Tinjau apa tu tokong?? Scorpene ada baik ker??
Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
berkata Ketua Audit Negara telah memperjelaskan pembelian kapal selam
Scorpene mengikut prosedur perundangan dan laporan rasminya harus
diterima pakai oleh semua pihak.
Mengulas usaha pihak pembangkang untuk menjemput
peguam dari Perancis, William Bourdon, untuk memberi taklimat kepada
anggota Parlimen mengenai urus niaga kapal itu, Zahid berharap pihak
tertentu supaya jangan cuba menyeleweng fakta yang sedia ada.
Beliau berpendapat peguam itu dijemput oleh pihak pembangkang semata-mata untuk urusan politik bukannya atas urusan perundangan.
Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO berkata
pembelian kapal selam itu harus dilihat dari aspek program ‘offset’,
latihan dan jaminan mutu kerja untuk tempoh tertentu dan isu ini adalah
perkara lama yang sengaja dibangkitkan semula untuk menimbulkan
kemarahan dan mengelirukan pemikiran rakyat.
Ditanya mengenai perkara lain iaitu permintaan elaun
RM500 setiap bulan oleh veteran tentera zaman darurat, beliau terserah
kepada budi bicara Perdana Menteri untuk menunaikannya sekiranya
kerajaan berkemampuan melakukan demikian.
“Permintaan elaun tetap RM500 sebulan adalah sesuatu yang berat untuk
dilakukan oleh kerajaan. Kita harus bersyukur dengan pemberian saguhati
RM1,000 yang telah diumumkan dalam Belanjawan 2013 sebagai tanda
kerajaan menghargai sumbangan veteran tentera yang bertugas semasa
darurat,” katanya.
Sumber : UMNO Online
No comments:
Post a Comment