Thursday, August 11, 2011

Dr Asri Sedang Membuat Masyarakat Membencinya

Semenjak dua tiga menjak kebelakangan ini Dr Asri kelihatan banyak mengambil pendirian yang populis terhadap sesuatu isu yang timbul.

Saya tidak berniat hendak berlawan, berhujah atau jauh sama sekali menghentam beliau kerana siapalah saya jika hendak dibandingkan dengan beliau.

Saya masih ada perasaan hormat kepada beliau kerana ilmu-ilmu yang beliau ada dan yang paling utama sekali kerana dia seorang ulama yang berkecuali dari politik. Kalau dia ulama Pas dah lama saya maki dia.

Apa yang menjadi kebimbangan saya dalam beberapa hari ini ialah berhubung kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan beliau berhubung isu Jais-gereja boleh membuatkan orang ramai tidak lagi menghormati beliau.

Kenyataan-kenyataan yang dkeluarkan beliau bertentangan dengan perasaan majoriti orang-orang islam yang rata-ratanya menyokong tindakan JAIS. Yang tak sokong hanya sebahagian islam Pas, sebahagian islam PKR dan sepenuhnya islam DAP.

Ramai orang berkata kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan Dr Asri lebih kepada melepaskan geram beliau kepada JAIS kerana dendam peristiwa lama. Wallahualam....

Beberapa hari lepas Dr Asri mengeluarkan kenyataan yang menyalahkan Pusat Zakat menjadi punca kepada orang islam mendapat bantuan dari gereja.

Secara peribadi saya berpendapat kenyataan Dr Asri itu akan membuatkan lebih ramai orang islam yang akan menjadi malas selepas ini kerana jika tiada wang mereka boleh pergi ke Pusat Zakat. Jika Pusat Zakat tidak beri mereka boleh ugut untuk pergi ke gereja.

Satu perkara yang kita harus ingat, menipu dan memutar belit adalah satu budaya buruk yang paling serius yang ada dalam diri rakyat Malaysia dalam soal meminta bantuan atau kebajikan.

Lihat sahaja contoh semasa skim pinjaman buku teks persekolahan satu masa dulu. Pada masa itu pinjaman buku teks hanya diberikan kepada pelajar yang ibu bapa mereka berpendapatan RM 2000 ke bawah.

Tetapi pada masa itu ada ibu bapa yang berpendapatan sampai RM 5-6 ribu pun sanggup berbohong pendapatan mereka kepada RM 1500 bagi membolehkan anak-anak mereka mendapat pinjaman buku teks kerajaan. Lebih malang ada yang mengajar anak membohongi cikgu jika cikgu tanya soalan-soalan mengenai kehidupan mereka.

Anak kecil-kecil telah diajar berbohong oleh ibu bapa sendiri, selepas itu lekat sampai ke besar kerana telah tertanam dalam fikiran mereka ibu bapa kata bohong seperti itu (bohong kerajaan) tak mengapa. Akhir sekali budaya buruk itu jadi warisan dari generasi ke generasi.

Begitu juga dalam hal zakat. Bukan semua orang yang pergi ke Pusat Zakat itu jujur dan ikhlas. Ada juga yang kaki kelentong. Di Malaysia ini sebenarnya tidak ada alasan untuk rakyat hidup susah melainkan kerana malas dan tak pandai menguruskan kewangan. Kecuali orang-orang yang sakit kronik atau sakit berpanjangan yang tidak boleh bekerja atau menjaga ahli keluarga terdekat yang sakit. Orang-orang asing berebut datang cari kekayaan di negara kita dan kena bayar levi setiap tahun kepada kerajaan tetapi mereka masih lagi mendapat pendapatan yang baik.

Saya ulang sekali lagi, sebab utama rakyat Malaysia susah kerana malas dan tak pandai urus wang. Pendapatan sejengkal belanja sedepa. Lagi satu ramai yang sabar dan nak senang atau kaya cepat.

Kenyataan yang Dr Asri keluarkan dua hari lepas boleh menjadi satu masalah baru kepada kepada Pusat Zakat. Mereka akan menggunakan kenyataan itu sebagai ugutan. Kalau tak bagi kami pergi ke gereja atau kami keluar islam. Nauzubillah....

