Panas berapi betul cerita Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon ini kebelakangan ini sehingga terpampang luas di dada akhbar dan juga blog blog pro UMNO. Mungkin besar sangat dosa Koh Tsu Koon sehingga dia diaibkan dan nampak cara ada tangan tangan yang diatas juga yang memainkan peranan mencurahkan minyak petrol untuk menyemarakkan api yang sedang dibakar.
Apa juga yang sedang berlaku penulis rasakan ianya agak terlambati sedikit tekanan yang dilakukan kepada Tsu Khoon yang mana ianya sepatut dilakukan lebih awal lagi. Di Pulau Pinang nampaknya hanya UMNO sahaja yang cuba merampas kembali Pulau Pinang sedangkan Tsu Khoon masih merasakan bahawa dirinya masih stabil atas tiket Presiden Gerakan dan mempunyai tempat di Putrajaya.
Banyak bola tanggung yang diberikan oleh DAP Pulau Pinang dibiarkan begitu sahaja oleh Gerakan dan gerakan seolah olah tidak wujud lagi . Terus terang apa yang boleh kita katakan DAP akan terus berkuasa pada PRU13 ini di Pulau Pinang dan jika inilah cara Gerakan bekerja dan cara Koh tsu koon bertindak yang kini menjadi ulat di mata bukan sahaja rakyat Pulau Pinang tetapi ahli Gerakan sendiri. Kita ikuti apakah kesudahan tekanan ini. sila baca ini.
dah patut masuk rejek shop dh mamat ni.
ReplyDelete