Tuesday, November 6, 2012

EKSKLUSIF : Himpunan Kebangkitan Rakyat - Ramai PAS NS turun??

PAS PENCACAI UTAMA PAKATAN RAKYAT

"Terima kasih pencacai PAS, tanpa ada siapalah Pakatan Rakyat"

Mungkin itu yang ingin Anwar sampaikan semasa menyampaikan ucapannya semasa Himpunan Pencacai PAS tempoh hari.

Sebelum MyMassa berbicara lebih lanjut, MyMassa mahu para viewers lihat sendiri gambar-gambar yang MyMassa telah kumpulkan sepanjang Himpunan Kebangkitan Rakyat itu berlangsung.
 Perkarangan Kawasan Perniagaan Tanpa Lesen: Melayu semua

 Pasukan Kompang PAS yang dijemput khas tanpa bayaran
 
 Ahli Pencacai PAS bergambar

Banyak lagi yang diberi pada MyMassa tapi MyMassa mahu tekankan pada gambar-gambar dibawah

 
 Cuba viewers lihat. Kanak-kanak yang ibu-bapanya terlalu taksub menjadi pencacai PAS dieksplotasi serta diperguna untuk mengangkat dan mengagung-agungkan bendera-bendera parti. Adakah anak-anak ini faham akan apa yang disampaikan? Adakah anak-anak ini mahu dibentuk menjadi pencacai PAS yang disogok untuk memenuhi himpunan-himpunan bersih seperti ini? Atau mungkin sekali, ibu-bapa anak-anak ini, mahu mendidik mereka agar menjadi seperti Khalid Ismeth, Adam Adli, serta rakan-rakan seperjuangan mereka yang terbuang dan terpesong dari haluan asal mereka.
 
 Anak kecil yang tidak berdosa

MyMassa tidak salahkan isteri atau anak-anak kecil yang tak berdosa. MyMassa salahkan bapa serta puak pemimpin Pakatan, melaungkan dusta, meracuni pemikiran anak-anak kecil ini dengan tipu, fitnah, serta perkhabaran yang sia-sia. Kesian anak-anak ini, kerana selepas gambar ini diambil, hujan lebat dan ribut petir melanda perkarangan Himpunan Kebangkitan Rakyat tersebut. Sedih rasanya, harapnya, kalau nak berdemo sekalipun tingallah anak kecil yang tidak berdosa ini dirumah.

 Antara belasan bangsa India yang ada 
 
Cuba anda cari ada tak bangsa lain di sini?

MyMassa akan buka minda dan pemandangan para viewers sekalian, sesungguhnya Himpunan Kebangkitan Rakyat ini sepatutnya dipanggil, Himpunan Pencacai PAS! Sesungguhnya hampir 80% yang membanjiri kawasan ini merupakan penyokong PAS yang taksub, sanggup datang dari Utara serta Pantai Barat, semata-mata ingin berkumpul dan mendengar fitnah dusta. Dimanakah letak akal dan logik fikiran penyokong PAS sekalian? Sedarkah anda semua, sesungguhnya anda hanya kuda tunggangan PUAK PAKATAN RAKYAT!

Akhir kata mungkin ini amanat yang ingin disampaikan Anwar 
"Terima kasih pencacai PAS, tanpa anda saya pasti saya tak mampu nak hapuskan keistimewaan bumiputra, menggalakkan hubungan songsang, dan menjadikan Malaysia negara liberal mebuang Islam sebagai agama rasmi!" 
 
Kenapa PNS kongsikan maklumat dari mymassa?? Mereka blogger dari luar Negeri Sembilan. Maklum ajerlah.. bila PNS buat posting berkaitan pembangkang.. bukan main melenting itu ini.
 
Makanya, tak salahlah blogger dari luar juga mempunyai pandangan mereka sendiri. Betul kan?? Ahli PAS dari luar Negeri Sembilan jer pun.. Ahli PAS Negeri Sembilan ramai yang turun ker??

No comments:

Post a Comment