Saturday, April 6, 2013

SIRI I : LOKE SIEW FOOK :: SELAMA INI MB KAMI ADALAH MELAYU DAN YANG TERBAIK DAN TAK PERLU MB BONEKA DAP !!




DAP tetap melantik orang Melayu menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan jika Pakatan Rakyat (PR) diberi mandat memerintah negeri itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) nanti.

Demikian ditegaskan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke Siew Fook dalam wawancara eksklusif denganRoketkini.com baru-baru ini.

Kenyataan itu sekaligus menafikan pelbagai tuduhan jahat dan fitnah yang mendakwa orang bukan Melayu akan dilantik menjadi Menteri Besar jika PR memenangi majoriti kerusi Dewan Undangan Negeri itu.

Ini adalah satu kenyataan  Loke  Siew Fook dalam  agenda memujuk orang Melayu  dan kaum India yang kini dilihat cenderung dan telah kembali padu menyokong Barisan  Nasional di bawah kepimpinan Menteri Besar Dato' Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan yang telah terbukti membangunkan serta merupakan Menteri Besar yang benar benar bekerja kuat untuk rakyat Negeri Sembilan.

Apakah selama ini dibawah Barisan Nasional, Menteri Besar bukan orang Melayu selama ini ? Siapakah yang disebut oleh Loke calon yang layak yang dibayangkan oleh Loke yang berada dalam Pakatan Rakyat untuk jadi MB. Adakah Kamarul Baharin (PKR )  atau Taufek (Paroi) atau Rashid  Latiff (PKR).

Rakyat Negeri Sembilan jangan lah tertipu dengan janji janji kosong DAP yang cuba untuk memujuk orang Melayu bagi mengundi DAP. Loke mungkin sedar bahawa ada beberpoa kerusi DAP akan kembali dirampas oleh BN kerana kawasan yang hanya menang kecil ini menikmati undi Melayu pada PRU12 yang lalu.

BN Negeri Sembilan opitimis akan dapat merampas beberapa kerus  DAP di bebrapa DUN dalam PRU13 ini memandangkan kebangkitan dan sokongan  Melayu dan kaum India sudah mula mantap kepada BN. Loke mula resah dengan hakikat ini dan kini cuba menipu dan memujuk orang Melayu dengan janji memberikan kerusi kepada orang Melayu.

Menurut Loke, fitnah sedemikian merupakan ‘modal politik lama’dan adalah Fitnah yang sengaja digembar-gemburkan ejen propaganda upahan Umno Barisan Nasional (BN) untuk menakut-nakutkan orang Melayu.

Dalam Pakatan Rakyat apa juga boleh berlaku. Janji dalam menefesto juga mereka boleh tipu , kalimah Allah juga nereka boleh gadai demi kuasa. Hudud mereka buang begitu saja.  ini kan janji menteri besar Melayu , boleh percaya ke ? sejarah Singapore akan berulang.

Loke tak perlu berharap penyokong akar umbi akan memberi undi kepada satu sama lain seperti pengundi Cina akan memilih PAS dan PKR manakala pengundi Melayu akan memilih DAP. Undi DAP sama seperti memgadai maruah bangsa dan agama.

PAS PRU12 lalu, DAP memenangi 10 daripada 36 kerusi Dun Negeri Sembilan, PKR (empat) dan PAS (satu).