Sebagai seorang yang berpengaruh dan dihormati Dr Asri kena ingat setiap apa yang keluar dari mulutnya akan diambil berat oleh masyarakat. Mereka boleh guna alasan dari apa yang diungkapkan oleh mulut Dr Asri.

Hari ini pula Dr Asri sekali lagi keluarkan kenyataan di malaysiakini yang dilihat boleh memberi nafas baru kepada pihak gereja. Beliau seolah-olah mengejutkan harimau yang sedang tidur.
Petikan dari malaysiakini
“Saya terfikir bagaimanakah jika negara-negara bukan Islam seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah mengambil tindakan yang sama ke atas masjid-masjid di sana.

“Kita tahu umat Islam di sana aktif berdakwah kepada bukan Islam di pelbagai tempat khususnya di pusat-pusat Islam dan masjid-masjid. Bukan Muslim dijemput datang ke masjid dan diberikan al-Quran dan risalah-risalah berkaitan Islam.

“Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,” katanya dalam satu SMS ringkas kepada Malaysiakini, petang semalam.
Bagaimanapun kenyataannya itu dipertikaikan oleh seorang pembaca yang bernama Rosdi Ismail melalui komen seperti berikut,
Setakat pemerhatian dibuat .. saya melihat komen-komen yang menekan JAIS adalah kebenyakannya TIDAK ADIL kerana :-

1- Menggunakan istilah "serbu" atau "ceroboh" adalah tidak tepat. Apa yang berlaku adalah pemeriksaan dibuat setelah mendapat kebenaran melalui perbincangan yang memakan masa hampir sejam. Komen Dr. Asri juga adalah keterlaluan dan partisan.

Sila perhatikan petikan ini = “Jika mereka memakai undang-undang seperti kita, tentu masjid-masjid akan diceroboh dan didakwa,”. Jelas Dr. Asri telah menggunakan perkataan "diceroboh" dan "didakwa". Inilah adalah analogi yang bersifat menghasut. ia buka hujah, hanya lontaran akal.

2- Salahkah JAIS melakukan pemeriksaan di bawah peruntukan undang-undang yang ada. Kata-kata Asri = "sehingga bila kita hendak bergantung dengan undang-undang" adalah hujah akal yang tidak berpijak dibumi nyata. Undang-undang yang ada sekarang adalah bertujuan untuk mempertahankan akidah umat Islam. Apa yang cuba dipertikai sekarang ialah prosedur pemeriksaan tersebut, bukannya undang-udang. Oleh itu kita harus membezakan antara dua perkara yang berbeza. Jika kuasa Islam yang "sekakang kera" yang ada inipun cuba dipertikaikan oleh orang islam sendiri, apakah orang Kristian atau bukan Islam akan memberi peruntukan tambahan bila kita beriya-iya membela mereka? .. Renunglah sejenak.

3- Dr. Asri sepatutnya tunggu dulu laporan JAIS. Apa tujuan ulasan-ulasan mentah seperti ini. Lagipun beliau tak adapun sewaktu pemeriksaan dibuat. Makna nya gambaran sebenar kejadian tersebut tidak jelas. Beliau tidak berhak sama sekali untuk membuat ulasan awal seperti ini.

4- Dr. Asri seolah-olah beranggapan negara seperti Thailand, United Kingdom, Amerika Syarikat dan negara-negara di Eropah lebih lunak dalam hubungan mereka dengan orang islam berbanding Malaysia. Wahai Dr. Asri apakah kamu lupa bagaiman orang islam di Takbai dibunuh dan ditembak seweang-wenangnya. Bagaimanakah makmum dalam Masji Krisik di tembak sewaktu sedang berjemaah, Bagaimana orang Islam bangsa Hugo di China dipakasa agar tidak berpuasa sekarang, Bagaimana etnik Albania mula ditekan kembali pada hari ini, Bagaimana Purdah atau Niqab tidak dibenarkan diPerancis dan macam-macam lagi. Mana pembelaan anda dalam kes seperti ini? Jangan lupa semua itu. Adakah JAIS telah bertindak sampai ke tahap itu?

