Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts
Showing posts with label Mat Sabu. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Siapa yang ganas , Siapa yang menyerang , Siapa dalang sebenar ????? lihat gambar.

Penyokong PAS yang datang dari luar  Rembau mengganas di Rembau.
INIKAH PERANGAI ORANG ISLAM ?????

Che Gu Bard kepala komunis  Rembau memanjat pagar bersama penyokong ganas PAS.
Rembau: 7 Okt -  Berlaku kekecohan  di ceramah Mat Sabu semalam yang diadakan di kampung Pulau Bintongan di perkarangan rumah Hajah Zaiton  ibu kepada ADUN Paroi. Kg Bintongan semalam didalangi oleh pengunjung yang tidak diundang dari pelusuk tanah air. Khabarnya beratus unit amal dari Johor juga dtempatkan di sepanjang kawasan perumahan.

Atas ketidakpuasan hati rakyat dan NGO, mereka  telah memasang banner membantah ceramah berkenaan. Mereka semua terdiri dari anak anak Negeri Sembilan semalam telah berarak ke perkarangan rumah Hajah Zaiton untuk menghantar memorandum. Seramai 50 orang NGO yang diketuai oleh seorang bekas major bersara telah mengepalai NGO  untuk menyerahkan memorandum. Sebaik mereka tiba di perkarangan rumah , lebih dari 200 ahli PAS dan unit Amal mereka telah menyerang ahli NGO ini dengan besi kayu dan ada yang memukul ahli ahli NGO ini sehingga mereka terpaksa berundur.

Unit Amal telah memacak kayu sepanjang jalan dan mencabut kayu kayu berkenaan untuk memukul NGO.
Keganasan ahli PAS ini sungguh memalukan kerana mereka sanggup menyerang orang melayu yang tidak bersenjata dengan kayu dan juga besi. Budaya komunis nampaknya sudah mula diserapkan di kalangan ahli ahli PAS. Penduduk kampung yang tidak selesa dengan kehadiran orang orang luar ini tidak keluar dari rumah dan hanya orang luar yang memenuhi perkarangan rumah Hajah Zaiton.

Setelah berkompromi wakil PAS bersetuju membenarkan  3 orang untuk berjumpa Mat Sabu dan menyerahkan memorandum , apabila  tiba di kawasan rumah hanya  dua orang di benarkan masuk.  Setelah menyerahkan memorundum , pihak NGO beredar dari kawasan berkenaan.
Chegu Bard dengan penyokong fasik PAS yang kini menjelma sebagai komunis Bukit Kepong

lihat unit amal dan beratus penyokong PAS yang mengganas




Tuesday, September 20, 2011

Bard tak tahu sejarah - kini diarah belajar dari guru sebenar bukannya Mat Sabu..(Nik Aziz sendiri tengah belajar)

Jika kita lihat slogan Chegu Bard di blognya sungguh memberangsangkan. PERJUANGAN ADALAH PELAKSANAAN KATA KATA. Hebat erti perjuangan Chegu Bard ini. Perlakasanaan kata kata adalah satu perjuangan, MALANGNYA KATA KATA CHEGU BARD PENUH DENGAN FITNAH DAN PEMBOHONGAN. Ini bermakna perjuangan Chegu Bard penuh fitnah dan pembohongan .

Macam mana  Chegu Bard mendapat gelaran sebagai Chegu tidak siapa yang tahu , hanya dia yang tahu dan hanya dia yang memulakan panggilan Chegu pada dirinya pada hakikatnya tidak kah dia berasa malu apabila seorang Chegu tidak tahu sejarah, Seorang Chegu yang berguru kan Mat Sabu sebagai guru sejarah.

Chegu Bard menulis dalam blognya mengatakan bahawa Bukit kepong adalah satu cebisan kecil bagaimana sejarah dipadamkan. Apakah  Chegu Bard tidak dapat membezakan apakah yang dipanggil sejarah. Apakah Peristiwa berdarah Bukit Kepong  kini tercatat dalam sejarah Negara, Itulah kalau berguru kepada Mat Sabu dan Mat Sabu pula berguru dengan Lim Guan Eng. Habis sejarah di robek mereka kerana sikap cemburu  kepada sejarah itu sendiri.

