Saturday, October 13, 2012

Selepas menudung kepala, Aishah terlupa menudung 1 perkara.. Apa dia??? Di sini jawabnya..

Penyanyi Aishah ni bukan lah tidak bagus.. Dia seorang penyanyi yang bagus. Tapi itu satu ketika dahulu.. apabila fikirannya terbuka dan rasional. Ialah.. dulu.. siapa tak kenal artis rambut kerinting dari Batu Kikir.. berjaya mengharumkan nama Malaysia dan Negori Sembilan.

Ha.. botul tu.. dikalangan peminat menyokong dio sojak jadi artis ghambut kinting sampai lah dah bertudung litup.. Tapi mulut yang lazer dari tidak bertudung itu lebih orang terima dari mulut dah bertudung hijab.. tapi mulut keluar bahasa-bahasa seperti orang terlupa.. 'dah insaf aku ni rupanya yer???'Uppppssss.. tergossip pulak..

Apa pun.. pembabitan Aishah dalam arena politik kalau nak ikut belah-belah PAS.. tidak lah kita nak pandang tinggi sangat.. ada lagi artis popular yang lebih humble dari dia.. dari nampak peha bila berlakun, dan telah berubah.. menjadi lebih Islamik dan lebih nampak jalan 'pulang' yang abadi.

Di bawah di petik dari akhbar Sinar Harian.


Penglibatan penyanyi terkenal tanah air, Wan Aishah Wan Ariffin atau Aishah dalam kancah politik tidak menjejaskan popularitinya walaupun ramai mengecam tindakan penyanyi yang popular dengan lagu Janji Manismu itu.

Malah menurut Aishah, semua peminat setianya menghormati keputusan beliau untuk terlibat dalam politik walaupun ada kecaman diterima terutama di laman sosial facebooknya.

“Peminat sentiasa memberi respons positif malah akur dengan keputusan saya untuk berjuang di landasan politik, kecaman- kecaman yang ada bukan dari peminat saya, ” katanya kepada Sinar

Harian selepas menghadiri program Santai Bersama Selebriti anjuran Urusetia Pembangunan Wanita Keluarga dan Kesihatan, Kerajaan Negeri Kelantan, di sini, semalam.

Aishah yang juga ibu kepada dua anak berkata, mengakui jadualnya kini agak padat malah semakin sibuk selepas secara rasmi menyerahkan borang menyertai Pas Mei lalu.

Mengulas mengenai bidang nyanyian, Aishah yang memulakan kerjaya seninya sekitar 1980an berkata, walaupun sibuk namun tidak membataskannya untuk meneruskan aktiviti tersebut di samping kegiatan lain termasuk menulis buku dan berniaga.

Katanya, beliau mengharapkan pentadbiran baru akan wujud selepas Pilihan Raya Umum 13 seterusnya membantu mengubah suasana dunia seni sekarang dan boleh menjadi medium perantara untuk menyampaikan mesej positif kepada umum.

“Harapan saya akan ada pemerintahan baru seterusnya wujud cara baru dalam industri seni, setidak-tidaknya masih ramai yang boleh aktif dengan cara berlandaskan agama,” katanya.

Aishah berkata, beliau berharap industri seni tanah air akan mempunyai kekuatan tersendiri suatu hari nanti dan tidak terlalu meniru dunia hiburan barat sehingga keluar dari landasan syariah.

“Walaupun tidak mengehadkan kepada lagu-lagu ketuhanan namun industri seni tanah air sepatutnya mempunyai jenama sendiri, supaya ia tidak diperlekeh dan penggiat seni dipandang serong oleh masyarakat, “katanya yang turut mengakui budaya hiburan dari barat banyak mempengaruhi dunia hiburan tanah air kebelakangan ini.

Ditanya adakah beliau akan selamanya bergiat aktif dalam politik, Aishah berkata, walaupun mungkin tidak selamanya, namun beliau akan terus mengikuti perkembangan semasa dan menjadi pemerhati yang aktif.

No comments:

Post a Comment