5- TAHNIAH Saudara Haji Mohammad bin Jusoh .. saya sudah rasa mual dengan mereka yang tak habis-habis mempertikaikan kuasa Islam yang secarik ada di Malaysia ini hanya kerana bias atau simpati kepada aliran pemikiran kepartian .. Ingat hanya PATI ALLAH sahaja yang menang. Kepada mereka yang terlalu percaya kepada system parti hari ini, cuba kaji ciri parti anda sekarang adakah ia sudah menepati maksud firman Allah surah al-Maidah /51-56 dan seterusnya.
Apabila melihat kepada hujah saudara Rosdi Ismail yang logik itu, bolehkah kita membuat kesimpulan kenyataan yang dikeluarkan Dr Asri tidak lebih kepada dendam beliau terhadap JAIS ?

Jika ulama bebas yang tidak ada kepentingan politik dan penguasa agama islam sudah berdendam dan bertelingkah secara terbuka ianya sesuatu yang amat malang kepada umat islam di Malaysia, tambahan pula di bulan Ramadhan.

Mufti, ulama dan para cendiakawan islam yang bebas politik perlu bermesyuarat segera untuk mengatasi kemelut ini. Kerajaan pula perlu menerima saranan dan cadangan mereka tanpa mempertikaikannya kerana bimbang boleh menjejaskan sokongan dan sebagainya.

Benar kata Ketua Pemuda Pas harga akidah umat Islam tidak boleh dibayar dengan nilai sebuah atau lebih kerusi Parlimen mahu pun DUN (Dewan Undangan Negeri), demikian juga tidak boleh ditebus dengan nilai jawatan bertaraf menteri atau wakil rakyat sebaliknya nilai akidah, taruhannya ialah darah dan nyawa,” katanya.

Soal niat atau apa maksud hati beliau berkata begitu perkara kedua. Yang penting ayat yang keluar dari mulutnya itu betul.

Apabila menyetujui kata-katanya itu bukannya kita perlu berperang atau bertaruh nyawa. Banyak lagi kaedah-kaedah lain yang boleh digunakan. Selama ini berpuluh tahun BN perintah negara ini pelbagai kaedah yang kita gunakan dan terbukti ianya berkesan kerana tidak pernah timbul isu seperti hari ini. Isu-isu begini mula timbul selepas berlakunya perubahan dalam lanskap politik negara selepas 2008.

Bermula dari situlah musuh-musuh islam sejak azali yang sebelum itu menerima corak kehidupan dan pemerintahan yang ada di Malaysia telah mula berubah kerana mereka telah dibantu oleh iblis-iblis alaf baru yang muncul selepas PRU 13.

Lebih sedih lagi rasanya apabila seorang ulama bebas pula mengeluarkan kenyataan begitu hari ini seolah-olah memberi tenaga tambahan kepada mereka. Lebih malangnya lagi apabila ulama bebas itu membuat kenyataan kepada sebuah portal berita yang memang terkenal dengan sifat anti islam dan melayu. 

rbf online.

4 comments:

  1. masalah menipu ke apaitu antara dia dgn tuhan..tu dia yg jawab..pusat zakat umumlebihan zakat knp??? sedangkan kat luar ramai lg yg x dpt..buat ape duit tu? simpan?.. alahai... sedihnye orng melayu pkiran takot orng tipu la apala..ish ish.,..

    ReplyDelete
  2. Bro.. tu bukan salah PPZ semata. Masjid/ Surau ada AJK, Ketua Kampong ada, YB ada.. takkan tak tau keliling rumah sendiri ada ummat yang bermasalah? Tak reti2 nak tolong highlight & uruskan. Birokrasi.. bukan isu...

    ReplyDelete
  3. BENAR,, dulu sy mengikuti & minat baca ulasan DR MAZA ni, tapi skrg nampaknya rentak dia lain... Adakah benar mungkin tuduhan yg dilemparkan pd dia selama ini iaitu "WAHHABI"? sekejap pro sana sekejap pro sini.. yg mana boleh bg dia famous dia sokong...

    ReplyDelete
  4. Salam. Apa yg dikata Dr.Maza ada yg benar begitu juga rbf on. line jadi yg baik kita ambil dan tidak baik kita letak sebelah. Tak perlu kita libatkan Umno kah, Pas kah atau wahabi kah ambil ia sebagai komen utk kita fahami dan kritik. Kerana kita manusia yg lemah dan mencari jln utk perbaikan diri.

    ReplyDelete