Ini semua adalah kerana mahu menganggungkan kaum Cina dan mahukan undi DAP, sehingga sanggup mempertikaikan sejarah untuk dimenangkan Komunis kaum DAPig didalam sejarah tanah Melayu. Apa di hairan dengan pemimpin PAS ini, hukum tuhan pun mereka boleh ubah , apakah sejarah.... kacang ba itu..

Sunday, September 18, 2011

Bendera Malaysia tiru bendera Amerika? Mat Sabu memang keras kepala...

Ketika isu penghinaan Mat Sabu ke atas pejuang negara masih menjadi bahan bualan, Ahli Dewan Undangan Negeri Kota Shah Alam (DAP), M. Manoharan membuka perhatian baru.


Beliau mendakwa pembangkang akan bertindak menukar Jalur Gemilang jika memperoleh kuasa pada pilihan raya umum akan datang.


Kenyataan Manoharan dibuat menerusi Facebook miliknya kelmarin, mengundang bantahan banyak pihak termasuk rakan-rakannya dalam laman sosial itu.


Jadi naik bosan dengan tindakan seorang demi seorang pemimpin pembangkang menghina negara. Fakta sejarah dirobek, pengganas diagungkan, batik Malaysia diperlekeh dan pelabur dihasut jangan menanam modal di tanah air kita.


Kali ini, bendera pula menjadi sasaran.


Hujah Manoharan bahawa Jalur Gemilang meniru bendera Amerika Syarikat adalah dangkal. Lebih bahaya keghairahan untuk menukar bendera itu boleh memberi isyarat bahawa DAP akan menukar banyak lagi perkara termasuk asas kenegaraan seperti perlembagaan.


Bagaimanapun setelah menerima tekanan agar menarik balik kenyataannya, Manoharan memohon maaf sambil menyatakan bahawa dia warga yang patriotik.


Ketika Mat Sabu tetap berdegil enggan memohon maaf atas keceluparannya, Manoharan mengambil jalan keluar lebih bijak. 


Setidak-tidaknya beliau berani bertanggungjawab dan sensitif kepada respons orang ramai.


Apa yang dilihat, dakwaan dan kenyataan Mat Sabu jauh lebih serius berbanding Manoharan. Dalam hukum psikologi memohon maaf selepas melakukan kesilapan tidak akan menjatuhkan maruah seseorang, sebaliknya dilihat sebagai tindakan mulia. Apatah lagi pemimpin perlu bertanggungjawab kepada rakyat. Nampaknya banyak lagi yang Mat Sabu perlu belajar.


Sumber - Utusan Online.

Tuesday, September 13, 2011

Mat Sabu enggan komen perbualan berunsur seks ::::::NO KOMEN::::::

KUALA LUMPUR 12 Sept. - Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu enggan memberi sebarang komen berhubung rakaman perbualan telefon berunsur seks di laman YouTube yang didakwa suaranya dengan seorang wanita.


"No komen," katanya kepada sekumpulan wartawan yang hadir pada jamuan hari raya anjuran Pas Pusat di Taman Melewar petang semalam seperti dipetik di http://www.agendadaily.com. hari ini.
Menurut portal berita AgendaDaily itu, Mohamad atau Mat Sabu menyebut perkataan tiada komen sebanyak tiga kali apabila wartawan bertanya kepadanya tentang isu tersebut.

Soalan pertama yang ditanya ialah sama ada beliau sudah mendengar rakaman itu dan dijawabnya tiada komen.

Beliau juga menjawab tiada komen apabila ditanya sama ada mahu menafikan suara di dalam rakaman itu atau sebaliknya.

Sekali lagi Mat Sabu berkata tiada komen ketika ditanya mahu menyaman pihak yang menyiarkan rakaman itu.

