Barisan Nasional (BN) perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen pada
Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi membolehkan segala aktiviti ekonomi
dan pembangunan dirancang, dilaksana dengan teratur tanpa kekangan
politik.
Ini kerana, kegagalan BN menang majoriti dua pertiga pada pilihan
raya 2008 menyebabkan pelbagai projek seperti Transit Aliran Massa
(MRT), LYNAS dan pembinaan Loji Langat Dua kini menjadi bahan manipulasi
pembangkang sehingga pelaksanaannya terganggu.
Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, berkata BN juga
perlu mencapai kemenangan itu supaya fokus utama mereka menjadikan
Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dicapai.
Katanya, tidak mudah bagi kerajaan melaksanakan impiannya itu, tanpa di dokong oleh kekuatan politik.
“Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan yang sukar untuk
melengkapkan impian ini (negara maju) tanpa kemenangan majoriti (dua
pertiga). Beliau memerlukan sebuah kerajaan kuat baik dari segi politik,
mahupun ekonomi.
“Kita harus menerima realiti, Malaysia belum lagi maju seperti
Amerika Syarikat dan Jepun yang mempunyai keseimbangan politiknya,
kerajaan dan pembangkang sama kuat. Kalau Malaysia sudah maju mungkin
boleh (tanpa dua pertiga),” katanya.
Mengulas lanjut, Ahmad Atory berkata, tanpa mandat dua pertiga juga,
kerajaan tidak mampu memantapkan kandungan Perlembagaan khususnya yang
bersabit dengan agama Islam, bahasa Malaysia serta kepentingan
Bumiputera.
No comments:
Post a Comment