Thursday, August 9, 2012

Tidak Salah Berkongsi Kuasa Dengan Kafir Harbi – Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan

Sokong DAP Haram, itu kata putus para Ulama. Sebabnya, DAP menentang Islam dengan tegas dan lantang. DAP juga sudah terserlah sebagai parti yang tegar memperjuangkan agama Kristian serta mempunyai agenda jelas tidak menerima Raja-raja Melayu (yang melindungi kedudukan agama Islam di Malaysia) serta tidak senang dengan Islam sebagai agama rasmi.

 Kemungkinan besar, tidak salah jika dikatakan bahawa DAP berada di belakang isu murtad di Selangor kerana jelas mereka memberi sokongan kalau pun tidak membela atau menjadi dalang dalam isu ini. Namun, PAS tetap teguh bersama DAP, cuba menutup dan memperkecilkan isu murtad malah sanggup menyepak keluar Dato’ Dr. Hasan Ali yang lantang membangkitkan isu tersebut. 

Maka seluruh umat Islam di Malaysia menjadi hairan bagaimana PAS yang begitu takbur mendabik dada sebagai parti Islam ekstrem, yang pernah bermimpi untuk memisahkan wanita dan lelaki di pasaraya, bas, kolam renang dan menghukum sesiapa saja yang tidak berpakaian mengikut ‘standard’ pemakaian mereka serta menganggap selagi terdapat botol arak di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib ditentang kerana sekular atau kafir, kini memandang sebelah mata sahaja akan isu murtad. Sedangkan ‘murtad’ adalah sehabis besar isu bagi umat Islam kerana ia melibatkan umat meninggalkan agamanya. 

 Tiada apa lagi yang jauh lebih besar atau lebih tragik daripada seorang Muslim menjadi murtad. Oleh itu, kita hanya mampu menggelengkan kepala melihat bagaimana PAS telah memperkecilkan isu yang sebegitu besar, hanya kerana ingin terus bersama DAP. Namun, apa yang nak dihairankan dengan sikap PAS sedangkan prinsip untuk menegakkan Negara Islam juga sudah lama digadai mereka gara-gara begitu teruja atau ‘gila’ untuk bersama bergandingan tangan dengan DAP menuju ke Putrajaya.

 Hanya akhir-akhir ini, soal hudud dipolitikkan semula memandangkan Pilihanraya sudah semakin hampir. Kenyataan Ketua Dewan Ulama Pas Kelantan, Datuk Mohamad Daud mengenai hukum haram bekerjasama dengan DAP membuktikan ‘kegilaan’ PAS demi mengejar kuasa politik. Menurut beliau, “adalah haram mengundi golongan yang menentang Islam pada dasarnya namun ia dibolehkan bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) yang diterajui UMNO”. Ertinya, beliau mengaku adalah haram untuk bekerjasa dengan DAP yang menentang Islam tetapi ia dibolehkan bagi menentang UMNO/BN yang didakwanya menentang Islam juga.
 

 Nampaknya, PAS meletakkan UMNO/BN yang telah membina beribu-ribu masjid, melahirkan begitu banyak ‘Ulama’ dalam berbagai bidang, menjaga kebajikan rakyat, memelihara keamanan dan menyeru kepada perpaduan sepertimana yang dituntut Islam, sebagai jauh lebih ‘kafir’ dari kafir harbi DAP.

 Dalam ertikata lain, PAS sanggup menjatuhkan saudara seagama demi untuk berkongsi kuasa dengan kafir harbi. Ini adalah pendirian PAS seperti yang telah ditegaskan oleh Ketua Dewan Ulama mereka sendiri. Ia diungkapkan dalam ayat yang mudah untuk difahami, jelas serta tidak diputar-belit oleh sesiapa. Kini, para Ulama telah pun menyatakan hukum bekerjasama dengan DAP mengikut Islam iaitu haram, dan Dewan Ulama PAS juga telah menyatakan hukumnya mengikut ideologi PAS iaitu harus. Jelas, 

PAS telah memilih untuk mengutamakan politik dari agama maka dengan itu tiada guna lagi bagi kita mempersoalkan pendirian mahupun hala tuju parti tersebut selepas ini. Justeru, mulai hari ini, kita semua wajar berhenti dari merasa hairan dengan segala tindak tanduk PAS yang bertentangan dengan Islam. 

