Sunday, September 4, 2011

Mesej Majlis Rumah Terbuka Aidil Fitri Menteri Besar perlu dihayati oleh lapisan masyarakat

Penganjuran majlis rumah terbuka menteri besar Negeri Sembilan semalam adalah  merupakan pengiktirafan luar biasa kepada pelbagai agama. dan bangsa.I a juga menunjukkan kerajaan benar-benar mahu memupuk semangat saling hormat-menghormati antara satu bangsa dan agama.

Menteri Besar Negeri Sembilan , Datuk Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, penganjuran Rumah Terbuka Aidil Fitri semalam perlu menjadi satu kesedaran kepada rakyat Malaysia  di kala negara lain dilanda musibah dan masalah, negara kita dilimpahi pelbagai kurniaan rezeki. Rakyat Malaysia  seharusnya berasa bersyukur dan jangan pula sehingga kufur nikmat. 

Berbagai kaum telah mula berkunjung ke rumah pusaka keluarga menteri besar di kampung Tanjung Rantau Negeri Sembilan seawal jam 9.00 pagi semalam.

Keberangkatan tiba  DYMM Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan , Tuanku Muhriz Tuanku Munawir dan DYMM Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud yang  telah mencemar duli untuk hadir ke rumah terbuka  Aidil Fitri menteri besar semalam  bersama  sama  45 ribu masyarakat berbilang kaum menceriakan dan menyerikan majlis  berkenaan.

Menteri besar, Dato’ Seri Utama Hj. Mohamad Hj. Hasan dan Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin menyambut keberangkatan tiba baginda berdua seterusnya mengiringi ke majlis santapan.

Rakyat  perlu  menghayati mesej keamanan dan muhibah antara rakyat yang diterapkan dalam penganjuran sambutan majlis rumah terbuka Aidil Fitri semalam yang membayangkan sokongan rakyat bertambah mantap dan mereka semua cintakan keamanan sejagat. 

Oleh: Huda Zack



gambar: www.N9kini.com
           

1 comment:

  1. Dah ....muncul dengan blog, Well done blog adminstrator. 4 tahun saya melihat dari kejauhan kesungguhan dan kemesraan YAB MB NS di majlis tahunan yang diadakan anjurkan di Rumah Pusaka Kg kanchung.

    ReplyDelete