Tuesday, September 6, 2011

Tun M kata laporan akhbar pelik .. Kenapa ???

1. Akhbar melaporkan sesuatu yang pelik.
2. Sementara Mat Sabu memuji pengganas komunis, Karpal Singh pula mencuit perasaan Mat Sabu dan mempertahankan peranan yang dimainkan oleh anggota polis dan pasukan keselamatan Malaysia yang lain dalam menyelamatkan negara daripada pengganas.

3. Sungguh aneh sikap Karpal. Tetapi sebenarnya Karpal sebagai ahli politik amat cekap dan sedar akan kemarahan anggota keselamatan terhadap kenyataan Mat Sabu yang boleh mengurangkan sokongan mereka kepada Pakatan.


4. Sebab itu ia dengan pantas membuat kenyataan untuk mengurangkan kemarahan terhadap Mat Sabu dan seterusnya menyelamat Pakatan sedikit sebanyak. 

5. Sesungguhnya di masa lampau terdapat satu usaha dikalangan pemimpin Pas untuk mempertahankan pengganas komunis. Sebabnya ialah kerana ingin mengurangkan rasa terhutang budi kepada pemimpin Umno dahulu yang telah dapat membatal rancangan Malayan Union British, menewaskan pengganas komunis dan memerdekakan negara.

6. Terdapat dikalangan murid sekolah yang diajar oleh entah siapa supaya berkata Tunku Abdul Rahman adalah pemimpin negara yang terburuk sekali.

7. Anwar Ibrahim pula pernah berjanji apabila sahaja ia menjadi Perdana Menteri ia akan benarkan Chin Peng kembali semula ke Malaysia.

8. Pas sekarang sudah gugur matlamat perjuangannya untuk menjadikan Malaysia negara Islam. Juga digugur ialah hasrat Pas untuk melaksanakan hukum hudud. Bersama dengan pembersihan pengganas komunis, Pas berharap kepercayaan DAP kepadanya akan memberi kemenangan kepada Pas apabila melawan Umno dalam PRU 13.

9. Aliran ini tidak sihat bagi Pakatan. Sedikit sebanyak sokongan rakyat, terutama dikalangan anggota pasukan keselamatan dan keluarga mereka akan terhakis. Saya percaya pemimpin yang lebih berpengalaman diantara mereka seperti Karpal Singh akan cuba mengurangkan kelancaran ke arah pembersihan komunis Malaysia untuk tidak terlalu memburukkan persepsi rakyat, khususnya mereka yang telah berkorban untuk menyelamatkan negara ini.

10. Walau apapun pendirian pemimpin Pas tidak akan menjejas kesetiaan pengikut mereka kerana fanatisme mereka tetapi janganlah pula orang lain juga membutakan mata akan kesanggupan Pas dan sudah tentu PKR, untuk menidakkan apa sahaja sumbangan pemimpin UMNO dahulu demi mendapat sokongan DAP dan orang Cina khususnya.

11. Pas sekarang tidak lagi Pas Ustaz Zulkifli, Burhanuddin Al-Helmi, Asri Muda. Pas sekarang sanggup membelakangkan Islam pun kerana gila kuasa dan Putrajaya. Na’uzubillah.

Monday, September 5, 2011

CHEGU BARD PUJA KOMUNIS PULA NAK SEBARISKAN NAMA DENGAN MAT SABU !!

Setelah gagal untuk memfitnah Isteri Perdana Menteri dalam isu cicin berlian Chegu Badrul mangkuk hayun yang sentiasa cari sesuatu isu yang boleh dijuarainya kini menjadi penyambung lidah bodoh Mat Sabu pula apabila cuba menghidupkan semangat Komunis  di kalangan masyarakat di Negeri Sembilan khususnya Rembau,

Badrul ini memang suka isu isu  bodoh macam ini walaupun dia sendiri tidak tahu sejarah  Kemerdekaan sebenarnya. Baginya yang penting adalah nama beliau akan sentiasa di sebut , tak kira lah isu baik atau buruk. Badrul. Badrul yang banyak   bergerak dibawah NGO haram SAMM sekarang dan bercadang mahu jadi Presiden  SAMM semalaysia kerana  ditolak oleh AMK dan kini merajuk dengan Angkatan Muda Keadilan yang telah menolak beliau dan memertabatkan Shamsul katek sebagai ketua mereka.

