SEREMBAN: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim menyarankan agar penyokong Pakatan Rakyat (Pakatan) merujuk buku hasil karya terbaru Profesor Dr. Sheikh Yusuf Al-Qaradawi bertajuk 'Kebangkitan Rakyat' sebagai rujukan penentangan rakyat terhadap kerajaan.
Ucapan bekas timbalan perdana menteri itu seolah-olah mempunyai "agenda tersembunyi", menyalah-tafsirkan serta menyemai kebencian rakyat negara supaya bangkit menentang kerajaan menjelang pilihan raya umum akan datang.
Disaksikan kira-kira 5,000 hadirin di Himpunan Kebangkitan Rakyat malam tadi, beliau memuji dan menyentuh pandangan tokoh ulama terkemuka itu yang yang memberi pandangan terhadap fenomena yang berlaku di Mesir dan Indonesia.
Jelasnya, buku terbaru yang ditulis Yusuf Qaradawi selepas kejatuhan regim Hosni Mubarak itu telah diterjemahkan oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) cuba mengupas sebab rakyat harus bangkit.
"Kita merdeka bermakna kita pertahankan prinsip 'huriyyah' kebebasan, kita angkat supaya rakyat mempunyai kekuatan. Kita muliakan insan pelbagai kaum dan pelbagai agama. Manusia dimuliakan dan kita tegakkan adalah keadilan, apa itu erti merdeka kalau kita tidak hormati kebebasan rakyat?
"Apa erti merdeka jika tidak ada kekuatan, kekuatan ekonomi dirompak oleh tiga dan empat buah (syarikat) keluarga, berpuluh bilion," katanya.
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung di padang Taman Seberang Jaya itu semalam berakhir tanpa sebarang insiden.
Namun kehadiran hanya mencatatkan lebih kurang 5,000 orang berbanding 50,000 orang yang disasarkan gabungan itu.
Sumber : AntaraPos
No comments:
Post a Comment