Friday, October 12, 2012

MCA kini bersekongkol dengan DAP tolak hudud PAS.. Tak percaya?? Klik sini

Inilah gelombang yang berlaku pada masyarakat Cina di negara ini. Setelah satu ketika dulu mereka terhasut dengan agenda kepartian, kini mereka bangkit melalui gelombang 'Stability Above Chaos'. Mereka menolak Hudud PAS, bukan menolak Hudud Islam.

Jangan kata mereka tidak memahami Islam dan menolak Islam. Tamadun dunia telah membuktikan mereka antara bangsa yang telah menerima Islam lebih dahulu dari bangsa Melayu. Malah tamadun mereka yang beratus-ratus tahun dulu turut membangun dengan dalil Islam. Tidak boleh kita menafikannya.

Hudud PAS hanya untuk mengaburkan beberapa orang beragama Islam tetapi tidak memahami Islam. UMNO sering dikafirkan kerana dituduh tidak mentadbir cara Islam dan menjauhkan syariat Islam, sedangkan dunia Islam sendiri mengiktiraf Malaysia sebagai pentadbir yang berjaya.

Silapkah Malaysia berusaha membangunkan tamadun Islam dengan mensyariatkan fardu Kifayah dalam masa yang sama jati dirinya ialah fardu Ain??

PAS terperangkap dengan agenda Islamnya sehingga membiarkan DAP virus yang tidak boleh diubati.

DAP menolak hudud PAS seperti mana MCA turut menolak hudud PAS. Tetapi penolakan ini di atas dua faktor yang amat berbeza sekali.

DAP menolak hudud PAS kerana tidak mahu Islam terus diperkasakan setelah mereka berjaya merampas Putrajaya.

Tetapi MCA menolak hudud PAS kerana terlalu banyak memesongkan pemahaman bangsa beragama lain. Hudud PAS tidak telus. MCA memahami hudud masih belum dilaksanakan lagi kerana tidak mahu kerajaan mentadbir, menjadi zalim menghukum rakyat yang tidak berdosa. Perkara ini diterjemahkan pada majlis makan malam MCA pusat dengan usahasama MCA Negeri.

 

Majlis makan malam bertajuk ‘Stability Above Chaos’ bertemakan UBAH – Say no to Hudud PAS,  dua hari lepas telah menarik seramai mungkin rakyat berbangsa Cina di padang MPS, Seremban. Anggaran kehadiran adalah seramai 10,000 orang atau melebihi dari sasaran target oleh MCA Pusat dan Badan Perhubungan MCA Negeri.

Pada PRU12 (2008), berlakunya tsunami politik apabila pengundi Melayu, Cina dan India telah menunjukkan protes melalui undi mereka dan berlakunya kemerosotan di dalam jumlah kerusi yang dimenangi oleh Barisan Nasional sebelum ini.

Namun, di bawah kepimpinan Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang mengantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada tahun 2009, lanskap politik itu kembali pulih dan berubah.

Majlis makan malam tersebut, disempurnakan oleh Dato’ Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Menteri Besar di dalam ucapannya, mengingatkan hadirin yang hadir, bahawa walaupun BN menang tipis pada PRU lalu, ia bukanlah mengambarkan kerajaan BN adalah lemah. Kemenangan tipis tersebut, turut memberi gambaran bahawa kemenangan pembangkang itu menunjukkan perangai sebenar mereka.

Di bawah nama Pakatan Rakyat, mereka berlainan idealogi, DAP dengan prinsip politiknya, PKR hanya mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri dan PAS yang dulunya memperjuangkan negara Islam, hari ini tunduk bisu dengan rakan parti yang lain.

Menurut Menteri Besar, rakyat negara dan negeri ini perlu melihat dan berfikir sebaik-baiknya kerajaan bagaimana untuk mentadbir, sama ada kerajaan yang telah terbukti membangunkan negara selama 55 tahun ini, ataupun mahu memilih kerajaan yang mengenepikan rakyat.

Ujar beliau, “ketika pilihanraya, kita perlu menolak pemimpin yang hanya mahu menang, tetapi tidak pandai mentadbir. Apabila diberi peluang mentadbir, ternyata mereka gagal.”

Tambah beliau, “kita perlu membuat pertimbangan yang wajar, kerana dengan pertimbangan yang wajar memberi masa depan yang lebih baik.”

“Orang Melayu negeri ini tidak akan  mengundi DAP, malah mungkin tidak akan mengundi PAS. Apabila mengundi PAS, sama seperti kita mengundi DAP yang tidak menghormati agama Islam.

“Malah PAS boleh mengkafirkan UMNO, apa lagi kepada bangsa yang tidak menyokong mereka. Dengan slogan UBAH – say no to Hudud PAS, mengambarkan bangsa Cina juga memahami apa yang terselindung di sebalik agenda mereka.” katanya lagi.

Sumber : n9kini

No comments:

Post a Comment