Badrul yang yakin menang  pertandingan  merebut jawatan AMK dan menjual nama Anwar Ibrahim yang kononnya Anwar adalah bapa saudara isterinya  akhirnya ditolak oleh Anwar sendiri dan diberikan sokongan penuh kepada  Shamsul Katek yang membuat Badrul patah hati sehingga sekarang.

Badrul tak perlulahmembawa budaya  bodoh Mat Sabu ke  Rembau kerana masyarakat di Negeri Sembilan tidak sama dengan masyarakat di negeri lain yang  mudah terpedaya dengan mainan  bodoh Mat Sabu. Mulut longkang Mat Sabu juga boleh membawa padah pada PAS Negeri Sembilan. Apa pandangan Taufik ADUN Paroi mengenai dakwaan Mat Sabu ?

OLEH : Huda PNS

Sunday, September 4, 2011

EKSKLUSIF ! DOKUMEN. Pemimpin pembangkang selewengkan duit rakyat

Ketahui kesah selanjutnya:

EKSKLUSIF ! DOKUMEN Penyelewengan Wang Melibatkan Mat Sabu & Lim Guan Eng ?


1. Ingatkah anda kepada aksi Mat Sabu yang tercedera kerana cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa pada 9hb Julai 2011? 

2. Beliau terlibat dengan perhimpunan haram Beersih 2.0. Perhimpunan itu disahkan melanggar undang-undang dan haram.
 Rujuk perintah mahkamah KLIK SINI 

3. Selepas tercedera mengikuti perhimpunan haram, Mat Sabu telah dimasukkan ke dalam hospital swasta, KPJ Selangor Specialist Hospital. klik sini 

4. Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 15hb Julai jam 9:28 pagi dan keluar pada 18hb Julai 2011 jam 11:02 pagi.
 

5. Di sana beliau menginap di bilik WVIP/VP katil nombor 520. 

6. Apabila di discharge, beliau membayar sendiri (cash) segala perbelanjaan pembedahan dan hospitalisasi. (No resit : 11172859) 

7. Tetapi apakah beliau benar-benar menggunakan wang sendiri atau beliau claim kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)? 

Bagaimana MiM tahu ? 

Inilah pendedahan yang MiM dan rakan bloggers Penang ingin ketengahkan kepada anda dan seluruh rakyat Malaysia ! 

Rujuk dokumen-dokumen di bawah :- 
Bil KPJ Hospital menjelaskan Mat Sabu bayar cash. 
Memo reimbusement PBAPP kepada Mat Sabu ! 

Cek yang dikeluarkan atas nama 'Y.B Tuan Mohamad bin Sabu' klik blog Empayar Pemuda ! 

Persoalannya, 

1. Kenapakah Mat Sabu mendapat reimbusement wang daripada PBAPP? 

2. Bukankah Mat Sabu terlibat di dalam satu aktiviti yang melanggar undang-undangklik sini dan tidak layak diberikan sebarang reimbursement? 

3. Jika merujuk kepada Collective Agreement (CA) PBAPP, terdapat klaus yang menyatakan bahawa:-
26.4 PENGECUALIAN 

Syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan rawatan dan perubatan tersebut:- 

(b) Sebarang perbelanjaan yang bersangkutan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya. 

(i) Menggugat keamanan atau berkelakuan buruk.
4. Apakah kerana Mat Sabu adalah salah seorang daripada board of directors PBA, beliau mendapat 'keistimewaan melampau' yang pasti akan menimbulkan kemarahan seluruh warga PBA yang selama ini bertungkus lumus bekerja untuk syarikat? 

5. Kenapa dinda Mat Sabu, Lim Guan Eng membiarkan penyelewengan ini berlaku sedangkan beliau adalah Pengerusi PBAPP? 

6. Di manakah C.A.T yang dilaung-laungkan Lim Guan Eng dan kritikan beliau kononnya beliau bersih tetapi parti lawan menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa? 

