Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts
Showing posts with label Pakatan Rakyat. Show all posts

Friday, May 4, 2012

Hadi Awang: Islam Bukan Agama Rasmi Negara Jika PR Memerintah


Presiden PAS, Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya.


Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan, maka kali ini, Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari perlembagaan jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah negara ini.


Menurut Hadi Awang, ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini, “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup’”.


Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’.


Bagaimanapun, untuk kesekian kalinya, Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat.


Menurut Karpal, “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.”


Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini.


Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.  Selama ini, Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam PR.


Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.


Namun, keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.


Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia.  Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka.


Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.   Sebelum ini, isu hudud, arak, judi, Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.   Dan seperti yang kita sedia maklum, dalam semua isu, PAS telah mengalah kepada DAP.


Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.


Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam?


Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid?  


Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan?


Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.


Namun, bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya?   Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam.


Justeru, jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka?


Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam.  Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan.


Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama?

Friday, March 16, 2012

Tengok lah! Dokumen SULIT milik PKR untuk hancurkan BN terdedah...

Agenda memusnahkan kepercayaan rakyat keatas kepimpinan Barisan Nasional khususnya UMNO terus diperhebatkan oleh pakatan pembangkang terutama melalui Ketua Umum mereka Anwar Ibrahim. Serangan hebat akan berterusan menjelang PRU 13 yang semakin terasa bahangnya.

Dokumen dibawah merupakan dokumen SULIT milik PKR yang telah digarap oleh Anwar Ibrahim dan pakar Staratgei PKR (CIA) dalam membinasakan kepercayaan rakyat keatas UMNO. Dokumen yang Sahih dan bukan satu rekayasa palsu dalam menfitnah PKR ataupun Anwar Ibrahim.Dalam gambar dibawah kita dapat lihat beberapa Isu yang akan diketengahkan oleh pihak PKR dalam memainkan sentimen kebencian keatas pemimpin UMNO dan juga Barisan Nasional.


Melayu sudah beralih arah menyokong UMNO maka PKR merasakan perlu untuk memperbodohkan orang Melayu sekali lagi dengan menyokong pakatan PAS,DAP dan PKR pada PRU 13 kelak. Kuasa Melayu ditagih oleh puak PKR diketuai Anwar Israel Jahanam ini.
Tembelang Mereka Dah Pecah

Isu Keronisme dan Rasuah akan dimainkan pihak pembangkang selepas ini sehingga kepada tarikh pilihanraya dan ini semua pekara yang sama digunakan pada PRU ke 12 yang lepas yang mana mengakibatkan Rakyat termakan hasutan pihak pembangkang.

Ironinya mereka Pakatan pembangkang seringkali menyatakan UMNO Korupsi dan Rasuah walhalkan jika kita lihat setakat penggal ini selepas PRU12 Kepimpinan pakatan lah yang banyak mengamalkan Korupsi dan Rasuah dalam pembahagian tender, Kontrak dan sebagainya. Sampaikan Tender Kontrak Sampah pun mereka kaut sehingga menyebabkan rakyat Selangor mendapat kesan hasil sampah yang tidak dikutip.

Rakyat Malaysia diminta peka akan hal ini yang mana pakatan akan terus terusan menipu anda dengan kehebatan mereka menyebarkan propaganda dan Fitnah jahat keatas Barisan Nasional terutamanya UMNO.

Banyak usaha yang diakukan kerajaan BN selepas PRU12 yang lepas dan jika kita sendiri peka sudah pasti kita dapat lihat banyak Tranformasi yang dibawa kerajaan khas buat rakyat dengan pelbagai kemudahan dan sebagainya. Kedai rakyat 1 Malaysia, Klinik 1 Malaysia, Subsidi itu ini, Boucer buku sekolah, Bantuan rm500 bagi yang layak malah bermacam macam faedah demi rakyat Malaysia diberi oleh kerajaan Barisan Nasional.



Thursday, February 23, 2012

ANWAR & ISRAEL : PAS tinggalkan Anwar?





"Allah telah menjelaskan dengan terperinci dalam surah al-Baqarah dan al-Ma'idah mengenai Israel, ini bukan isu perbezaan pendapat mahupun soal kemanusiaan, ini soal akidah bagi umat Islam dan menyokong sesuatu yang haram adalah perbuatan haram". 


Dalam hal perkara di atas, PAS perlu segera meninggalkan Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana Ketua Pembangkang itu ternyata konsisten menyokong keselamatan negara Israel, sesuatu yang diharamkan Islam sebagaimana dijelaskan dalam al-Quran.

Sokongan kepada Israel bukan isu perbezaan pendapat tetapi ia isu akidah dan PAS tidak boleh lagi seiring dengan Anwar, apatah lagi mengiktirafnya sebagai Ketua Pembangkang.

Apa yang berlaku, apabila di tanya media... Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat telah mengeluarkan pendapat yang disifatkannya sebagai 'kenyataan selamat' dalam isu Israel dan Anwar. PAS tidak boleh mendahulukan kepentingan politik berbanding tuntutan akidah.

"Anwar bukan sahaja menyokong, malah beliau konsisten mempertahan sokongan tersebut di mana PAS berada dalam jemaah itu. Ini soal akidah, dalam bab ini Islam menuntut kita bermufarakah (meninggalkan) pemimpin yang menentang tuntutan akidah.

Tindakan PAS sekadar menyatakan pendirian tidak cukup kerana mereka masih lagi bersama. Jelas 'kenyataan selamat' PAS yang dilihat nampak lebih mementingkan undi berbanding akidah.