Tuesday, April 2, 2013

Nalla vs Anwar: Karpal Singh disepina jadi saksi


karpal-singhyy
Senator Datuk S. Nallakaruppan mahu mensepina peguam Karpal Singh, ahli perniagaan Ummi Hafilda Ali dan bekas pemandu Datuk Seri Anwar Ibrahim, Azizan Abu Bakar untuk hadir sebagai saksi bagi pihaknya dalam saman fitnah pemimpin pembangkang itu berhubung kenyataan berbaur fitnah pada 2008.
Peguam bela utama Nallakaruppan Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah berkata Karpal akan menjadi saksi yang 'berguna dan membantu' berhubung apa yang dikatakannya di parlimen berhubung pendedahan Azizan dan Umi Hafilda kepadanya semasa dua pertemuan dengannya pada 22 Okt dan 18 Dis mengenai insiden liwat pertama membabitkannya (Azizan) dan Anwar.
"Berdasarkan rakaman hansard, Karpal memberitahu parlimen bahawa beliau kagum dengan pendedahan Azizan yang disokong dengan akuan berkanun di mana dia membabitkan Anwar dan kemudiannya menjadi perkara penting perbicaraan mahkamah berhubung kes liwat itu," Shafee memberitahu pemberita di kompleks Mahkamah Kuala Lumpur.
Shafee menyifatkan Karpal sebagai anggota parlimen penting dan berwibawa di mana keterangannya amat penting bagi defendan (Nallakaruppan) untuk bekerjasama dengan pendedahan Azizan mengenai insiden itu.
"Malah pada 2007, Karpal juga mempelawa Anwar memfailkan saman fitnah terhadap Azizan dan Umi berhubung perkara ini," kata Shafee.
Ditanya sama ada beliau sudah mendapat sepina, Shafee berkata isu awal mengenai saman masih belum selesai di Mahkamah Rayuan dan beliau akan membuat permohonan sebaik sahaja mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan saman itu.
Pada 26 Mac, Anwar memfail saman terhadap Nallakaruppan kerana mengeluarkan kenyatan fitnah terhadapnya yang disiarkan di muka depan akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac, 2008.
Dalam pernyataan tuntutannya, Anwar berkata perkataan fitnah yang terkandung dalam artikel akhbar berkenaan adalah palsu, tidak berasas dan disiarkan dengan niat jahat.
Anwar menuntut ganti rugi am berjumlah RM100 juta, selain ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

Monday, April 1, 2013

Zaini : Jeneral dalam PR pembohong dan mengelirukan rakyat



Post Pic

SHAH ALAM: Mantan Panglima Medan Tentera Darat, Jeneral (B) Datuk Seri Zaini Mohd Said menyifatkan tindakan bekas-bekas Jeneral pembangkang meremeh dan melontar tuduhan liar terhadap  Ops Daulat  sebagai cubaan mengelirukan rakyat untuk memancing undi.

Beliau menegaskan tuduhan kononnya ada campurtangan politik dalam operasi pasukan tentera dan polis membanteras pengganas Sulu di Lahad Datu adalah kerja  orang politik yang secara kebetulan pesara tentera.
 
"Memang tiada sebab lain (tuduhan ini dibuat) kerana dia sudah political (jadi orang politik).  

"Ini (Ops Daulat) kerja professional (tentera dan polis). Kita yakin dengan pihak professional," kata beliau.
 
PKR membariskan lima bekas jeneral yang dicanang menjadi calon untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dalam cubaan mencari undi anggota pasukan keselamatan.
 
Susulan pencerobohan di Lahad Datu, kumpulan ini mensasarkan kritikan terhadap angkatan tentera dan kerajaan termasuk mempersoalkan taktik yang digunakan untuk menumpaskan musuh.
 
Terbaru, bekas panglima tentera darat Jeneral Bersara Tan Sri Hashim Hussein membuat kenyataan yang dilihat cuba memecah-belahkan pimpinan pasukan keselamatan sendiri.
 
"Ada dua markas tentera di Sabah dan Selatan Sabah. Jumlah musuh tidak begitu ramai. Kenapa kita tugaskan satu pemerintah tertinggi untuk ke sana? Kenapa tidak di tugaskan panglima tempatan,?" kata beliau.

Datuk Seri Zaini berkata kenyataan-kenyataan seperti itu berbaur politik dan tidak berasaskan fakta.
 
"Pada saya orang yang melibatkan diri dalam menangani masalah (di Lahad Datu) lebih tahu keadaan dan lebih tepat kajiannya" tegas beliau.

"(Ini semua) persoalan remeh yang sengaja (bertujuan) menimbulkan kekeliruan," kata beliau ketika mengulas isu-isu yang cuba dicanang oleh bekas-bekas jeneral pembangkang dalam mencari undi untuk pembangkang.
 