7. Apakah ini tip of the iceberg di dalam pentadbiran Lim Guan Eng selama ini?
 

Jika isu ini tidak dijawab dengan kadar segera, ianya mengguatkan lagi kebenaran penyelewengan wang rakyat ! 


p/s : tolong sebarkan !
Sumber:  BLOG MIM

Bukan Masa Salahkan Mana-Mana Pihak - Najib



 Datuk Seri Najib Tun Razak berkata sekarang bukan masanya untuk saling menuding jari dan menyalahkan mana-mana pihak berhubung kematian jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd Nor akibat terkena tembakan curi di Mogadishu, Somalia.

Perdana Menteri berkata apa yang penting sekarang ialah untuk mengambil iktibar dan cuba memastikan kejadian seumpama itu tidak berulang dalam misi kemanusiaan yang disertai Malaysia pada masa depan.

"Ini merupakan sebahagian (daripada bidang kewartawanan). Kamu boleh mengambil langkah keselamatan tapi tiada jaminan sepenuhnya (mengenai keselamatan) sebaik anda berada di kawasan konflik seperti Libya, Mesir dan Gaza di mana banyak nyawa wartawan telah hilang," katanya.

Najib bercakap kepada media tempatan dan antarabangsa termasuk BBC dan CNN selepas menyertai keluarga Noramfaizul di pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) di Subang bagi menunggu ketibaan jenazah Allahyarham dari Mogadishu hari ini.

Noramfaizul, 39, terkorban akibat terkena tembakan curi semasa kenderaan yang dinaikinya bersama petugas media Malaysia untuk membuat liputan misi bantuan kemanusiaan oleh Kelab Putera 1Malaysia ditembak ketika mereka dalam perjalanan pulang ke tempat penginapan.

Najib berkata: "Terdapat had bagi apa yang anda sediakan bagi sebarang kemungkinan. Jadi, jangan saling tuduh menuduh. Perkara paling penting bagi kita adalah untuk mengambil iktibar daripada apa yang telah berlaku.

"InsyaAllah, kita akan cuba sebaik mungkin pada masa depan bagi mencegah perkara seperti itu daripada berulang lagi. Tak ada siapa yang boleh memberi sebarang jaminan. Tapi, jika kamu tidak bersedia untuk menanggung risiko, jadi jangan pergi."

Sejumlah 23 wartawan telah terbunuh semasa bertugas di Somalia yang terus bergolak, sejak 2007.

Baki 54 anggota misi kemanusiaan juga tiba di Subang bersama-sama dengan pesawat yang membawa jenazah Noramzaiful.

Najib berkata ketika menyertai misi kemanusiaan di luar negara, soal keselamatan anggota kumpulan misi bergantung kepada keupayaan anggota keselamatan tempatan.

"Kita tidak boleh mendesak yang di luar daripada apa yang mereka boleh dan sanggup bekalkan kepada kita. Tetapi kita akan cuba pastikan tahap keselamatan adalah ditahap yang terbaik," katanya.

Bagaimanapun, Najib berkata beliau berpuas hati dengan kawalan keselamatan untuk pasukan misi berkenaan kerana apa yang dituntut oleh pasukan Malaysia telah ditunaikan.

"Ini adalah satu kejadian luar dugaan sama sekali dan boleh disifatkan Allahyarham bukanlah yang merupakan kumpulan yang disasar pihak tertentu. Tetapi dia telah terkena akibat sesuatu yang dilakukan tanpa dijangka sama sekali oleh mana-mana pihak," katanya.

Bagaimanapun, Perdana Menteri menolak mengulas lanjut mengenai kejadian itu sehingga mendapat laporan penuh seperti dijanjikan kerajaan Somalia, yang menurut beliau akan diterima dalam masa terdekat.

"Jadi saya hendak tunggu laporan tersebut sebelum saya membuat apa-apa ulasan kerana kejadian ini perlu disiasat dengan rapi sebelum kita boleh membuat apa jua kesimpulan," kata Najib.

Ditanya sama ada misi kemanusiaan ke luar negara membabitkan Malaysia akan diteruskan, beliau berkata kejadian itu tidak harus mematahkan semangat untuk terus membantu mereka yang tidak bernasib baik.

Menurutnya, ini kerana Malaysia sudah tersohor dengan sifat pemurah dalam membantu negara lain mengikut kemampuannya.

