Penyokong PAS di gula gulakan apabila Anthony Loke atau nama Cina sebanarnya Loke Siew Fook kononnya membela Islam apabila mempertikaikan kenyataan Presiden MCA , Chua Siow Lek mengenai isu Hudud.
Hudud ini sebenarnya sememang adalah kosmetik PAS untuk memecah belahkan orang Melayu antara orang UMNO dan PAS. Apa nak diherankan kepada Chua Siow Lek , dia bercakap di atas tiket bangsa nya. Seperti kata Nik Aziz dan juga Haji Hadi sebelum ini , mereka ada hak untuk bercakap kerana mereka bukan orang Islam.
Loke bangun lantang mengutuk Chua Siow Lek sehingga penganut PAS semua nya terpegun dengan tipu muslihat Loke Siew Fook yang pandai berpura pura ini. Betul kah Loke Siew Fook ini sayangkan Islam? saya akan menulis mengenai isu ini di siri yang lain nanti.
Kalau lah Loke ini benar benar sayangkan Islam seperti gambarannya kepada penganut PAS ini, kenapa dia tidak hentam Karpal Singh ketika setiap kali Karpal Singh hentam Hudud dan Islam?? Kenapa dia takut mahu buka mulut bila pemimpin parti nya sendiri yang menghina Islam dan menghentam Islam. Ini semua sandiwara Loke Siew Fook.
PAS sendiri tidak mahukan Hudud dan kini Hudud tidak lagi diperkatakan kerana Hudud juga tidak ada dalam manifesto dan buku jingga PAS. PAS juga menolak Hudud dalam Pakatan yang mereka sertai. oleh :TB
No comments:
Post a Comment