Malaysia telah menikmati keamanan dan kemakmuran
yang lebih baik berbanding negara-negara yang mencapai kemerdekaan pada
masa yang hampir sama dengannya.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, banyak negara lain
gagal mencapai kemajuan diharapkan walaupun memiliki kekayaan hasil bumi
seperti minyak, emas dan bijih timah.
Berbanding dengan negara tersebut, kata beliau, Malaysia berjaya
dibangun dan dimajukan dengan baik hasil daripada perancangan dan usaha
gigih dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan
Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Dakwaan bahawa sesiapa jua yang menjadi kerajaan akan melaksanakan
pembangunan untuk rakyatnya adalah tidak tepat kerana banyak kerajaan
lain di dunia yang gagal berbuat demikian.
Ada yang kaya dengan hasil bumi tetapi negara mereka masih tidak
dapat mencapai kemajuan malah dibelenggu oleh krisis yang berpanjangan,"
katanya pada Majlis Ramah Mesra Barisan Nasional (BN) Kampung Felda
Sendayan di sini kelmarin.
Beliau sebelum itu turut melawat Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya BN Pusat Daerah Mengundi Kampung Sendayan 1 dan 2 di situ.
Mohamad berkata, pengalaman yang dilalui oleh negara-negara berkenaan
perlu dijadikan panduan dan iktibar semua lapisan rakyat kerana itu
juga boleh berlaku di negara ini sekiranya masyarakat mengambil mudah
mengenai ancaman yang ada di hadapan mereka.
Beliau mengulangi pendiriannya bahawa rakyat negara ini bertuah
kerana dapat hidup dalam keadaan aman dan damai serta menikmati kemajuan
dan pembangunan pesat yang dibawa oleh kerajaan sejak merdeka.
Antaranya, menurut beliau, adalah pembukaan tanah rancangan Felda
bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat yang rata-ratanya susah semasa
negara baru saja merdeka.
Jadi marilah kita tumpu kepada perpaduan sebagai agenda utama kerana
ia akan menentukan negara akan terus aman dan makmur pada pada depan,"
katanya.
No comments:
Post a Comment