Wednesday, March 27, 2013

Video seks: Setelah Rafizi kantoi...PKR cuba lontar 'bom asap'


anwar-wajah513xxbaru
Dalam bahasa lawak...ini kira strategi yang orang sudah pakai sebelum zaman perang Jepun.
Kalau nak terjemah maksudnya yang lebih jelas dalam bahasa Inggeris 'outdated' manakala dalam bahasa Melayu pula 'sudah lapuk'.
Melihat perkembangan terbaru ini ,PKR nampaknya jadi makin gabra dengan isu dakwaan video seks 'depan belakang' yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selepas Pengarah Strategi Rafizi Ramli bikin rosak program kerana  ' tak ada telor' nak jawab soalan mudah  : kenapa saman Papagomo tapi tidak saman Datuk T?...kini muncul pula Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution untuk menjadi dewa penyelamat bosnya.
Taktik ini ini kita boleh panggil lontar 'bom asap' yakni untuk mengaburi mata orang pada isu sebenar.
Saifuddin bukan budak baru dalam politik.Siapa tahu mungkin dia juga terdesak setelah melihat Rafizi kantoi habis.
Bayangkan hujan tidak...guruh tidak...tiba-tiba Saifuddin beritahu satu sidang akhbar di ibupejabat PKR Selasa konon beberapa hari lalu pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen UMNO dan Barisan Nasional.
Dakwanya video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Anwar manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah.
"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.
"UMNO hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata.
Untuk bagi sedap cerita ,Saifuddin kata dia jangka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini.
"Mereka kata video seks Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya.
Kata Saifuddin imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur.

anwar-eskay513

Kalangan blogger yang biasanya dapat cepat menghidu jika ada video-video sensasi atau kisah-kisah sewaktu dengannya nak keluar terpinga-pinga bertanya bila tahun  timbul cerita adanya gambar panas Nurul Izzah atau video Khalid Ibrahim pula.
Orang di celah kampong mungkin boleh senang-senang kena temberang dengan strategi perang saraf yang lapuk ini.
Siapa saja yang ada akal tahu sangat ia tidak lebih dari taktik tabur sebanyak mungkin dakwaan pasal video seks melibatkan ramai lagi pemimpin parti itu untuk alihkan perhatian pada dakwaan utama yakni Anwar.
Ia sekaligus untuk mewujukan gambaran seolah-olah kilang fitnah UMNO sedang berkerja siang malam untuk cemarkan semua pembesar PKR dengan dakwaan video seks.
Rasanya Saifuddin patutnya carilah modal lain yang lebih ada kelas sikit.
Taktik itu lebih kurang sama standard dengan usaha Rafizi yang kini nak tunjuk taring selongkar latar belakang Papagomo.
Sekalipun dunia terbalik ,apa saja kata Saifuddin maupun Rafizi  ia tidak mungkin dapat 'cuci mangkuk' isu dakwaan utama mengenai video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Ini lebih terpancar bila Rafizi tidak dapat jawab soalan mudah : kenapa saman Papagomo tapi tidak saman Datuk T.

anwar-lif1xx

Ha...Ha...Ha.....yang ini mungkin mengundang rasa geli dalam hati.

Anwar cuba paparkan imej pijak semut tak mati.

Ini berkaku semasa sidang akhbar selepas mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang di ibu pejbat PKR lewat petang Selasa.
Diminta mengulas dakwaan Saifuddin akan muncul video seks dan foto melibatkan dirinya dan anaknya, Nurul Izzah,Anwar dipetik sebagai menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan Allah SWT .
"Toksahlah...saya nak nasihat UMNO, ni waktu Maghrib, pi lah amik wuduk dan tau apa itu fitnah.
 
"Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung UMNO ini kerjanya itu sahaja," katanya.

Kebetulan turut sama ada dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu yang pernah terpalit dengan dengan skandal rakaman 'perbualan berahi' dengan isteri orang bernama Normah.
Siapa boleh lupa pada suara syahdu  pasangan bercengkerama asrmara dana dalam talian telefon itu.
Sekalipun insiden itu berlaku bertahun lamanya,siapa yang boleh padam sejarah sekalipun PAS cuba buat muka kering macam tak ada hal.
Rakaman berkenaan masih ada dalam youtube sampai hari ini yang boleh dijangkau menerusi carian 'mat sabu normah'.
Sayang sikit tidak ada wartawan yang tanya apa komen Mat Sabu pada kata-kata nasihat Anwar agar UMNO jangan nakal.
Juga jangan lupa label cukup mengaibkan " Alxxxxxx' yang pernah Timbalan Presiden PAS ini bagi pada Anwar semasa dia dalam UMNO dulu.
Kita ulang balik kata-kata Anwar : "Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung UMNO ini kerjanya itu sahaja."
Juga sekali lagi kita ulang: kenapa saman Papagomo tapi tak saman Datuk T?
Juga kita ulang cogankata baru pasal Anwar yang kini cukup popular :  'You Ulang I Saman'.
Kesian...Datuk Sharzly Eskay Abdullah,Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim masih menunggu dan menunggu surat saman sekalipun mereka sudah ulang berkali-kali tuduh siapa orangnya pelakon yang tengah gasak China Doll


No comments:

Post a Comment