Thursday, January 31, 2013

#KL112 : Polis Cari 14 Peserta Perhimpunan Bawa Kanak-kanak


alt
 
KUALA LUMPUR  - Polis hari ini mengedarkan gambar 14 saksi bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran syarat oleh penganjur perhimpunan di ibu negara 12 Jan lepas yang didakwa membawa kanak-kanak di bawah umur 15 tahun dalam perhimpunan itu.
   
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata keterangan 14 saksi itu penting bagi membantu polis melengkapkan siasatan berhubung pelanggaran syarat
oleh penganjur perhimpunan tersebut.
   
"Kita minta saksi yang gambar mereka telah kita siarkan agar tampil segera bagi membantu pihak polis. Perbuatan membawa kanak-kanak di bawah usia 15 tahun adalah menjadi kesalahan di bawah Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini, hari ini,lapor Bernama.
 
alt
   
Mohamad berkata jika disabit kesalahan melanggar syarat itu, penganjur boleh dihukum denda maksimum RM20,000 mengikut Seksyen 4(2) Akta Perhimpunan Aman 2012 dan denda maksimum RM20,000 dan penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya mengikut Seksyen 21(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001.
   
Beliau berkata 14 saksi boleh menghubungi pegawai penyiasat ASP Tony Lunggan di talian 014-6225262 atau 03-90516222 atau tampil di mana-mana balai polis.
 
Katanya, orang ramai yang mengenali 14 saksi yang gambar mereka diedarkan melalui media dan lama Facebook itu, boleh memberikan maklumat kepada polis atau memaklumkan di balai polis berhampiran.
   
Sementara itu, Mohmad berkata polis memburu enam suspek berumur 24 hingga 35 tahun berhubung kes serangan ke atas seorang lelaki di Flat Sri Johor di Cheras di sini, awal pagi semalam.
   
Katanya dalam kejadian 6.20 pagi itu, mangsa berumur 25 tahun telah diserang sekumpulan lelaki menggunakan parang ketika dia sedang menggunakan telefon awam.
   
"Siasatan awal kita mendapati suspek telah menunggu mangsa di dalam dua buah kereta sebelum bertindak menyerang mangsa. Polis tidak menolak kemungkinan motif kejadian berpunca daripada dendam di antara dua kumpulan kongsi gelap," katanya.
 
Katanya mangsa kini dirawat di sebuah pusat perubatan kerana mengalami kecederaan parah akibat ditetak di bahagian kepala dan telinga kiri.
   
"Mangsa kini dilaporkan stabil namun terpaksa menerima 158 jahitan di bahagian kepala dan telinga," katanya.

Wednesday, January 30, 2013

[PANAS BELUM BASI] Putera Raja Jelas Tawaran DAP

PNS terpanggil pula bilo kerabat di Raja kami diusik dan dipujuk untuk melibatkan diri dalam kancah politik.  PNS boleh sejuk hati jika anakanda DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan sendiri memilih atau tidak memilih seperti yang telah diungkaikan oleh bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Aziz.

Bermulanya di sini ((Cili Api Blogger) PNS terpanggil dan berfikir-fikir..

Walaupun kisahnya, nasi sudah menjadi bubur, inilah dia corak dan pertaruhan moden yang diguna pakai oleh DAP selepas pelbagai cara pun tidak sempurna dan berkesan. 

Berani betul Antony Loke mempertaruhkan keahlian DAP di kalangan kerabat di-Raja. Terfikir-fikir juga PNS, apa peranan Aspan Alias dalam perkara ini??

Mungkin dia sekadar Melayu melukut di tepi gantang. Biarkan.. biarkan..

Apa pun, PNS menghormati cara YM Tunku Zain Al'Abidin menangani isu yang sedang hangat diperkatakan ini walaupun pada dasarnya, perkara ini 'BIARLAH RAHSIA.'

Fikir-fikirkanlah.. Bila Cina cauvanis sudah berani mengusik kerabat di-Raja, bermakna apa?? PNS tidak mahu mengulas lebih lanjut.. cuma berharap perkara ini diambil ikhtibar oleh pengiat politik terutamanya berbangsa Melayu beragama Islam.