Mengulas kenyataan Nik Aziz bahawa PAS tidak akan sesekali mengiktiraf Israel kerana ia perbuatan haram. Selepas Mursyidul Am itu mengadakan pertemuan dengan Anwar bagi mendengar penjelasan mengenai sokongannya terhadap negara Yahudi...

Ujud perbezaan dengan nada keras Nik Aziz sebelum ini yang memberi kata dua kepada Anwar. Sebaliknya Nik Aziz memberitahu yang beliau memahami penjelasan ketua pembangkang danmenyerah bulat-bulat kepada Anwar sama ada mahu menerima pendirian PAS atau sebaliknya.

Akhirnya, isu yang membabitkan akidah seperti ini pun PAS gagal untuk mengambil langkah sebagaimana disarankan Islam, kerjasama parti itu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP kononnya demi memperjuang Islam nampak hanya sia-sia.

"Kita kena kembali kepada al-Quran, jangan gadaikan akidah semata-mata demi kepentingan politik. Konsep kerjasama ini sepatutnya meletakkan Islam sebagai keutamaan tetapi jika dalam isu Israel pun PAS tidak boleh tangani, macam mana nak tegakkan Islam?

Anwar jauh tersasar dan pemimpin sebegini tidak boleh dianggap imam kepada jemaah. Sebab itu, Islam menyarankan kita supaya bermufarakah pemimpin sebegini kerana jika terus bersama hanya kerana undi, kita juga akan terpalit sama.



Kapal Israel: Puak PR jangan terlampau tunjuk bebal... Baca kenyataan ini!

Tidak ada sesiapa yang di kalangan UMNO yang mengiktiraf Yahudi melainkan Ketua Pembangkang ( PR ) Anwar Ibrahim. Kepada PAS khususnya Nik Aziz, tak perlulah nak mengeluarkan kenyataan berbentuk sindiran terhadap kerajaan. 

Untuk kefahaman Nik Aziz serta puak-puak pembangkang yang tidak henti-henti memutar belitkan fakta semata-mata gilakan kuasa, sila baca kenyataan di bawah:

“Kapal Israel singgah, tiada urusan”

Westports Malaysia menyangkal dakwaan ada kapal dari Israel berlabuh di Pelabuhan Klang dan menjalankan urus niaga dengan negara ini.
Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran berkata, Westports tidak pernah beri lampu hijau kepada kapal didaftarkan di Israel untuk berlabuh.
 
Menurutnya, ada kapal dari Israel singgah, tetapi tidak berlabuh kerana gagal mendapat kebenaran kerajaan.
 
“Memang ada, tetapi hanya untuk singgah. Mereka tidak dibenarkan menetap dan anak kapal pula dilarang menjejak kaki ke darat, jauh sekali kita melakukan urusan perniagaan dengan kapal itu.
 
“Seperti dakwaan pihak tertentu (Jingga 13) yang kami menerima kapal dari syarikat Zim Integrated Shipping Service Ltd, pada 16 Februari tahun lalu, iaitu datang secara langsung dari Ashdod Israel, memang ada, tetapi mereka singgah sahaja,” katanya kepada Sinar Harian.
 
Menurutnya, Westports tidak mempunyai kuasa untuk ‘mengganggu’ kapal berkenaan, namun mereka mesti menurunkan bendera Israel jika berada di perairan negara.
 
“Westports tidak boleh sesuka hati menahan atau menghalau mereka daripada singgah di perairan negara. Begitu juga kapal Zim Integrated hanya singgah di pelabuhan dan anak kapal juga tidak turun ke darat,” katanya.
 
Ditanya sama ada Westport mempunyai kuasa untuk tidak membenarkan kapal berkenaan walaupun singgah di negara ini, Manisegaran berkata, tidak ada peruntukan undang-undang membenarkan pihaknya menghalau kapal yang sekadar singgah sebelum meneruskan perjalanan ke negara lain.
 
“Kapal itu bukan terus dari Israel dan menuju terus ke Malaysia, sebaliknya singgah di beberapa pelabuhan sebelum ke destinasi seterusnya. Perkara ini berlaku di mana-mana negara di dunia kerana setiap pelabuhan menjalankan fungsi sebagai transit atau dikenali persinggahan.
 
“Kita tidak pernah langgar dasar kerajaan yang melarang sebarang bentuk perhubungan dengan Israel. Apa pun, andai kata ada barangan Israel dikesan cuba dibawa ke negara ini, kami tidak akan membenarkan kontena itu turun,” katanya.
 
Manisegaran turut menyangkal dakwaan sebuah portal mengenai pihaknya ada akses dengan Israel secara langsung.
 
Katanya, itu semua tidak benar kerana negara ini tidak pernah ada urusan diplomatik dengan Israel.
 
Sumber  : Sinar Harian
 

Friday, October 28, 2011

Siapa aktivis PR yang punyai anak luar nikah ? sila baca

Ini hanya gambar hiasan saja.
PNS ada mendapat maklumat dari  seorang yang paling rapat dengan seorang aktivis PR ( yg juga aktif dalam satu gerakan anak muda yang tidak berahli mengenai skandal aktivis ini. Aktivis yang dikatakan sedang sibuk memburukkan isteri Perdana Menteri diakatakan mempunhyai anak luar nikah.

Apakah benar anak ini adalah anak aktivis berkenaan , akan kita ketahui nanti bila cukup masa dan waktu yang sesuai . Tunggu akan pendedahan panas ini.