Sunday, August 7, 2011

Khalid Ibrahim kesal dengan tindakkan Hassan? Kecoh...

Isu JAIS menyerbu majlis makan malam muhibah di Gereja Methodist Damansara Utama di lihat kepimpinan PAS kini semakin bertambah kecoh.

Apabila Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali mengeluarkan kenyataan dimana beliau sanggup dipecat demi mempertahankan Islam, sebelum berdepan dengan jawatankuasa kerja PAS pusat untuk menjelaskan tindakan serbuan tersebut.

Utusan Malaysia, dalam laporan di muka depan edisi hujung minggu hari ini mengatakan pemimpin kanan PAS ini di bawah tajuk “Saya rela dipecat.”

“Saya sanggup melakukan apa sahaja termasuk menerima kenyataan jika saya diminta melepaskan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri dan apa-apa jawatan sekali pun demi memperjuangkan apa yang saya yakin dapat membantu umat Islam, khususnya di negeri Selangor,” kata Hasan.

“Jika sesiapa pun yang percayakan kepada soal keharmonian beragama, maka soal kesucian agama Islam tidak boleh diganggu gugat sama sekali dan itulah yang saya perjuangkan, adakah itu salah?” tambah Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor ini.

Beliau berkata majlis itu juga pihaknya telah dimaklumkan perkataan “al-Quran” dan “doa” diselitkan, mendakwa ada bukti mahu memurtadkan umat Islam.

Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam), yang menggariskan tindakan-tindakan memurtadkan dilakukan oleh bukan Islam ke atas Muslim, membolehkan pihak berkuasa agama untuk melancarkan siasatan dan menahan mana-mana individual tanpa waran.

Tindakan Hasan mempertahankan Jais berlaku selepas Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim melahirkan rasa kesal tentang insiden yang berlaku.

Dilihat sebagai satu isu keagamaan konservatif, Hasan tidak bersetuju dengan dasar-dasar liberal kerajaan negeri Selangor, yang paling ketara adalah larangan penjualan arak di negeri maju itu awal tahun ini.

Hasan telah kehilangan jawatan utama pada pemilihan PAS, yang dilihat memilih pemimpin lebih progresif dan inklusif.

Selepas tidak dikekalkan sebagai pemimpin nombor satu Selangor, kononya tindakan Hasan dilihat cenderung kepada pemikian Umno...

No comments:

Post a Comment