Kemelut tabung memali yang kini dilihat
menghatui kepimpinan Pas setelah didedahkan oleh ahlinya sendiri Zainon
Ismail atau CN Al-Afghani menerusi bukunya Air Mata di Bumi Memali
seharusnya menjadi panduan kepada rakyat untuk membuat pilihan yang
sebenarnya pada pilihan raya umum kelak.
Pengerusi Biro Pendidikan Politik Pemuda UMNO, Ali Mazat Salleh
berkata bagaimanakah Pas mahu mengurus tadbir amanah rakyat dengan
berkesan sedangkan amanah kepada nak yatim pun mereka khianati.
Justeru beliau seterusnya menegaskan jika perkara itu pun tidak dapat
diselesaikan dan terus menerus menjadi pertikaian, apakah rakyat
sanggup menyerahkan kepada mereka yang terpalit dengan dakwaan
sedemikian.
“Apabila kita lihat tabung memali didedahkan satu persatu oleh ahli
mereka sendiri, ini tentunya bukan lagi sesuatu yang tidak
penting….Sebenarnya ini adalah amanah yang cukup besar.
“Skandal ini sudah cukup dan menjadi bukti kepada rakyat untuk
membuat pilihan yang terbaik. bak kata pepatah kalau tidak ada angin
masakan pokok bergoyang. Jadi kepada rakyat, ini sudah cukup dan memadai
untuk dijadikan penanda aras manakah yang layak diberikan kepercayaan,”
katanya kepada UMNO-Online di sini.
Beliau seterusnya percaya kemelut tabung memali akan terus
berpanjangan sekiranya kepimpinan Pas tidak melakukan sesuatu untuk
menyelesaikannya.
“Kita bukannya nak campur urusan hal dalaman mereka…Cuma sekadar
ingin bercakap soal amanah. Bukankah menguruskan sumbangan derma tabung
memali yang merupakan sumbangan orang ramai juga merupakan satu amanah.
“Lagi pun Pas juga selalu bercakap soal amanah….dan juga seringkali
kali mengritik kerajaan pimpinan BN dengan pelbagai dakwaan dan
sebagainya. Takkan hanya nampak amanah pihak lain sahaja,“ ujarnya. -MediaUMNO
No comments:
Post a Comment