Zaini adalah wira yang memimpin operasi tentera menumpaskan kumpulan Al-Ma'unah di Sauk pada tahun 2000.
 
Beliau berkata cubaan Hashim mempertikaikan bantuan daripada Semenanjung untuk membantu di Lahad Datu tidak masuk akal.

"Dari segi kekuatan yang diperlukan, adalah sebabnya (kerahan pasukan keselamatan daripada Semenanjung).

"Salah satu sebabnya adalah untuk mengekang mana-mana pihak lain untuk datang ke Sabah. Jadi kita kena tunjukkan kekuatan dan iltizam kita" kata Zaini.

Saturday, March 30, 2013

CHEGU BARD MERAJUK DAN TAK KISAH JIKA TIDAK TERCALON. ASYIK KENA MAIN DENGAN ANWAR !!!


Sian tenguk Chegu Bard yang sungguh malang nasibnya sentiasa di mainkan oleh Anwar Ibrahim. Aku hairan juga dengan Chegu Bard ini yang tiba tiba terpaksa lari jauh dari Rembau , jauh dari seterunya dan melupakan sumpahnya untuk bertanding mana saja Khairy Jamaluddin bertanding.



Hari ini Chegu Bard terpaksa lari tak cukup tanah  mencari kawasan yang selamat buat nya di Kedah atau Pulau Pinang. Malang sungguh Chegu Bard ini apabila senarai calon bocor , nama  Chegu Bard tidak disenaraikan  sehingga Chegu Bard terpaksa mengalah dan merajuk membawa diri dengan hanya menawarkan diri sebagai pencacai untuk mendapatkan simpati dari Anwar yang sememengnya tidak berminat dengan Chegu Bard ini.

Chegu Bard pernah kecewa setelah mencanang kononnya isterinya ada pertalian darah dengan Anwar Ibrahim ketika pertandingan AMK Malaysia . Nak ngAku sedara lah konon. Sungguh mengaibkan apabila Chegu Bard terpaksa mengaku saudara dengan Anwar Ibrahim tetapi Anwar buat tak tahu saja dan endorse si katek tu walaupun si katek sebelum itu sudah mengistiharkan tidak mahu bertanding AMK.

Akhirnya Chegu Bard kencundang kerana Anwar Endorse Shamsul Katek. Hari ini Chegu Bard  kena lagi dan etrpaksa menulis  untuk menagih simpati dari Nuar Ibrahim .

petikan dari blog Chegu Bard.


SEDIA JADI JENTERA BIASA DAN TIDAK BERTANDING DALAM PRU KE 13

Pilihanraya ke 13 merupakan PRU yang terpenting dalam sejarah negara. Belum pernah mood rakyat setinggi ini untuk membuat perubahan bagi menamatkan sejarah penguasaan regim yang diwariskan kepada negara ini oleh penjajah.

Namun perlu disedari cabaran yang terpaksa didepani bukan sedikit. Seribu satu helah dan taktik jahat akan digunakan untuk mempertahan regim ini seiring dengan seruan Najib Razak iaitu akan pertahankan 'Putrajaya' dengan darah biar hancur tulang belulang.

Maka fasa ini memerlukan penyatuan semua yang berada di pihak pro perubahan. Mood perubahan amat tinggi namun sejarah pernah membuktikan banyak kali perubahan gagal dicapai antara sebabnya ialah kerana perebutan dan pertelingkahan. che'GuBard menasihatkan diri dan teman - teman agar mengambil iktibar sejarah ini.

Ini masa seharusnya semua kelompok khususnya anak muda menumpukan gerak kerja mengasak perubahan tanpa berehat. Jalan yang dipilih ialah perubahan melalui peti undi dan kenderaannya ialah politik kepartian, maka perlu sedar ia sudah tentu penuh dengan kerenah politik itu sendiri.