"Cuma kita perlu membuat segala persiapan dan langkah pencegahan (insiden tidak diingini) sebaik-baiknya," katanya.

Najib turut mengucapkan tahniah kepada Kelab Putera 1Malaysia kerana menunjukkan semangat begitu tinggi dan sanggup menghadapi risiko meskipun menyabung nyawa, tetapi pada masa sama telah memberi sumbangan besar kepada negara.

Kekejaman PKM tetap dirasa... Baca disini...

ORANG Melayu menentang Parti Komunis Malaya kerana serik dengan kekejaman terhadap orang awam yang tidak bersalah.


SERANGAN bersenjata Parti Komunis Malaya (PKM) ke atas Balai Polis Bukit Kepong, 35 kilometer dari Muar, jam 4.30 pagi pada 25 Februari 1950, adalah sangat berkesan dalam sejarah negara.


Serangan itu memperlihatkan kegigihan dan kecekalan anggota polis yang begitu kecil jumlahnya iaitu 20 orang bersama enam Pengawal Kampung (Home Guards) mempertahankan maruah sebuah institusi yang melambangkan keselamatan dan kedaulatan negara dan masyarakat. Mereka memang menjadi sasaran Parti Komunis Malaya yang meletakkan Rejimen 3 dan 4 untuk bergerak dan menguasai Johor.

Serangan yang melibatkan 180-200 orang anggota Malayan Races Liberation Army (MRLA), PKM itu telah diketuai oleh Mat Indera. Dalam serangan itu Sarjan Jamil Mohd Noh, Ketua Balai telah mengetuai anak buahnya untuk mempertahankan Balai Polis Bukit Kepong, Balai Penghulu dan Berek Kelamin Polis daripada ditawan oleh komunis. Mereka tidak mahu menyerah kalah walaupun dipujuk oleh Mat Indera melalui isteri seorang anggota polis yang dapat ditangkapnya di berek kelamin.

Mereka tidak berganjak daripada lubang-lubang kubu pertahanan mereka walaupun seorang demi seorang anggota polis itu tercedera dan tertewas oleh peluru komunis yang datang seperti hujan menimpa bumi. Mereka berjuang selama enam jam tanpa mengira keselamatan nyawa mereka.

Ada juga isteri-isteri polis yang cuba melawan membela kematian suami mereka. Namun, kudrat mereka tidak seberapa. Kekejaman komunis mengatasi segala-galanya. Mereka bukan sahaja membakar kompleks balai polis itu menjadi debu, tetapi sanggup membaling seorang anggota polis yang cedera ke dalam api yang sedang membara. Tiga orang isteri polis juga dihumban ke dalam api tanpa belas kasihan.

Ada yang terpaksa berpelukan ketakutan menunggu kematian yang menyeksakan itu. Seorang kanak-kanak juga menjadi mangsa kekejaman komunis. Mereka rentong seperti arang. Hanya Yusof Rono, seorang anggota polis yang cedera parah dapat melepaskan diri untuk meminta bantuan. Dato’ Onn Ja’afar, Menteri Besar Johor dan Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Negeri, yang telah melawat kawasan itu menyifatkan pertahanan anggota-anggota Balai Polis itu adalah sebagai sesuatu tindakan yang sangat `determined and heroic’.

Seramai 25 orang yang terkorban mempertahankan Balai Polis itu; 19 orang anggota polis dan 6 orang pengawal kampuong. Bagi Mat Indera dan PKM, ini adalah satu kejayaan besar. Mat Indera tidak rasa bersalah walaupun mereka yang dibunuh dan dibakar hidup-hidup adalah sebangsa dan seagama dengannya.
Mengapa Mat Indera berada dalam PKM dan terlibat dalam Peristiwa Bukit Kepong?