Kita wajar menerima hakikat bahawa PAS sudah begitu selesa, gembira dan tenang bergandingan dengan DAP untuk menjatuhkan UMNO, menuju ke puncak kuasa bersama-sama. Untuk itu, Islam dan hukum-hakamnya sentiasa perlu diubah untuk disesuaikan dengan kehendak Kristian-DAP agar kerjasama mereka kekal utuh. 

Apa yang tinggal kini ialah terpulanglah kepada para Muslimin Muslimat di dalam PAS untuk memilih Islam ataupun PAS.

Wednesday, August 8, 2012

Paderi Gay Kahwin: Masyarakat Kristian Malaysia Harus Tunjukkan Bantahan

Tahun lalu, seorang rakyat Malaysia keturunan Cina, Ngeo Boon Lin yang juga seorang paderi gay telah mengambil keputusan mengahwini rakan sejenisnya di sebuah gereja di Amerika.

 Pasangannya seorang lelaki kulit hitam, Phineas Newborn III adalah seorang produser pementasan muzikal Broadway. Perkahwinan pelik itu dilaporkan telah didaftarkan di New York. 

Semasa di awal meletusnya berita perkahwinan gay mereka berdua, pelbagai lapisan masyarakat Islam, Hindu dan Buddha telah meluahkan bantahan, kecaman dan kemarahan mereka terhadap tidakan luar tabie tersebut. 

Selepas hampir setahun kisah mereka reda dari perhatian umum, tidak semena-mena timbul semula apabila kedua-duanya tampil meraikan majlis resepsi perkahwinan mereka di sebuah restoran makanan Cina di Kuala Lumpur. 

 Dalam satu kenyataannya kepada AP, Boon Lin mengakui isu gay cukup sensitif di Malaysia tapi peliknya seperti sengaja pula mahu mempromosikan kisah perkahwinan gay apabila turut menjemput sekumpulan wartawan ke majlis tersebut. 

Jika pada tahun lalu banyak pihak tampil ke hadapan menyuarakan bantahan dan mengecam perlakuan songsang tersebut, kini bantahan yang sama juga patut diluahkan segera terhadap majlis respsi itu. 

 Tambahan pula sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai adat budaya serta resamnya yang tersendiri, amat tidak bersesuaian sekali kita membiarkan sahaja kelakuan paderi dan pasangan songsangnya itu menambah biakkan lagi aktiviti sejenis sebegini. 

 Masyarakat Kristian di Malaysia sewajarnya bangkit menyuarakan kecaman dan bantahan mereka serta tidak sepatutnya membiarkan saja rakan-rakan agama lain sahaja yang memprotes perkahwinan dan majlis resepsi gay itu. 

Setidak-tidaknya dengan bantahan tersebut dapat memberi isyarat jelas kepada Boon Lin dan pasangannya bahawa rakyat Malaysia pelbagai kaum dan agama sama sekali tidak akan merestuai amalan luar tabie tersebut.

Monday, May 7, 2012

Larian bendera Umno tiba N.Sembilan



Larian Bendera Umno sempena sambutan ulang tahun Umno ke-66, hari ini tiba di Negeri Sembilan.

Bendera parti yang tiba dari Melaka diarak merentasi Sungai Linggi, sempadan Melaka-Negeri Sembilan di Tanjung Agas, di sini diserahkan oleh Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam kepada Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan Dato' Seri Utama Hj.Mohamad Hj.Hasan.

Majlis penyerahan bendera itu berlangsung di Dataran Tanjung Agas, Port Dickson pada pukul 6 petang dan bendera berkenaan kemudiannya diserahkan kepada Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad untuk meneruskan larian di Negeri Sembilan yang bermula esok.

