Azlan Mohd Lazim boleh anggap satu bonus kerana selama ini tidak ada siapa yang buka mulut mengenai gelagatnya.
Ini semata-mata kerana rasa simpati mereka pada anaknya,Saiful Bukhari yang dakwa dirinya 'kena' dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Kesnya kalah di mahkamah semata-mata kerana sebab teknikal dan kini menunggu proses rayuan.
Asalnya memang ramai juga yang terkejut mendapat khabar bapa Saiful ' korner baring' pada hari Jumaat menerusi sidang akhbar yang diatur oleh Ahli Parlimen PKR Sungai Petani,Datuk Johari Abdul.
Sidang akhbar itu hanya dihadiri oleh kalangan media yang terpilih saja kebanyakan pro pembangkang.Jadi faham-fahamlah tidak banyak yang dapat dikorek darinya dalam situasi yang dikawal ketat begitu.
Mungkin Anwar dan puak pembangkang rasa dapat berpesta riang ria dapat ' cekup' Azlan.
Sebaliknya di luar sana makin ramai yang terasa episod ini tidak lebih dari 'satu jenaka bodoh' yang akan backfire melondehkan seluar mereka lagi.
Sebenarnya sudah menjadi satu rahsia disimpan oleh kalangan yang rapat dengan keluarga Saiful mengenai perangai Azlan yang kerap cakap 'apa aku dapat' dari kes mahkamah yang menjadi perhatian satu negara.
Suasana ini dikatakan sering mencetuskan ketegangan dalam keluarga itu lebih-lebih Saiful tidak mahu melayan ' kehendak' bapanya itu.
Prinsipnya ialah kes ini tidak ada kena mengena dengan siapapun baik UMNO atau kerajaan.
Cuma persepsinya bila libatkan Anwar pasti ada tangan yang menuding ke situ.
Ia kes semata-mata antara Saiful dan Anwar.
Kalau siapa ikuti rentetan dari mula kisah ini tahu bagaimana Saiful cuba minta tolong sana sini selepas dakwa tidak tahan asyik ' kena'.
Kalangan yang rapat hanya merahsiakan polimek mereka semata-mata kerana hendak menjaga nama baik keluarga itu terutamanya Saiful yang terus konsisten dengan dakwaan dia memang diliwat oleh Anwar.
Malah seorang yang diketahui memang sahabat keluarga itu kata dia merasa sangat jijik bila mendapat khabar Azlan sanggup gadai maruah anaknya sampai tahap begitu.
Katanya sebelum ini dia memang sudah hilang hormat pada Azlan semasa mendengar sendiri cakap-cakap yang bernada tidak sedap mahu itu ini.
Dalam bab itu mungkin kisah Zahid Md Arip,bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan yang sudah bercakap mengenainya dikhalayak umum semasa satu ceramah di Kelantan Jumaat malam dapat beri sedikit gambarannya.
Beliau mendedahkan Azlan mahu sesuatu dari kes Saiful.
"Sebenarnya dia pernah datang berjumpa saya dengan Senator Ezam Mohd. Noor di Hotel Hyyat Saujana Subang untuk meminta wang belanja.
"Dia juga meminta kami sampaikan (permintaan ini) kepada UMNO dan Barisan Nasional yang lain.Untuk apa UMNO bagi wang kepada dia kerana kes ini tidak melibatkan UMNO sama sekali," katanya.
Zahid yang dihubungi Agendadaily kemudian kata beliau dan Ezam tidak beri apa-apa pada Azlan semasa pertemuan itu.
Kata Zahid beliau dan Ezam tidak terkejut dengan tindakan Azlan buat pusingan 'U' dengan mendakwa anaknya, Saiful dipergunakan dalam kes liwat II.
Menurutnya tindak tanduk ini Azlan sudah dijangka sejak awal lagi kerana dia adalah seorang ahli PKR serta penyokong tegar Anwar.
Malah beliau mengingatkan orang ramai supaya tidak terkejut sekiranya akan keluar lebih banyak cerita 'pelik' yang akan menguntungkan PKR dan pakatan pembangkang menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 ini.
Bagi Zahid kalau berani Azlan perlu bersumpah laknat seperti yang dilakukan anaknya sekiranya benar semua dakwaan yang dibuatnya.
"Saya tidak hairan dengan tindakan Azlan kerana beliau adalah seorang ahli PKR Temerloh dan juga penyokong tegar Anwar Ibrahim. Cuma saya terkilan sebagai bapa dia lebih mempercayai Anwar berbanding anaknya sendiri, oleh itu saya cadangkan kepada beliau sebelum memilih Anwar lebih baik bersumpah laknat sepertimana yang dilakukan anaknya.
"Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada bapa Saiful kerana telah menjadi jutawan bumiputera pada malam ini ketika pilihan raya umum akan menjelang tidak lama lagi.
Dalam pada itu kalangan pimpinan UMNO juga ambil cool saja pada peluru pembangkang yang dikatakan untuk 'mengsucikan' Anwar menjelang PRU13.
Contohnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir sekata mempersoalkan kredibiliti "korner baring' Azlan.
Tandatanya terbesar tentulah kenapa selepas hampir lima tahun baru 'tiba-tiba tersedar'.
Juga siapa yang sebenarnya ' kena' ( Saiful) dalam kes liwat ini dan siapa (Azlan) yang tiba-tiba dakwa ia konspirasi dan siapa ( Saiful sendiri) yang nafikan dakwaan ( Azlan).
Noh yang ditemui wartawan selepas satu majlis di Manjong Sabtu kata rakyat perlu adil dalam menilai kenyataan Mohd. Saiful Bukhari dan dakwaan bapanya berkaitan pertuduhan liwat terhadap Anwar.
"Saya terkejut bapa dia tuduh macam-macam kerana Saiful yang jadi mangsa.
Rakyat kena adil kepada orang yang mendakwa menjadi mangsa, bukannya hanya nak bercakap, memfitnah dan sebagainya," katanya.
Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul pula berkata, kenyataan Azlan secara tiba-tiba itu adalah sesuatu yang mengejutkan.
"Saya yakin rakyat tertanya-tanya mengapa baru sekarang perkara ini ditimbulkan. Adakah ini cubaan pembangkang untuk mengalih perhatian rakyat terhadap isu yang lebih besar berlaku di negara ini, iaitu pencerobohan di Lahad Datu, Sabah?," katanya.
Beliau berkata, beberapa pemimpin pembangkang turut mengeluarkan kenyataan tweet "kantoi" kepada pihak kerajaan sebagai respons mereka untuk menyokong kenyataan Azlan.
"Perlu diingat mungkin perkara ini akan berbalik kepada pembangkang juga apabila memainkan isu ini dengan niat untuk meraih sokongan rakyat," katanya.
Apapun ramai yang memuji sikap hormat Saiful pada bapanya sekalipun diperlakukan begitu.
Sifat itu terpancar semasa sidang akhbar petang Jumaat dimana beliau tidak kutuk langsung bapanya.
Malah Saiful juga tidak buka mulut mengenai ' ketegangan' yang timbul dalam keluarganya selama ini akibat dari karenah bapanya.
Dan...untuk coverline beliau memberitahu wartawan pada minggu lalu ada pergi bercuti bersama bapanya ke Kelantan.
Azlan harus bersyukur banyak.
Bayangkan jika Saiful ' meletup' buka segala macam cerita sebenar dikhalayak umum.
Jawabnya tentu maruah Azlan akan masuk terus ke dalam jamban...bersama-sama mereka yang sewaktu dengannya.
No comments:
Post a Comment