Jika disusuri sejarah politik negara, PKM telah menjalankan satu dasar Malayan United Front iaitu satu dasar yang telah diputuskan sebelum 1948 lagi. Dalam dasar ini, PKM akan cuba menyebarkan pengaruh dan ideologi komunis kepada semua bangsa di Tanah Melayu. PKM yang ditubuhkan pada 1927/1930, selama ini hanya mendapat sokongan daripada satu bangsa sahaja sedangkan orang India dan Melayu terutamanya tidak ramai menjadi anggotanya


Untuk mencapai tujuan ini, anggota PKM telah meresap masuk dan menubuhkan kesatuan sekerja, parti-parti politik serta badan-badan masyarakat yang lain. Malah mereka juga menyamar dengan nama orang Melayu dan menggelarkan dirinya sebagai Haji seperti Cheng Nan yang menyamar sebagai Haji Hashim dan bergaul dengan masyarakat Melayu di Pahang. Malah untuk menunjukkan imej kerjasama bangsa itu, Musa Ahmad, seorang kelulusan sekolah agama rakyat telah dilantik sebagai Pengerusi PKM. Beliau kemudian digantikan oleh Abdullah C.D. apabila Musa bermastautin di China. Namun, mereka adalah boneka kerana Chin Peng adalah pemegang dasar PKM.

Terpengaruh
Mat Indera dan ramai orang Melayu pada masa itu terpengaruh dengan dasar ini. PKM telah membakar semangat mereka dengan perasaan anti–kolonial dan anti-kuasa Barat. British yang menguasai Persekutuan Tanah Melayu dilihat sebagai penjajah yang mengeksploitasi ekonomi negara. Manakala Raja-Raja Melayu dan pembesar Melayu yang memimpin UMNO dilihat sebagai penyokong British. Ini kerana PKM telah gagal untuk mendapat perhatian British selepas Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan pada 1948. Sebelum itu PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang pihak Jepun di antara tahun 1942-1945. Ramai anggota Komunis telah diberi penghargaan oleh British. Chin Peng diberi gelaran Sir oleh British. PKM juga menyokong rancangan Malayan Union yang diperkenalkan oleh British pada April 1946. Ini kerana Malayan Union bersifat kesatuan dan republik serta menjadi tanah jajahan takluk British. Kerakyatan juga terbuka kepada sesiapa sahaja yang lahir di tanah jajahan takluk British. Rancangan Malayan Union ini dianggap progresif kerana tamadun Melayu yang terbina sejak 1273 atau 1400 dengan Kesultanan Melaka dan kerajaan-kerajaan Melayu yang lain akan terhapus. Seluruh Tanah Melayu akan dikenal sebagai Malayan Union dan diperintah oleh Gabenor yang dilantik oleh Raja England dan Wales. Ketuanan Melayu yang berpaksikan Raja Melayu akan termusnah sama sekali.

Sumber: Utusan Online

Mesej Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Menteri Besar perlu dihayati oleh lapisan masyarakat

Penganjuran majlis rumah terbuka menteri besar Negeri Sembilan semalam adalah  merupakan pengiktirafan luar biasa kepada pelbagai agama. dan bangsa.I a juga menunjukkan kerajaan benar-benar mahu memupuk semangat saling hormat-menghormati antara satu bangsa dan agama.

Menteri Besar Negeri Sembilan , Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, penganjuran Rumah Terbuka Aidil Fitri semalam perlu menjadi satu kesedaran kepada rakyat Malaysia  di kala negara lain dilanda musibah dan masalah, negara kita dilimpahi pelbagai kurniaan rezeki. Rakyat Malaysia  seharusnya berasa bersyukur dan jangan pula sehingga kufur nikmat. 

Berbagai kaum telah mula berkunjung ke rumah pusaka keluarga menteri besar di kampung Tanjung Rantau Negeri Sembilan seawal jam 9.00 pagi semalam.

Keberangkatan tiba  DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang  telah mencemar duli untuk hadir ke rumah terbuka  Aidil Fitri menteri besar semalam  bersama  sama  45 ribu masyarakat berbilang kaum menceriakan dan menyerikan majlis  berkenaan.

Menteri besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan dan Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin menyambut keberangkatan tiba baginda berdua seterusnya mengiringi ke majlis santapan.

Rakyat  perlu  menghayati mesej keamanan dan muhibah antara rakyat yang diterapkan dalam penganjuran sambutan majlis rumah terbuka Aidil Fitri semalam yang membayangkan sokongan rakyat bertambah mantap dan mereka semua cintakan keamanan sejagat. 

Oleh: Huda Zack



gambar: www.N9kini.com