Ketika berucap pada majlis berkenaan, DS Utama Hj.Mohamad Hj. Hasan berkata larian itu merupakan satu simbol kekuatan seluruh anggota Umno untuk terus bersatu menghadapi cabaran mengharungi Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak.

Kita terima bendera keramat ini sebagai lambang persaudaraan dalam satu perjuangan ke arah membawa kejayaan," katanya.

Mohamad berkata larian bendera Umno di Negeri Sembilan akan bermula di Dataran Tanjung Agas sebelum dibawa ke Rembau, Rasah dan Seremban, serta kemudiannya diserahkan kepada Badan Perhubungan Umno Selangor pada Selasa.

Turut hadir pada majlis itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin serta beberapa pemimpin Umno dari Melaka dan Negeri Sembilan.

Larian dijadual tamat di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 11 Mei ini.

Untuk lihat foto acara sila klik link dibawah: 

Friday, May 4, 2012

Hadi Awang: Islam Bukan Agama Rasmi Negara Jika PR Memerintah


Presiden PAS, Hadi Awang nampaknya ingin terus bermain dengan kata-kata dengan menggunakan ‘Islam’ sebagai kata dasarnya.


Jika sebelum ini PAS ingin menubuhkan Negara Islam tetapi kemudiannya digugurkan dan ingin menubuhkan Negara Kebajikan seolah-olah di dalam Islam tidak terdapat kebajikan, maka kali ini, Hadi bukan sahaja ingin menukar terma tetapi ingin membuang terus ‘Islam’ dari perlembagaan jika Pakatan Rakyat ditakdirkan memerintah negara ini.


Menurut Hadi Awang, ketika merasmikan mesyuarat tahunan Pemuda Pas Terengganu di Kampung Kubang Lembek baru-baru ini, “sekiranya Pakatan Rakyat memerintah Perlembagaan Persekutuan akan diubah dan Islam tidak lagi akan dijadikan agama rasmi tetapi akan dijadikan ‘cara hidup’”.


Menurut beliau, meletakkan Islam sebagai ‘agama’ di dalam perlembagaan adalah tidak wajar kerana agama hanya merupakan kepercayaan seperti yang dipegang oleh barat iaitu hubungan antara manusia dan Tuhan, tetapi tidak mengambilnya sebagai ‘cara hidup’.


Bagaimanapun, untuk kesekian kalinya, Hadi Awang ditempelak lagi oleh Karpal Singh yang menganggap cadangan Hadi Awang itu sebagai satu tindakan yang tidak tepat.


Menurut Karpal, “Islam telah diterima di peringkat antarabangsa sebagai agama sejak sekian lama dan Suruhanjaya Reid pasti telah mengambilkira dan mempertimbangkan perkara itu sebelum memasukkannya di dalam Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan.”


Karpal juga menegaskan bahawa cadangan itu adalah kenyataan peribadi Hadi dan bukannya pendirian Pakatan Rakyat malah Hadi juga tidak pernah berbincang dengan mana-mana sekutu Pakatan Rakyat mengenai perkara ini.


Kita faham bahawa Hadi ingin sangat mengambil hati DAP dan PKR dan ingin sangat dilihat sebagai seorang yang berfikiran terbuka agar dapat ‘diterima’ sebagai setaraf dengan pemimpin-pemimpin DAP dan PKR.  Selama ini, Hadi dilihat sebagai pak turut dan tidak mendapat penghormatan yang sepatutnya dari ‘rakan sejawat’ dalam PR.


Mungkin kerana itulah, beliau sanggup membuang kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara.


Namun, keterbukaan yang cuba ditonjolkan Hadi nampaknya tidak menjadi kerana ia dilihat sebagai ancaman pula oleh Karpal yang mewakili DAP.


Karpal nampaknya dapat melihat kehadapan, di mana sekiranya Islam dijadikan cara hidup, maka orang Cina dan India pasti akan diharamkan dari minum arak dan berjudi serta tentunya tiada lagi jualan makanan tidak halal di seluruh Malaysia.  Sedangkan, arak dan judi dan daging khinzir sudah menjadi sebahagian dari ‘cara hidup’ mereka.