Mendepani regim yang amat rakus dan pertembungan politik yang tidak jujur dan adil selaku anak muda ikhlas diakui ia amat mencabar kadang kala seperti tidak sanggup berdepan. Namun apa pun cabaran dalaman fokus perubahan besar demi tanah air tidak boleh sama sekali teralih.Untuk terus berada pada fokus yang betul maka kepentingan peribadi harus diletak tepi.

Mengajak semua peringkat pro perubahan bersatu dan menolak prasangka , che'GuBard dengan ini menegaskan untuk tidak bertanding dalam PRU ke 13 dan sedia menjadi jentera biasa. Kita semua harus sedar pertembungan kali ini ialah pertembungan kebangkitan dan kesedaran rakyat melawan regim yang jahat, korup dan sedang menghancurkan tanah air.

Menyeru semua kelompok anak muda untuk bersama dalam mood perlawanan maksima, yakinlah kejayaan kita bukan memenangi satu dua pertempuran sahaja tetapi peperangan menumbangkan regim menyelamatkan negara lebih penting.

che'GuBard tidak punya jawatan dalam parti politik cuma anggota biasa dalam Parti Keadilan Rakyat, namun sedar tetap terikat dengan disiplin parti. Apa keputusan parti dan keperluan parti untuk peranan yang cheGuBard harus mainkan dalam PRU ke 13 akan akur. Selaku anggota parti akan akur dan terikat dengan disiplin parti namun ditegaskan bersedia dan lebih selesa menjadi jentera biasa.

Bersama rangkaian komrad Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), kami sedia menggerakkan jentera anak muda dalam dan luar negara untuk terus mengasak perubahan dengan segala daya yang ada. SAMM telah pun menjalankan dan sedang menjalankan perbagai program juga tidak berhenti malah terus merancang perbagai program penyusunan anak muda untuk mengasak perubahan. Komrad SAMM percaya anak muda cita - citanya harus tidak singkat hanya untuk bergelar YB tetapi cita - cita kami ialah mencipta secara perubahan total yang akan dibaca ganerasi mendatang.

Kepada semua ayuh bersekutu ke arah perubahan. Anak muda berparti atau tidak berparti yakinlah tidak apa atau tiada siapa yang boleh menghalang kita untuk berjuang merobah negara. Tidak perlu menjadi ahli politik untuk berjuang kerana kebanyakan anak muda tidak punya syarat lengkap untuk menjadi ahli politik iaitu kemahiran dan kebolehan mengampu, bermuka - muka dan mengipas, tetapi berjuanglah dengan cara masing masing kerana perjuangan merobah negara milik semua.

Kepentingan teratas kini ialah tumbang regim dahulu.

Sekian.

che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
anggota biasa PKR

Friday, March 29, 2013

Mungkinkah Wan Azizah bakal MB Selangor?? If says.. If says.. Whatever it is.. its just says..



Kisah keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah tak ubah macam Keluarga 69. Keluarga yang cacamarba sebab politik melebihi segala-galanya.

Allahyarham Tan Sri P Ramlee mungkin tak terfikir nak oleh skrip sejauh ini semasa buat filem Keluarga 69 dulu.

Bayangkan, bos besar terpalit dengan macam-macam dakwaan. Paling serius kes dakwaan liwat,video China Doll dan pendedahan di blog raja goyang.
Nurul Izzah pun tak kurang dengan masalah. Tentu ramai masih ingat pasal kenyataannya mengenai kebebasan memilih agama dalam satu forum
tahun lalu.

