Sehingga berita ini ditulis pada jam 8 malam, ada macam-macam cerita yang tersebar mengenai situasi sebenar apa yang berlaku di Felda Sahabat 17, Kampung Tanduo, Lahad Datu Sabah di mana tembak menembak berlaku antara penceroboh bersenjata Sulu dengan pasukan keselamatan bermula jam 10 pagi Jumaat.
Pada sebelah petang ,Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sahkan dua anggota keselamatan Malaysia terbunuh manakala tiga cedera.Antara 10 hingga 12 orang penceroboh bersenjata Sulu terbunuh.
Beliau juga sahkan penceroboh Sulu mulakan serangan bila mereka mara keluar 1.5 kilomiter dari kedudukan mereka di kepung sebelum ini.
Kerajaan sebelum ini berusaha sedaya upaya nak elak pertumpahan darah untuk selesaikan isu pencerobohan ini.
Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib dalam sidang akhbar lewat petang mengesahkan 12 anggota penceroboh terkorban.
Katanya pertempuran antara kedua pihak berlaku antara 20 hingga 30 minit.
Dua anggota komando polis yang terbunuh ialah Inspektor Zulkifli Mamat dan Kopral Sabarudin Daud.
Mereka terbunuh terkena tembakan motar penceroboh.
Sebelum ini sebelah pagi dan tengahari laporan-laporan dari media Filipina juga bercanggah antara satu sama lain. Ada yang kata ketua penceroboh sudah ditangkap, ada yang kata lebih 10 penceroboh mati, macam-macam.
Semua laporan tersebut memetik jurucakap 'Sultan Sulu' yang kononnya berhubung langsung dengan kumpulan penceroboh melalui telefon.
Itu laporan media yang diiktiraf media, laporan media yang tak diiktiraf jangan kata apa lah.
Di twitter misalnya, ada yang lapor bandar Lahad Datu sudah darurat. Sekolah-sekolah diarah tutup, dan guru menelefon ibu bapa untuk ambik anak masing-masing.
Bank dan kedai-kedai juga ditutup.
Twitter agensi berita Bernama juga melaporkan dua komando polis meninggal dunia berikutan serangan mortal di Lahad Datu tetapi tidak ada penjelasan lanjut.
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishamuddin Hussein pula dilaporkan berkata berlaku tembak menembak tetapi keadaan terkawal.
Katanya penceroboh Sulu yang mula tembak pada jam 10 pagi.
Gambar di Hospital Lahad Datu yang dikongsi oleh pengguna twitter. Yang cedera adalah anggota keselamatan Malaysia
Manakala Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pula ditemui pemberita di Pekan Pahang berkata, penceroboh bersenjata dari Filipina sepatutnya meninggalkan negara ini sebelum tindakan tegas diambil terhadap mereka.
Pasukan keselamatan mula mengepung Kampung Tanduo pada 11 Feb lepas apabila kira-kira 150 lelaki berpakaian ala tentera dan bersenjata menaiki bot pancung menceroboh ke perairan Malaysia pada 9 Feb dan menjadikan beberapa premis termasuk rumah dan surau di kampung itu sebagai pangkalan mereka.
Kampung Tanduo yang diduduki kumpulan itu terletak di kawasan terpencil, kira-kira 130 kilometer dari Lahad Datu.
Kumpulan itu yang didakwa diketuai Agbimuddin Kiram mendakwa mereka adalah tentera 'Raja Sulu' dan menuntut Malaysia mengiktiraf Sabah sebagai milik Kesultanan Sulu.
Sejak itu, Malaysia mengadakan beberapa siri rundingan dan menetapkan 22 Februari lepas sebagai tarikh akhir untuk pengusiran mereka.
Bagaimanapun Malaysia melanjutkan lagi tempoh pengusiran mereka kepada 26 Februari sementara menunggu sebuah kapal tentera Filipina tiba untuk membawa kumpulan penceroboh itu pulang ke tanah air.
Isnin lepas, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata polis akan bertindak berlandaskan undang-undang negara selepas mengambil kira pelbagai faktor bagi merungkai isu pencerobohan warga Filipina itu.
Suasana di pekan Lahad Datu hari ini berdasarkan gambar yang dikongsi pengguna twitter.
Hamza menegaskan pihaknya akan menggunakan undang-undang negara untuk mendakwa mereka yang kini dalam kepungan pihak keselamatan bagi memastikan tiada yang terlepas keluar dan tiada kemasukan orang yang tidak berkenaan ke kawasan itu.
"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius.
"Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya.
Najib bertegas bahawa kerajaan memandang serius apa yang sedang berlaku di Lahad Datu itu.
"Kita tidak akan biarkan perkara ini berlanjutan tanpa sesuatu tindakan yang dilakukan pihak pasukan keselamatan, saya beri jaminan, kita pandang serius dan kita akan lakukan apa saja yang perlu dan menjamin kedaulatan negara kita," katanya.-1/3/2013
Suasana di pekan Lahad Datu jam 6 petang tadi...
Isteri kepada Allahyarham Inspektor Zulkifli, Nor Aziah Nor, 28, (tudung merah) dipimpin saudara selepas mengetahui berita kematian suaminya.
Gambar kecil anak allahyarham.
No comments:
Post a Comment