Kemelut pegangan
pemimpin Pas dalam apa juga urusan nampaknya sudah sampai ke noktah
terakhir. Baik dari Pemimpin No1, Orang Alim No1, barisan ulama yang
tidak jelas pendidikan mereka dan yang paling MI simpati adalah pengikut
yang tidak berdosa. Terjerat dengan mainan lidah biawak Hj Hadi, Nik
Aziz dan Majlis Syura yang kononnya ulama pilihan.
Malah MI amat
terkejut bila pengikut Pas mula terikut dengan pendirian Timbalan
Presiden Pas yang mempunyai rekod teruk moralnya, Mat Sabu. Kenyataan
Mat Sabu sudah setaraf dengan kenyataan ulama pas itu sendiri dan
kadang-kadang umpama fatwa.
Kini, rahsia baru
sejarah lama terungkai dan terdedah. Walaupun kenyataan ini adalah pada
tahun 1981 tapi kenyataan ini Hadi Awang tidak pernah tarik dan
bertaubat seperti mana kenyataan beliau yang dianggap amanat keramat
pegangan hidup pengikut Pas.
Amanat Haji Hadi,
berbisa dan masih kekal dalam sanubari pengikutnya. Hingga ke hari ini
Hadi Awang berkeras tidak akan menarik balik kata-kata tersebut. Malah
makin bongkak bila Nik Aziz sendiri berkata tidak ada apa yang salah
dalam ucapan sesat Hadi Awang yang dikenali sebagai Amanat itu.
Masalah amanat
rekaan belum reda, kini Hadi Awang dihantui dengan ceramah beliau yang
begitu menghina orang bukan Islam, "orang bukan Islam hanya layak jadi
rakyat sahaja' itulah lebih kurang maksud Hadi Awang. Rakaman suara ini
bakal menyusul agar pembaca boleh dengar sendiri sedikit masa lagi.
No comments:
Post a Comment