Dalam pada itu, ada juga suara-suara nakal dalam PKR tuduh ahli parlimen Lembah Pantai itu begitu begini.
Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail pula sudah jadi pemimpin boneka walaupun ada status sebagai Presiden PKR.Hakikat ini bukan saja tidak dapat diselindung malah terus merus menjadi bualan ramai.
Ini kerana beliau tidak berfungsi sebagai seorang presiden sebuah parti seperti orang lain.
Sebab itu juga pembantu kepada ahli parlimen Ampang mengaku tulis surat pada Presiden PAS Datuk Seri Hadi Awang mempersoal relevankah isteri Anwar kekal sebagai presiden parti.
Mohd Fareez Kamal Intidzam mendakwa Wan Azizah tidak berfungsi sebagai presiden dan kerap berlagak macam tak tahu apa-apa isu babitkan parti.
Malah, beliau mencadangkan kepada Hadi supaya Timbalan Presiden, Azmin Ali menggantikan Wan Azizah.
Pasal nak bertanding PRU 13, Wan Azizah sendiri pun cakap tunggang langgang. Sekejap kata nak, sekejap kata tak nak. Macam sandiwara lawak Tan Sri Khalid Ibrahim yang hu ha pasal nak bubar Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
Dua bulan lepas, entah apa punya rajuk, Wan Azizah kata tak mahu bertanding walaupun sebelum itu kata kemungkinan nak bertanding di Pulau Pinang.
Pada Khamis, beliau bikin panas pulak kata akan bertanding kerusi DUN Selangor.
“Ya, saya akan bertanding di Dun Selangor tetapi saya rasa kita perlukan adakan satu perbincangan bagi menentukan kawasan mana yang sesuai untuk ditandingi.
 
“Perbincangan ini perlu bagi memudahkan saya untuk menjalankan sesi kempen pilihan raya dan membolehkan fokus diberikan kepada kawasan tumpuan,” katanya ketika ditemui S  elepas Majlis Penyampaian Sumbangan kepada Waris Wira Lahad Datu, di Shah Alam Khamis.
 
Tambahnya, “DUN mana masih belum diputuskan, tetapi saya tidak kisah di kawasan mana.

Pelik tidak,seorang Presiden yang patut ada kuasa istimewa bercakap dengan nada teragak-agak.
 
Di Selangor terdapat 14 kerusi DUN yang dimenangi PKR pada pilihan raya 2008 lalu dan tidak mustahil salah satu daripada kerusi itu akan menempatkan Dr Wan Azizah.

Sebab itulah boleh kata keluarga Anwar macam Keluarga 69...Keluarga tunggang langgang.
Satu sebab lain boleh rakyat ramai-ramai fikir kenapa jadi macam ni.
Dengar cerita ada kalangan ahli PKR berbunyi kenapa Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail tiba-tiba buat cerita pasal ‘mungkin ada video Nurul Izzah dan Khalid’ selepas ada video hubungan intim lelaki menyerupai Anwar dengan pemuda yang didedahkan Papagomo baru-baru ini.
Semua itu ada kaitan pasal Keluarga 69 ini.
Bukan rahsia lagi dalam PKR ada kem Azmin dan Khalid dalam perebutan jawatan Menteri Besar Selangor jika pembangkang kekal di negeri itu.
Ramai juga tahu Azmin tak ngam dengan Wan Azizah dan juga Nurul Izzah.
Siapa agaknya merancang supaya Mohd Fareez tulis surat pada Hadi pasal Wan Azizah?
Siapa agaknya merancang supaya Khalid hanya tanding Parlimen Bandar Tun Razak sahaja seperti diumumkan Anwar hingga sebabkan Wan Azizah yang rapat dengan Khalid ‘merajuk’ dan umum tak mahu tanding apa-apa?
Siapa agaknya merancang cerita kononnya ada video skandal babitkan Nurul Izzah yang dikatakan Saifuddin Nasution?
Ada yang membuat andaian kenyataan ahli Parlimen Machang itu macam ‘beri isyarat’ pada Nurul Izzah dan Khalid supaya jangan cakap banyak.
Khalid tentu kecut perut juga kerana dua tahun lalu heboh pasal ada rakaman video ditemui dalam pejabatnya di Bangunan SUK di Shah Alam.
Rakaman atau video apakah itu? Siapa punya kerja?
Melihat perkembangan ini semua jangan marah jika ramai pihak merasa mungkin ada gerakan menyingkirkan Wan Azizah, Nurul Izzah dan Khalid daripada PKR.
Wan Azizah mungkin menyedari ‘permainan kotor’ ini justeru itu beliau tiba-tiba umum mahu bertanding di Selangor.
Beranikah Azmin selaku Pengerusi PKR Selangor menolak hasrat Wan Azizah?
Perang dingin sudah lama mengelegak dalam PKR.Kini timbul tandatanya apakah ia akan bertukar kepada perang terbuka.
Dalam bab soksek mengenai pergelutan dalaman jangan cuba nak cakap ini semua kerja orang luar.
Pusing sana ...pusing sini...tak mungkin ada orang di luar parti boleh tekan swis.
Cuma teka tekinya...ini game siapa?

