Thursday, October 25, 2012

Felda lunaskan RM401.2 juta pinjaman saham FGV peneroka, petugas


Felda telah melunaskan pembayaran pinjaman bank yang dibuat oleh 94,219 peneroka dan 1,890 petugas agensi itu untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV) pada 5 dan 8 Oktober lalu.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, proses pengambilalihan pinjaman tersebut melibatkan peruntukan sebanyak RM358.7 juta bagi peneroka dan RM42.5 juta untuk petugas Felda.

Katanya, langkah pengambilalihan pinjaman tersebut dibuat bagi meringankan beban mereka kerana pinjaman dengan Felda tidak dikenakan sebarang faedah.
Kita akan dapat balik kerana mereka akan bayar secara ansuran. Dalam kata lain, kita akan mendahulukan pembayaran dan mereka akan bayar balik pinjaman kepada Felda tanpa dikenakan faedah. Ini bagi meringankan beban peneroka dan petugas Felda," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah dalam Majlis Graduasi 2012 di Maktab Rendah Sains Mara Felda di Trolak dekat sini hari ini.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut bahawa Felda akan mengambil alih pinjaman bank yang dibuat oleh peneroka bagi membeli 800 unit saham FGV tetapi tidak menyatakan langkah itu turut melibatkan petugas agensi berkenaan.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan sebelum ini dipetik sebagai berkata, langkah itu meringankan beban peneroka kerana mereka hanya perlu membayar semula kepada Felda sebanyak RM50 sebulan dalam tempoh lima tahun tanpa dikenakan faedah.

No comments:

Post a Comment