Monday, November 26, 2012

Doa Kehancuran UMNO Kemuncak Ketaksuban Pas

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pas hari ini dilihat berpaksikan kepada konsep matlamat menghalalkan ke Putrajaya setelah sanggup mendoakan kehancuran sesama umat Islam yang sekaligus mengambarkan mereka telah lari daripada perjuangan yang sebenar.


Pemerhati Politik Datuk Wan Hasyim Wan Teh berkata apa yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu juga menggambarkan kemuncak kepada keghairahan serta ketaksuban parti Pas itu sendiri.

Menurut beliau keghairahan Pas itu dikhuatiri bukan sahaja akan menyebabkan perpecahan yang teruk di kalangan umat Islam malah dibimbangi akan berulang sejarah dan pengalaman pada 1980-an dahulu.

“Politik ini umpama perlawanan bola sepak. Bukankah matlamat kedua-dua pasukan adalah untuk menjaringkan gol dengan penuh semangat kesukanan dan bukannya membawa kepada pergaduhan dan sebagainya.

“Ambil contoh itu adalah paling mudah. Perpaduan adalah segala-galanya dan bukankah itu juga jika diapliaksikan dalam bab-bab politik ini, ianya memberikan manfaat yang cukup luas bukan sahaja kepada rakyat malah kepada negara khususnya Islam itu sendiri.

“Dan paling penting bukankah Islam itu mengutamakan perpaduan..Apabila berlakunya sedemikian rupa dan timbul perpecahan serta sebagainya, siapakah yang akan menanggung rugi. Perpecahan akan berlaku dan inilah yang kita tidak mahu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah peristiwa berkenaan juga menggambarkan kepada semua pihak bahawa ianya adalah signal kepada pilihan raya umum dan kekuasan semata-mata khususnya Putrajaya.

“Apa pun saya melihat hakikat itu merendahkan martabat Pas itu sendiri apabila sanggup mendoakan sedemikian rupa dan timbul persoalan apakah parti berkenaan sudah berkerat rotan berpatah arang.

“Jika itulah hajatnya..ingatlah Islam menekankan kepada persaudaraan dan ianya terkandung di dalam al-Quran yang mulia. Kenapakah sanggup berbuat sedemikian rupa,” katanya. -MediaUMNO

No comments:

Post a Comment