Saturday, April 13, 2013

Pembangkang makin berkecamuk


Pakatan pembangkang dilihat semakin bercelaru di negeri ini ibarat retak menanti belah ekoran isu perebutan kerusi yang terus berpanjangan selain mendapat bantahan terbuka daripada ahli akar umbi.

Dato' Seri Utama Hj Mohamad Hj Hasan

Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, keadaan menunjukkan perpaduan dalam pakatan pembangkang adalah lemah selain bukti pemimpin mereka mempunyai kepentingan sendiri dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.(PRU-13)

"Nampak jelas sesama mereka bercakaran antara satu sama lain termasuk dalam soal Chegu Bard dan calon Pas berebut di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh.

"Dahulu Chegu Bard kata dia akan ikut di mana sahaja Khairy Jamaluddin bertanding, apa sudah jadi. Ada juga pemimpin pembangkang yang terpaksa pindah kawasan selepas dua penggal kerana tidak sanggup kalah kerana selalu temberang," katanya dalam sidang akhbar di kediamannya, di sini hari ini.

Semalam cabang Angkatan Muda Keadilan (AMK) Telok Kemang, Port Dickson menolak Pengerusi PKR negeri, Datuk Kamarul Baharin Abbas sebagai calon di Parlimen Telok Kemang kerana mahu Chegu Bard bertanding di kerusi berkenaan.

Mohamad yang juga Menteri Besar berkata, pembangkang selama ini tidak memberikan khidmat kepada rakyat sebaliknya memenangi pilihan raya untuk kepentingan peribadi.

Dalam masa sama, Mohamad memberitahu, cabaran besar wakil rakyat BN ialah mereka perlu mampu bekerja, mempunyai ilmu dan pengetahuan, dapat menunjukkan prestasi yang baik dan cemerlang selain berwibawa.

"Dengan kriteria ini, rakyat akan menanti calon-calon BN untuk dipilih dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.



1 comment:

  1. Pinnacle Slot | MapyRO
    Play Pinnacle slot machine online at 과천 출장안마 MapyRO Casino! Click 울산광역 출장안마 to discover more 양산 출장샵 great 부산광역 출장안마 slots, blackjack, roulette & more. ⭐ 세종특별자치 출장샵 Join today.

    ReplyDelete