KUALA LUMPUR: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Kuala Lumpur ke Seremban akan menikmati pengurangan kadar tol sebanyak 60 sen apabila persimpangan bertingkat baru Plaza Tol Seremban siap.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Yong Khoon Seng berkata, dengan pengurangan itu, pengguna hanya perlu membayar RM6.60 berbanding kadar semasa RM7.20.
Pengurangan itu adalah kerana jarak perjalanan Kuala Lumpur-Seremban menjadi lebih singkat dengan wujudnya persimpangan bertingkat bernilai kira-kira RM116.7 juta itu, katanya pada sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat di sini, hari ini.
"Biasanya kutipan tol mengikut kadar sedia ada iaitu 14.9 sen bagi setiap kilometer dan ia mengikut jarak dibenarkan. Jadinya RM7.20 ini (harga sebelum ini) jarak yang mereka gunakan untuk pergi ke Seremban (jarak dari Kuala Lumpur ke Seremban).
"Selepas persimpangan bertingkat baru siap, plaza ini akan ditol dari Kuala Lumpur ke Seremban sebanyak RM6.60 iaitu bermakna ada pengurangan 60 sen dari kadar biasa kerana jarak kurang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Loke Siew Fook (DAP-Rasah) yang ingin tahu mengenai kewajaran wang kerajaan digunakan untuk menampung sepenuhnya perbelanjaan pembinaan plaza tol bertingkat di Seremban.
- BERNAMA

No comments:
Post a Comment