Friday, August 19, 2011

PAS semakin menyongsang arus...

 

Pemimpin-pemimpin PAS ada yang mula hilang akal gara-gara parti itu gagal berdepan kontroversi pemeriksaan JAIS terhadap Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang sudah berlarut hampir tiga minggu.

Semuanya berpunca kesilapan PAS yang awal-awal lagi enggan menyatakan pendirian terhadap tindakan JAIS yang memeriksa DUMC setelah menerima maklumat ada usaha memurtadkan orang Islam oleh pihak terbabit.


Seperti dinyatakan sebelum ini, demi menjaga hati PKR dan DAP, pemimpin-pemimpin PAS jelas mempolitikkan isu ini sejak awal-awal lagi dengan mengenepikan penjelasan Exco Agama Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

Sebaliknya rancangan PAS bertemu JAIS dan DUMC bagi mendapatkan penjelasan berhubung insiden 3 Ogos itu juga gagal.

Hilang punca dan buntu dengan semua itu, pemimpin PAS baru menyatakan sokongan terhadap JAIS dan meminta jabatan itu bertindak jika ada bukti ujud usaha memurtadkan orang Islam.

Namun, pendirian itu dianggap sudah terlewat kerana masyarakat mula nampak ‘perjuangan sebenar PAS’ yang bukan lagi mahu mempertahanakan dasar-dasar Islam tetapi memperjuangankan sekutu mereka – PKR dan DAP.

Sebab itulah, PAS cuba mengalih isu ini dengan mengheret UMNO dan mendakwa memnjadi dalang tindakan tersebut.

Selain ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustapha Ali, kini Ketua Penerangan parti itu, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man turut menyerang UMNO.
        
Dengan menjadikan laporan dan pendedahan blog yang didakwa Tuan Ibrahim sebagai blog pro-UMNO, beliau terus mengaitkan tindakan JAIS itu dengan UMNO.

Lebih buruk beliau menuduh perangkap ini sengaja dipasang UMNO yang hanya merosakkan lagi nama baik Islam yang kini sudah cacat cela.

Sekadar bertanya, sebanyak mana UMNO merosakkan Islam berbanding PAS yang sanggup mjengeluarkan macam-macam fatwa dan amanat sehingga mengkafirkan orang-orang UMNO?

Apakah fakwa-fatwa songsang Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat demi menyelamatkan parti dan pemimpin-pemimpin pembangkang yang meliwat, berbogel dan ditangkap khalwat tidak mencacat celakan Islam?

Jawapannya, PAS hanya meludah ke langit.

PAS jelas menyongsang arus daripada perlembagaan parti untuk memperjuangkan dasar-dasar Islam berlandaskan Al-Quran.

Tidak hairan kebelakangan ini sejak bersekedudukan dengan PKR dan DAP, parti itu sanggup menjual Islam asalkan dapat undi yang pembangkang perlukan untuk mengambil alih Putrajaya.

Dalam isu JAIS dan DUMC, PAS tidak patut menuduh UMNO sebagai dalang hanya berpandukan laporan blog yang pro-UMNO atau desakan-desakan NGO termasuk Senator Ezam Mohd Nor yang menyokong tindakan JAIS.

Apa bezanya dengan blog pro pembangkang yang sentiasa menyerang UMNO dan pemimpinnnya apabila timbul sesuatu isu?

Apa bezanya dengan ancaman demonstrasi jalanan haram anjuran pembangkang termasuk PAS sendiri semata-mata mahu tuntutan politik mereka ditunaikan?

Apa bezanya dengan macam-macam bukti yang didedahkan oleh pemimpin pembangkang walapun ianya sulit malah ada antaranya tidak diketahui kesahihannya?

Amat bodoh Tuan Ibrahim menjadikan apa dilaporkan penulis blog, pendedahan maklumat tindakan JAIS di internet dan tindakan mendesak Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyatakan pendirian berhubung kontroversi tersebut didalangi UMNO.
Tuan Ibrahim tidak harus curiga dengan ulasan pemimpin-pemimpin UMNO dalam isu ini.

Sesiapa sahaja orang Islam, tidak termasuk segelintir pemimpin PAS yang sudah hilang perjuangan asal akan bangkit mempertahankan tindakan JAIS.
Mengapa Tuan Ibrahim mempersoalkan kredibiliti JAIS, kecewa dengan pendedahan bukti-bukti di internet yang beliau anggap bahan sulit?

Beliau sepatutnya meminta Mustapha mendedahkan bukti jika benar UMNO menjadi dalang disebalik semua ini bukannya turut sama menjadi Luncai yang akhirnya terjun bersama-sama labunya. 

Tuan Ibrahim juga tidak wajar menjadikan kelewatan JAIS menyiapkan laporan siasatan sebagai bukti ada kaitan dengan UMNO.

Sedangkan 12 orang Islam yang berada di gereja pada malam kontroversi itu tidak hadir memberi keterangan kepada JAIS pada awalnya.

Beliau sepatutnya menasihati ke semua mereka terbabit akur arahan JAIS atau meminta peguam semua terbabit bekerja sama dengan JAIS bukan mengambil tindakan terhadap JAIS.

Sebenarnya, pengajaran daripada semua ini menampakkan PAS sudah tiada dahan atau akar untuk berpaut bagi mengembalikan maruah parti itu sebagai mempertahankan Islam.

PAS sudah jauh meninggalkan perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu.

Adakah perjuangan parti itu yang kononnya mempertahankan Islam sudah sampai ke penghujungnya?
                                                                     
Mungkin ini sebahagian tanda-tandanya.

Sumber: Agenda Daily.

No comments:

Post a Comment