Portal berita tersebut mendakwa, nadanya agak serius apabila menjawab soalan yang ketiga itu.

Sebelum ini Mohamad dan Normah Abdul Halim pernah ditahan atas tuduhan berkhalwat kerana berdua-duaan di bilik 121 Hotel Perdana, Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimana kedua-duanya dibebaskan oleh mahkamah daripada tuduhan tersebut kerana kekurangan bukti.

Normah pada masa itu berstatus isteri orang.

Ikuti paparan di video ini:

Monday, September 12, 2011

Tak cukup lagi Mat Sabu ni... Sarjan Hassan pulak???

Selepas mendakwa komunis sebagai hero dan menuduh filem Bukit Kepong sebagai satu pembohongan sejarah, Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu kini mempersoal pula penayangan filem Sarjan Hassan.

Ini kerana menurut Mohamad, setiap kali tiba sambutan Hari Pahlawan, stesen televisyen akan berlumba-lumba menayangkan filem itu yang dibintangi oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Tan Sri Jins Shamsudin.

Beliau mendakwa, biarpun watak Sarjan Hassan yang dilakonkan oleh P. Ramlee merupakan seorang yang baik dan setia, namun dia berkhidmat untuk ketuanya iaitu orang Inggeris dan melawan Buang yang menjadi ejen Jepun.

"Saya suka filem ini tapi tak perlulah tayang pada Hari Pahlawan saja. Tayanglah pada hari lain sebab Hassan yang baik adalah ejen British, manakala Buang yang jahat dilakonkan oleh Salleh Kamel adalah ejen Jepun, jadi dua-dua wakili penjajah.

"Kenapa tak buat filem yang menceritakan tentang pejuang kemerdekaan tanah air yang sebenar dan adakah penapis filem kita tak izinkan cerita-cerita macam itu," katanya ketika berucap di Juru, dekat sini, malam tadi.

Dalam pada itu, Mohamad terus mempertahankan dakwaannya bahawa Mat Indera yang menyerang Balai Polis Bukit Kepong adalah hero sebenar dan bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Jelasnya, jika Allahyarham Dato' Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman dianggap sebagai pejuang kemerdekaan, nama-nama seperti Ishak Muhammad (Pak Sako), Dr. Burhanuddin Helmi, Ahmad Boestamam, Ibrahim Yaacob dan beberapa orang lagi nasionalis Melayu tidak harus dilupakan.

"Selain itu, sekiranya Rashid Maidin dan Abdullah CD adalah penggerak komunis dan pemberontak, kenapa ada pihak di kalangan UMNO sendiri yang sudi membantu mereka?" katanya.

Justeru katanya, sejarah memang perlu diubah dan banyak yang perlu diceritakan kepada generasi muda agar mereka memahami apa yang tersirat di sebalik sejarah negara.

Thursday, September 8, 2011

"Mat Sabu cakap banyak", kata Tun M.


PAS mempamerkan gelagat sebenar perjuangan mereka berhubung isu kemerdekaan dan anggota keselamatan negara menerusi kenyataan kontroversi Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pemimpin Pas, mengikut kepercayaan mereka, menolak peranan Allahyarham Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar dalam sejarah kemerdekaan negara.


“Kenyataan Mohamad Sabu itu, dia bercakap banyak, dan oleh itu, kita tahu apa yang terdapat di lubuk hati mereka, dan memang itu perjuangan sebenar mereka,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Majlis Ilmu Wacana Pemikiran Bersama anjuran kerajaan negeri Melaka dan Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) di Seri Negeri, Ayer Keroh pada Rabu.


Turut hadir Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Eksekutif Pertubuhan Melayu Kreatif Malaysia (Pemimpin) Tan Sri Profesor Dr Ibrahim Abu Shah.


Kenyataan Mohamad Sabu di Tasek Gelugor 21 Ogos lepas juga menyifatkan Kompeni Ke-4 Parti Komunis Malaya, yang menyerang Bukit Kepong sehingga mengorbankan 25 perajurit dan keluarga mereka pada 1950, sebagai wira atas alasan mangsa yang terbunuh adalah polis penjajah British.


