Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam.


Justeru, jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka?


Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam.  Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan.


Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama?

Thursday, February 23, 2012

ANWAR & ISRAEL : PAS tinggalkan Anwar?





"Allah telah menjelaskan dengan terperinci dalam surah al-Baqarah dan al-Ma'idah mengenai Israel, ini bukan isu perbezaan pendapat mahupun soal kemanusiaan, ini soal akidah bagi umat Islam dan menyokong sesuatu yang haram adalah perbuatan haram". 


Dalam hal perkara di atas, PAS perlu segera meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu ternyata konsisten menyokong keselamatan negara Israel, sesuatu yang diharamkan Islam sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran.

Sokongan kepada Israel bukan isu perbezaan pendapat tetapi ia isu akidah dan PAS tidak boleh lagi seiring dengan Anwar, apatah lagi mengiktirafnya sebagai Ketua Pembangkang.

Apa yang berlaku, apabila di tanya media... Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan pendapat yang disifatkannya sebagai 'kenyataan selamat' dalam isu Israel dan Anwar. PAS tidak boleh mendahulukan kepentingan politik berbanding tuntutan akidah.

"Anwar bukan sahaja menyokong, malah beliau konsisten mempertahan sokongan tersebut di mana PAS berada dalam jemaah itu. Ini soal akidah, dalam bab ini Islam menuntut kita bermufarakah (meninggalkan) pemimpin yang menentang tuntutan akidah.

Tindakan PAS sekadar menyatakan pendirian tidak cukup kerana mereka masih lagi bersama. Jelas 'kenyataan selamat' PAS yang dilihat nampak lebih mementingkan undi berbanding akidah.

Mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa PAS tidak akan sesekali mengiktiraf Israel kerana ia perbuatan haram. Selepas Mursyidul Am itu mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi mendengar penjelasan mengenai sokongannya terhadap negara Yahudi...

Ujud perbezaan dengan nada keras Nik Aziz sebelum ini yang memberi kata dua kepada Anwar. Sebaliknya Nik Aziz memberitahu yang beliau memahami penjelasan ketua pembangkang danmenyerah bulat-bulat kepada Anwar sama ada mahu menerima pendirian PAS atau sebaliknya.

Akhirnya, isu yang membabitkan akidah seperti ini pun PAS gagal untuk mengambil langkah sebagaimana disarankan Islam, kerjasama parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kononnya demi memperjuang Islam nampak hanya sia-sia.

"Kita kena kembali kepada al-Quran, jangan gadaikan akidah semata-mata demi kepentingan politik. Konsep kerjasama ini sepatutnya meletakkan Islam sebagai keutamaan tetapi jika dalam isu Israel pun PAS tidak boleh tangani, macam mana nak tegakkan Islam?

Anwar jauh tersasar dan pemimpin sebegini tidak boleh dianggap imam kepada jemaah. Sebab itu, Islam menyarankan kita supaya bermufarakah pemimpin sebegini kerana jika terus bersama hanya kerana undi, kita juga akan terpalit sama.



Monday, August 15, 2011

Nik Aziz Sokong Larangan Bacaan Al-Quran Guna Pembesar Suara

KOTA BAHARU: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak bersetuju amalan bacaan al-Quran dibuat menggunakan pembesar suara sehingga mengganggu mesyarakat sekitarnya.


Mursyidul Am PAS itu berkata perbuatan itu tidak mengambil kira sensitiviti masyarakat setempat sehingga boleh menyusahkan mereka dan seseorang Islam harusmenghormati masyarakat sekeliling dengan tidak membuat bising, walaupun dengan membaca al-Quran menggunakan pembesar suara.

Sehubungan itu, beliau menyokong tindakan Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang melarang bacaan al-Quran menggunakan pembesar suara pada waktuSubuh.

"Kita (umat Islam) hanya dibenarkan melaungkan suara ketika azan untuk mengerjakan solat. Oleh itu, saya tidak bersetuju jika masjid menggunakanpembesar suara sehingga menjejaskan orang lain yang sedang tidur atau sakit," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Koperasi Rakyat Kelantan Berhad(KRKB) di sini, Ahad.

Beliau ditanya mengenai tindakan Kerajaan Pulau Pinang melarang penggunaan pembesar suara semasa mengaji al-Quran pada waktu subuh di masjid dan surau dinegeri itu.

Terdahulu dalam ucapannya, Nik Abdul Aziz menggesa wanita negeri ini yang suka membeli atau menyimpan barang kemas supaya menjualnya untuk dilaburkandalam KRKB yang baru dilancarkan itu.

Ini kerana, katanya, ia akan memberi pulangan yang menguntungkan kesan kenaikan harga emas dunia yang menjadi bahan pelaburan urusniaga koperasimenerusi Permodalan Kelantan Berhad (PKB).

Semasa ditanya sama ada kebimbangan sesetengah rakyat Kelantan yang ingin melabur dalam koperasi itu kesan kegagalan Koperasi Kohilal yang kebanyakannyadianggotai PAS, Nik Abdul Aziz berkata kegagalan koperasi itu ekoran kejatuhan saham dan keadaan ekonomi merudum pada 1998. - BERNAMA