Ini bukan kali pertama PAS membuat kenyataan yang bertentangan dengan aspirasi Pakatan Rakyat.   Sebelum ini, isu hudud, arak, judi, Negara Islam dan banyak lagi hukum hakam agama dijadikan isu dan perdebatan antara PAS dengan DAP.   Dan seperti yang kita sedia maklum, dalam semua isu, PAS telah mengalah kepada DAP.


Cadangan Hadi untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup itu sebenarnya baik. Tetapi, antara mengamalkan Islam sebagai cara hidup dan meletakkan Islam sebagai agama rasmi negara adalah dua perkara yang berlainan sama sekali.


Andainya Islam tidak tertulis secara sah di dalam perlembagaan sebagai agama rasmi, maka bagaimana kita hendak menjustifikasikan undang-undang menghalang agama lain berdakwah kepada orang Islam?


Dan di manakah kedudukan kita jika terdapat usaha melarang laungan azan di masjid-masjid?  


Bagaimana pula dengan kuasa untuk memastikan tanda ‘halal’ atau ‘tidak halal’ dipaparkan sewajarnya di kedai-kedai yang menjual makanan?


Hadi mungkin berhujah bahawa halal atau tidak halal tidak lagi menjadi isu jika Islam dijadikan addin dan bukan sekadar agama di Malaysia.


Namun, bukankah Islam juga menyatakan secara tegas akan hak bukan Islam untuk hidup dengan caranya?   Cara hidup Islam juga bermakna kita tidak boleh memaksa mereka untuk melakukan sesuatu semata-mata untuk menepati kehendak Islam.


Justeru, jika Islam tidak termaktub sebagai agama rasmi negara ini, di manakah hak dan kuasa kita untuk menuntut bukan Islam menitikberatkan soal tanda ‘halal’ dan ‘tidak halal’ dalam produk mereka?


Sungguh kita tidak faham kenapa seorang Presiden parti Islam sanggup mencadangkan sesuatu yang boleh merugikan umat Islam.  Satu-satunya penjelasan yang ada ialah beliau tidak berfikiran jauh dan tidak mampu menganalisa implikasi dari cadangan yang beliau kemukakan.


Atau mungkinkah beliau sudah mula terpengaruh dengan fahaman pluralis yang menerima semua agama sebagai sama?

Thursday, April 19, 2012

Apa MB N9 buat tu?

Ooo..
Rupanya Tok Mat, MB N.Sembilan sedang makan bersama-sama rakyat..

Ingatkan buat apa tadi?

Tanpa sebarang protokol dan tanpa sebarang hidangan VIP beliau nampaknya tak kesah makan dengan cara sebegitu.

Strategi? Ada pulak pecacai pakatan haram cakap, nak dekat PRU baru nak buat camni!
Opss Silap tuduhan itu!

Memang Tok Mat Hassan ni seorang yang begitu humble.

Kalau dikenduri kendara dia makan sampai dengan duduk besila beramai-ramai, di majlis rasmi pun kadangkala dia menolak untuk makan di meja vip sebaliknya beliau lebih gemar makan bersama-sama orang ramai.

Bukan niat nak heboh benda ni, cuma kadang-kadang pecacai DAP selalulah jaja gambar pok nik dan Guan Eng makan nasi bungkus di warung makan macam gambar diatas.

Pemimpin UMNO pun ramai yang sebegini cuma kadangkala kita tak hebohkan saja! 

TQ juga untuk Anak Seberang

Sunday, April 15, 2012

Bila-bila masa dah boleh di adakan PRU13 - Tun M



Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berpendapat bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) wajar diadakan dalam masa terdekat memandangkan sokongan rakyat terhadap kerajaan sekarang berada pada tahap yang baik.


Beliau berkata, ini memandangkan tempoh masa yang tinggal sudah tidak lama lagi iaitu menjelang pertengahan tahun depan.Mandat kerajaan sekarang akan berakhir pada April tahun depan.