Ditanya sama ada tindakan undang-undang boleh diambil terhadap Timbalan Presiden PAS itu, Dr Mahathir berkata ia terpulang kepada kerajaan.


Beliau berkata PAS sebelum ini memperjuangkan negara Islam, namun kemudian menggugurkannya, dan tindakan sama turut dilakukan berhubung hukum hudud.


“Rakyat harus tahu perjuangan sebenar PAS kerana kalau tidak, rakyat akan tertipu sepanjang masa,” katanya.

Sumber: N9kini.com

Sunday, September 4, 2011

EKSKLUSIF ! DOKUMEN. Pemimpin pembangkang selewengkan duit rakyat

Ketahui kesah selanjutnya:

EKSKLUSIF ! DOKUMEN Penyelewengan Wang Melibatkan Mat Sabu & Lim Guan Eng ?


1. Ingatkah anda kepada aksi Mat Sabu yang tercedera kerana cuba melarikan diri daripada pihak berkuasa pada 9hb Julai 2011? 

2. Beliau terlibat dengan perhimpunan haram Beersih 2.0. Perhimpunan itu disahkan melanggar undang-undang dan haram.
 Rujuk perintah mahkamah KLIK SINI 

3. Selepas tercedera mengikuti perhimpunan haram, Mat Sabu telah dimasukkan ke dalam hospital swasta, KPJ Selangor Specialist Hospital. klik sini 

4. Beliau dimasukkan ke dalam hospital pada 15hb Julai jam 9:28 pagi dan keluar pada 18hb Julai 2011 jam 11:02 pagi.
 

5. Di sana beliau menginap di bilik WVIP/VP katil nombor 520. 

6. Apabila di discharge, beliau membayar sendiri (cash) segala perbelanjaan pembedahan dan hospitalisasi. (No resit : 11172859) 

7. Tetapi apakah beliau benar-benar menggunakan wang sendiri atau beliau claim kepada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP)? 

Bagaimana MiM tahu ? 

Inilah pendedahan yang MiM dan rakan bloggers Penang ingin ketengahkan kepada anda dan seluruh rakyat Malaysia ! 

Rujuk dokumen-dokumen di bawah :- 
Bil KPJ Hospital menjelaskan Mat Sabu bayar cash. 
Memo reimbusement PBAPP kepada Mat Sabu ! 

Cek yang dikeluarkan atas nama 'Y.B Tuan Mohamad bin Sabu' klik blog Empayar Pemuda ! 

Persoalannya, 

1. Kenapakah Mat Sabu mendapat reimbusement wang daripada PBAPP? 

2. Bukankah Mat Sabu terlibat di dalam satu aktiviti yang melanggar undang-undangklik sini dan tidak layak diberikan sebarang reimbursement? 

3. Jika merujuk kepada Collective Agreement (CA) PBAPP, terdapat klaus yang menyatakan bahawa:-
26.4 PENGECUALIAN 

Syarikat tidak akan menanggung perbelanjaan rawatan dan perubatan tersebut:- 

(b) Sebarang perbelanjaan yang bersangkutan dengan kecederaan, kesakitan, kecacatan atau penyakit yang berpunca daripada penyertaan pekerja dalam aktiviti haram atau merbahaya. 

(i) Menggugat keamanan atau berkelakuan buruk.
4. Apakah kerana Mat Sabu adalah salah seorang daripada board of directors PBA, beliau mendapat 'keistimewaan melampau' yang pasti akan menimbulkan kemarahan seluruh warga PBA yang selama ini bertungkus lumus bekerja untuk syarikat? 

5. Kenapa dinda Mat Sabu, Lim Guan Eng membiarkan penyelewengan ini berlaku sedangkan beliau adalah Pengerusi PBAPP? 

6. Di manakah C.A.T yang dilaung-laungkan Lim Guan Eng dan kritikan beliau kononnya beliau bersih tetapi parti lawan menyeleweng dan menyalahgunakan kuasa? 