Segalanya mujur sahaja... Jika tidak?? Apa akan jadi?? Cara paling halus sekali bukan??

Klik pada gambar untuk paparan yang jelas



Tuesday, January 29, 2013

Komen Najib dan Muhyiddin mengenai isu Nasharudin

najib-nasha-gazaxx 

Pemecatan Nasharuddin Mat Isa daripada Majlis Syura PAS turut mengundang reaksi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib menilai tindakan itu dibuat selepas Nasharuddin, yang juga Anggota Parlimen Bachok, kembali dari menyertai lawatan kemanusiaan ke Gaza memberi persepsi bahawa ia ada kaitan dengan lawatan itu.

"Sepatutnya dia (PAS) menghargai lawatan ini sebab lawatan ini untuk kepentingan ummah dan kepentingan umat Islam.

"Tapi nampaknya mereka melihat ini sebagai lebih menguntungkan kerajaan, Umno daripada PAS.

"Mungkin itu menyebabkan mereka mengambil tindakan terhadap Ustaz Nasharuddin," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi minum petang sempena Forum Tindakan Belia 2013 di Kuala Lumpur, Isnin.

Najib berkata Nasharuddin adalah seorang yang percaya kepada kesatuan dan penyatuan ummah serta berpendirian bahawa perpaduan penting untuk mewujudkan satu ummah.

"Saya tak nak buat apa-apa spekulasi tapi dia (Nasharuddin) merupakan seorang pemimpin yang berjuang bukan untuk menidakkan mana-mana parti politik, dan sepanjang perjumpaan saya dengan beliau, beliau tidak mengutuk mana-mana pihak," katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pula menyifatkan pengguguran Nasharudin sebagai anggota Majlis Syura PAS sebagai satu tindakan yang aneh.

"Beliau mengambil langkah-langkah yang dilihat untuk memperkukuhkan hubungan kita dengan Palestin, memperjuangkan nasib orang (rakyat Palestin) yang tertindas.

"Keputusan  dibuat seolah-olah menidakkan usaha-usaha baik dan kerja-kerja amal yang dilakukan Nasharudin, sedangkan Pas kata dia perjuangkan Islam.
 
"Dia  perjuangkan sesuatu yang baik, saya percaya Nasharudin tidak akan berhenti dari usahanya berbuat sesuatu untuk umat Islam. Tapi apapun itu hak mereka (Majlis Syura PAS, kita cuma memerhati apa yang dilakukan PAS," katanya.

Monday, January 28, 2013

Ini sebab BN kena menang dua pertiga...


Barisan Nasional (BN) perlu menang dua pertiga kerusi Parlimen pada Pilihan raya Umum Ke-13 (PRU13) bagi membolehkan segala aktiviti ekonomi dan pembangunan dirancang, dilaksana dengan teratur tanpa kekangan politik.

Ini kerana, kegagalan BN menang majoriti dua pertiga pada pilihan raya 2008 menyebabkan pelbagai projek seperti Transit Aliran Massa (MRT), LYNAS dan pembinaan Loji Langat Dua kini menjadi bahan manipulasi pembangkang sehingga pelaksanaannya terganggu.

Penganalisis Politik, Prof Dr Ahmad Atory Hussein, berkata BN juga perlu mencapai kemenangan itu supaya fokus utama mereka menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi menjelang 2020 dicapai.

Katanya, tidak mudah bagi kerajaan melaksanakan impiannya itu, tanpa di dokong oleh kekuatan politik.

“Datuk Seri Najib Razak berada dalam keadaan yang sukar untuk melengkapkan impian ini (negara maju) tanpa kemenangan majoriti (dua pertiga). Beliau memerlukan sebuah kerajaan kuat baik dari segi politik, mahupun ekonomi.

“Kita harus menerima realiti, Malaysia belum lagi maju seperti Amerika Syarikat dan Jepun yang mempunyai keseimbangan politiknya, kerajaan dan pembangkang sama kuat. Kalau Malaysia sudah maju mungkin boleh (tanpa dua pertiga),” katanya.

