PETALING JAYA - PKR hari ini mengumumkan pendirian rasmi pihaknya menolak tawaran muncul di RTM selama 10 minit untuk menjelaskkan manifesto Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).
Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan bahawa tawaran itu bersifat berat sebelah kerana masa diberi sangat sedikit.
"Tawaran ini adalah satu sandiwara hodoh pihak yang jahilkan peranan media dalam demokrasi.
"... adalah tidak wajar media diperalatkan sebagai mesin propaganda untuk memaksakan pandangan Umno ke atas rakyat," katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, hari ini.
Kata Nik Nazmi lagi, jika kerajaan benar-benar ikhlas untuk memberi ruang kepada parti politik pembangkang, mereka sepatutnya mencontohi negara luar dalam menyiarkan laporan yang seimbang, bukannya 99 peratus menyebelahi Barisan Nasional (BN).
Sementara itu, Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tawaran itu bersifat sandiwara kerana hanya 10 minit diberi kepada Pakatan Rakyat sedangkan masa untuk Umno dalam media arus perdana adalah selama 365 hari, 22 jam dan 50 minit.
Tambah beliau, tawaran itu dibuat hanya selepas Ahli Jawatankuasa Khas Parlimen bagi penambahbaikan Pilihan Raya memutuskan.
"Media Umno tidak ikhlas... inilah salah satu taktik yang digunakan Umno bagi mengaburi mata rakyat supaya kerajaan dilihat telah melaksanakan perubahan dalam media," ujarnya lagi.
Waghih,
ReplyDeletemohon manyambuong kasih sapanjang alam, yo. blog waghih alah singgah di bloglist kami. hehehehe
Ex-SMDKP Facebookers BnG
Orite
ReplyDelete