7. Apakah ini tip of the iceberg di dalam pentadbiran Lim Guan Eng selama ini?
 

Jika isu ini tidak dijawab dengan kadar segera, ianya mengguatkan lagi kebenaran penyelewengan wang rakyat ! 


p/s : tolong sebarkan !
Sumber:  BLOG MIM

Wednesday, August 24, 2011

Mat Sabu bawa PAS cium mulut dengan DAP... Baca lah...





Ikuti pengakuan puak PAS ini terhadap DAP, rakan kesayangannya....

PETALING JAYA, 23 OGOS – Penyertaan orang Melayu ke dalam DAP akan memberi keuntungan kepada Pakatan Rakyat khususnya dan Malaysia amnya dalam jangka masa panjang, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

“Kalau ramai Melayu di dalam DAP, maka isu perkauman tidak dapat digunakan UMNO lagi. Tiada masalah kalau Melayu yang rasa tak sesuai dengan PAS atau PKR untuk sertai DAP, asalkan bertujuan untuk menjatuhkan pemerintah zalim,” katanya.

Menurutnya, UMNO cukup takut jika ramai Melayu sertai DAP kerana isu perkauman yang mereka mainkan tidak akan laku lagi apabila Melayu sudah celik demokrasi dan keadilan.

Beliau menjelaskan ini tidak bermakna beliau menyeru orang Melayu menyertai DAP kerana ia terpulang kepada hasrat hati masing-masing dalam arena demokrasi sebenar yang memberi kebebasan memilih parti.

Menurutnya, hubungan di antara DAP dan PAS semakin erat umpama aur dengan tebing kerana kedua-dua parti memperjuangkan keadilan untuk semua rakyat Malaysia.

Mohamad berkata, bukti ketelusan DAP telah ditunjukkan oleh Setiausaha Agungnya Lim Guan Eng setelah mengambil alih Pulau Pinang dengan mengamalkan sistem pentadbiran yang cekap, akauntabel dan telus (CAT) sehingga negeri itu membangun dengan pesat sekali sejak tiga tahun lalu.

“Dari sudut menjaga harta awam, Guan Eng dan wakil-wakil rakyat DAP lebih hebat, dari sudut memisahkan perniagaan peribadi dan pentadbiran kepentingan rakyat. Ini berbeza sekali dengan negeri-negeri yang diperintah oleh UMNO dan Barisan Nasional,” katanya kepada Roketkini.

Tambahnya, ketelusan dan kejujuran wakil-wakil rakyat DAP dapat dilihat apabila mereka hanya bergantung kepada elaun wakil rakyat semata-mata tanpa meminta-minta projek.

“Apabila memerintah, mereka tidak mengambil peluang untuk mencuri duit rakyat seperti mana pemimpin UMNO buat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa dan makan malam DAP Selangor bersama Lim Guan Eng dan Mohamad  Sabu di Majlis Bandaraya Petaling Jaya di sini malam tadi.

Hubungan erat yang terjalin antara Mohamad dan Guan Eng bermula apabila kedua-duanya ditahan oleh kerajaan BN mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dalam Operasi Lalang yang dilakukan oleh Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada 1987.

Menurut Mohamad, hubungan akrab mereka begitu kukuh sehingga beliau dan Guan Eng membahasakan diri sebagai abang dan adik.

Bagaimana pun, jelas beliau, bukanlah bermakna beliau mengagungkan DAP atau merendahkan PAS, seperti mana yang dimainkan media milik UMNO serta blogger upahan mereka.

“Saya hanya katakan yang benar. Dalam DAP dan PAS, ada orang baik, ada orang kurang baik. Ramai yang baik dari yang kurang baik.

“Dalam PAS, kita ada pemimpin yang hebat seperti Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat. Beliau juga mementingkan rakyat, membina masyarakat, bukan mengaut kekayaan peribadi.

“Kita mahu suatu hari nanti akan muncul ramai pemimpin seperti Nik Aziz dan Guan Eng,” katanya. – Roketkini.com