Mengulas lanjut, Ahmad Atory berkata, tanpa mandat dua pertiga juga, kerajaan tidak mampu memantapkan kandungan Perlembagaan khususnya yang bersabit dengan agama Islam, bahasa Malaysia serta kepentingan Bumiputera.

Friday, January 25, 2013

Peniaga ucap terima kasih

KEADAAN bangunan sementara pusat penjaja yang lebih luas dan selesa di Ampangan, Seremban, Negeri Sembilan, kelmarin. 
 
SEREMBAN  - Penjaja dan peniaga kecil Melayu yang menjalankan perniagaan terutamanya kedai makan di Ampangan, dekat sini berpuas hati dengan bangunan sementara yang dibina kerajaan bagi meneruskan operasi harian mereka.

Menurut mereka, bangunan itu dilengkapi dengan pelbagai kemudahan asas seperti air dan elektrik, selain selesa untuk dikunjungi pelanggan.

Seorang peniaga, Azizah Aziz, 65, berkata, dia merupakan orang pertama yang berpindah ke bangunan sementara itu, selepas kerajaan negeri merobohkan bangunan lama untuk mendirikan sebuah kompleks perniagaan di situ.

"Kita amat menyokong pembangunan ini, apatah lagi memberikan keselesaan pada masa hadapan kepada pengunjung dan peniaga di pusat penjaja Ampangan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini kelmarin.

Tegasnya, biarpun ia cuma bangunan sementara jelas sekali kerajaan tidak melakukannya sambil lewa, sebaliknya telah mengambil kira pelbagai aspek.

"Pusat penjaja yang lama dahulu terlalu sempit dan sebab itulah kerajaan mahu membangunkannya. Lagipun bangunan itu sudah uzur. Terima kasih kerana prihatin dengan nasib peniaga dan penjaja di sini," ujarnya.

Azizah berkata, ketika ini bekalan air dan elektrik diberikan percuma oleh kerajaan sehingga bangunan sebenar siap kelak.

Sementara itu, Ahli Jawatankuasa Persatuan Penjaja dan Peniaga Cawangan Bandar Baru Ampangan, Zainal Abidin Harun, 54, memberitahu, pihaknya berterima kasih di atas usaha kerajaan membangunkan pusat penjaja di situ, sekali gus memberi imej baru kepada penduduk di Ampangan.

"Kita ketepikan masalah yang dihadapi penjaja. Apa yang perlu dinyatakan ialah rasa syukur dengan usaha kerajaan untuk menaik taraf pusat penjaja di Ampangan ini," katanya.

Bendahari persatuan itu, Aslinah Ali, 50, yang telah berniaga selama 22 tahun di situ melihat perubahan ini sesuatu yang dinantikan ramai peniaga di situ.

"Tempat lama dahulu terlalu banyak masalah, kedai sudah uzur, longkang sering tersumbat, tandas pula tidak berfungsi dengan baik, malah kebersihan juga sukar dijaga sehingga menyebabkan perniagaan kami merosot.

"Kami berharap dengan bangunan sementara serta pembangunan kompleks yang baru kelak, ia akan dapat menarik kehadiran pengunjung yang lebih ramai ke pusat perniagaan ini," katanya.

Bagaimanapun, Aslinah berharap kerajaan dapat membantu menyediakan lebih banyak tong sampah besar dan meletakkan papan tanda yang lebih jelas supaya orang ramai sedar kewujudan bangunan sementara itu.

Pada September lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah menyempurnakan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Bangunan Baru Pusat Penjaja Ampangan bernilai RM8.9 juta.

Kerja-kerja pembinaan Kompleks Medan Selera Ampangan yang didirikan di atas tapak berkeluasan 2.2 hektar itu dijangka siap pada April 2014.

Bangunan yang berkonsepkan Istana Lama Seri Menanti itu bakal menempatkan 60 buah lot kedai dengan kemudahan 600 tempat duduk berbanding bangunan lama yang menempatkan 40 gerai dan kurang daripada 500 tempat duduk.