"Saya fikir takkan lama lagi dah sebab dah tak ada masa, cuma setakat pertengahan tahun depan saja. Kalau rakyat beri sokongan yang baik, masa itu adalah pilihan raya.


"Bila kita nampak boleh menang, bolehlah diadakan pilihan raya. Kita ikut sistem British, dalam sistem British bila Parlimen tamat, pilihan raya diadakan," katanya pada sidang media selepas sambutan Hari Pengasasan Ke-28 Universiti Utara Malaysia (UUM).


Beliau berkata, melalui sistem berkenaan ia memberi peluang kepada kerajaan yang memerintah untuk menilai tahap populariti dan sekiranya merasakan diri mereka boleh menang, maka pilihan raya akan diadakan.


"Sekarang pun nampak bagus juga (untuk diadakan pilihan raya)," katanya ketika diminta pendapat mengenai tarikh sesuai diadakan pilihan raya.

Sumber : n9kini.net

Saturday, April 14, 2012

PERHIMPUNAN BANTAH PTPTN: Provokasi pembangkang kudakan mahasiswa, GAGAL!



Ternyata Perhimpunan Bantah PTPTN hari ini berhadapan dengan kegagalan kumpulan mahasiswa bagi mendesak pemansuhan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Terbukti jelas, bila dilaporkan hanya 300 orang sahaja yang menyertai demonstrasi pemansuhan PTPTN ini, manakala rancangan asal untuk berarak dari Padang Merbuk ke Dataran Merdeka juga tidak berjaya kerana difahamkan perarakan bermula di Masjid Jamek hingga ke Sogo.

Bukankah Adam Adli didakwa mempunyai sokongan beribu mahasiswa, kenapa nak mengumpulkan 5,000 orang peserta pun tidak mampu? 


Begitu juga dengan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dikatakan mewakili puluhan ribu mahasiswa lain di merata tempat dalam negara.

Kemana mereka semua?

Mahasiswa ke ni?
Pada masa yang sama, PN9 dengar... Bukan semua yang hadir adalah mahasiswa tapi kutu jalan yang dipungut untuk meramaikan peserta, benarkah begitu?

Nak salahkan polis, tidak ada sekatan jalan atau ‘penguncian’ bandar yang dilakukan seperti demonstrasi Bersih 2.0 dahulu. Jadi, dimana silapnya sehinggakan jumlah kehadiran peserta demonstrasi amat mengecewakan sekali.

Seolah-olah perkara ini telah diblackout sepenuhnya.

PN9 juga mendapat khabar dari puak-puak dalaman pembangkang itu sendiri, yang mana kononnya demonstrasi ini gagal atas 2 sebab yang dikenal pasti sebagai punca utama.



Pertama, kerana kesilapan meletakkan Adam Adli yang punyai macam-macam hal antaranya kejadian di Flat Kg Kerinchi tempoh hari jelas menunjukkan penolakan masyarakat terhadap kehadirannya yang hanya disifatkan ‘pengacau’ di beri mandat mengetuai demonstrasi ini.


Kedua, kegagalan menjelas dengan sepenuhnya perincian bagaimana Pemansuhan PTPTN dan Pendidikan Percuma ini akan dilaksanakan nanti atau dengan bahasa mudah, nampak seperti menyalak tak tentu arah saja semuanya ni... 

Dan ada juga blog pro-pembangkang mengatakan, bahawa demonstrasi hari ini GAGAL, MEMALUKAN DAN MENGHABISKAN BERAS SAHAJA..


Pendapat PN9:
Rakyat hari sudah bijak berfikir yang mana kaca dan yang mana permata. Apa yang belaku hari ini juga tidak lain dan tidak bukan hanyalah provokasi pembangkang dengan memperkudakan mahasiswa didalam usaha meraih simpati mendapatkan undi kemenangan pada PRU13 akan datang.... Dah tak ada cara lain ke, daripada cara menyusahkan orang sebegini?