Wednesday, January 16, 2013

Orang Kafir Hanya Layak Jadi Rakyat - Hadi Awang

Kemelut pegangan pemimpin Pas dalam apa juga urusan nampaknya sudah sampai ke noktah terakhir. Baik dari Pemimpin No1, Orang Alim No1, barisan ulama yang tidak jelas pendidikan mereka dan yang paling MI simpati adalah pengikut yang tidak berdosa. Terjerat dengan mainan lidah biawak Hj Hadi, Nik Aziz dan Majlis Syura yang kononnya ulama pilihan.

Malah MI amat terkejut bila pengikut Pas mula terikut dengan pendirian Timbalan Presiden Pas yang mempunyai rekod teruk moralnya, Mat Sabu. Kenyataan Mat Sabu sudah setaraf dengan kenyataan ulama pas itu sendiri dan kadang-kadang umpama fatwa.

Kini, rahsia baru sejarah lama terungkai dan terdedah. Walaupun kenyataan ini adalah pada tahun 1981 tapi kenyataan ini Hadi Awang tidak pernah tarik dan bertaubat seperti mana kenyataan beliau yang dianggap amanat keramat pegangan hidup pengikut Pas.

Amanat Haji Hadi, berbisa dan masih kekal dalam sanubari pengikutnya. Hingga ke hari ini Hadi Awang berkeras tidak akan menarik balik kata-kata tersebut. Malah makin bongkak bila Nik Aziz sendiri berkata tidak ada apa yang salah dalam ucapan sesat Hadi Awang yang dikenali sebagai Amanat itu.

Masalah amanat rekaan belum reda, kini Hadi Awang dihantui dengan ceramah beliau yang begitu menghina orang bukan Islam, "orang bukan Islam hanya layak jadi rakyat sahaja' itulah lebih kurang maksud Hadi Awang. Rakaman suara ini bakal menyusul agar pembaca boleh dengar sendiri sedikit masa lagi.

Tuesday, January 15, 2013

Kita nikmati kemakmuran terbaik

Mohamad Hasan melihat carta jentera pilihan raya daerah di Kampung Felda Sendayan sambil diperhatikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin (tengah) di Seremban, baru-baru ini.

Malaysia telah menikmati keamanan dan kemakmuran yang lebih baik berbanding negara-negara yang mencapai kemerdekaan pada masa yang hampir sama dengannya.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, banyak negara lain gagal mencapai kemajuan diharapkan walaupun memiliki kekayaan hasil bumi seperti minyak, emas dan bijih timah.

Berbanding dengan negara tersebut, kata beliau, Malaysia berjaya dibangun dan dimajukan dengan baik hasil daripada perancangan dan usaha gigih dan bersungguh-sungguh yang dilakukan oleh kerajaan dan pimpinan Barisan Nasional (BN) sebelum ini.
Dakwaan bahawa sesiapa jua yang menjadi kerajaan akan melaksanakan pembangunan untuk rakyatnya adalah tidak tepat kerana banyak kerajaan lain di dunia yang gagal berbuat demikian.
Ada yang kaya dengan hasil bumi tetapi negara mereka masih tidak dapat mencapai kemajuan malah dibelenggu oleh krisis yang berpanjangan," katanya pada Majlis Ramah Mesra Barisan Nasional (BN) Kampung Felda Sendayan di sini kelmarin.

Beliau sebelum itu turut melawat Bilik Gerakan Jentera Pilihan Raya BN Pusat Daerah Mengundi Kampung Sendayan 1 dan 2 di situ.

Mohamad berkata, pengalaman yang dilalui oleh negara-negara berkenaan perlu dijadikan panduan dan iktibar semua lapisan rakyat kerana itu juga boleh berlaku di negara ini sekiranya masyarakat mengambil mudah mengenai ancaman yang ada di hadapan mereka.

Beliau mengulangi pendiriannya bahawa rakyat negara ini bertuah kerana dapat hidup dalam keadaan aman dan damai serta menikmati kemajuan dan pembangunan pesat yang dibawa oleh kerajaan sejak merdeka.

Antaranya, menurut beliau, adalah pembukaan tanah rancangan Felda bertujuan meningkatkan taraf hidup rakyat yang rata-ratanya susah semasa negara baru saja merdeka.
Jadi marilah kita tumpu kepada perpaduan sebagai agenda utama kerana ia akan menentukan negara akan terus aman dan makmur pada pada depan," katanya.