Thursday, March 28, 2013

Genap 5 tahun. Kejayaan buat semua wakil rakyat di Negeri Sembilan, sama ada wakil rakyat BN mahupun wakil rakyat pembangkang.. Bersyukurlah..



Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN), negeri ini perlu terus berkhidmat kepada rakyat di kawasan masing-masing walaupun tidak lagi bergelar 'Yang Berhormat' selepas pembubaran DUN secara automatik, Khamis.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata biarpun mandat rakyat selepas dipilih pada Pilihan Raya 2008 lalu tamat, mereka masih boleh menabur bakti sebagai anggota atau pemimpin dalam parti politik masing-masing.
"Walaupun tempoh ADUN sudah berakhir tidak bermakna mereka tidak boleh meneruskan khidmat kepada rakyat. Mereka boleh berbuat demikian mungkin bukan sebagai ADUN tetapi sebagai pemimpin masyarakat.
"Mungkin pusat khidmat ADUN tidak lagi sesuai tetapi kita di Barisan Nasional (BN) masih ada pusat khidmat parti yang memberi khidmat kepada rakyat," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri di Seremban, Rabu.
Mohamad yang juga ADUN Rantau berkata semua ADUN terutama daripada BN perlu memain peranan itu bagi memastikan masalah rakyat dapat (terus) diselesaikan dan meningkatkan sokongan mereka terhadap BN.
Sementara itu ADUN Klawang Datuk Yunus Rahmat berkata sama ada bergelar 'Yang Berhormat' atau tidak, selaku anggota dan pemimpin dalam parti politik, khidmat terhadap rakyat perlu diteruskan.
Katanya, jika ia tidak diteruskan hanya kerana status 'Yang Berhormat' telah tamat, ia mungkin akan mendatangkan kesulitan kepada masyarakat yang memerlukan bantuan.
"Sepanjang terlibat dalam politik saya pernah menjadi anggota Parlimen dan ADUN dan beberapa penggal tidak ada jawatan itu, tapi saya tetap meneruskan khidmat kerana itu memang tugas orang politik," katanya.
Bagi ADUN Labu Datuk Hashim Rusdi pula khidmat terhadap rakyat walaupun selepas pembubaran DUN tidak ada bezanya kerana tanggungjawab itu sudah sebati dalam dirinya.
"Kita sebagai bekas wakil rakyat pun perlu meneruskan khidmat kepada rakyat kerana rakyat sudah mengenali kita sebelum ini sebagai wakil mereka," katanya.

Wednesday, March 27, 2013

Video seks: Setelah Rafizi kantoi...PKR cuba lontar 'bom asap'


anwar-wajah513xxbaru
Dalam bahasa lawak...ini kira strategi yang orang sudah pakai sebelum zaman perang Jepun.
Kalau nak terjemah maksudnya yang lebih jelas dalam bahasa Inggeris 'outdated' manakala dalam bahasa Melayu pula 'sudah lapuk'.
Melihat perkembangan terbaru ini ,PKR nampaknya jadi makin gabra dengan isu dakwaan video seks 'depan belakang' yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Selepas Pengarah Strategi Rafizi Ramli bikin rosak program kerana  ' tak ada telor' nak jawab soalan mudah  : kenapa saman Papagomo tapi tidak saman Datuk T?...kini muncul pula Setiausaha Agung PKR Saifudin Nasution untuk menjadi dewa penyelamat bosnya.
Taktik ini ini kita boleh panggil lontar 'bom asap' yakni untuk mengaburi mata orang pada isu sebenar.
Saifuddin bukan budak baru dalam politik.Siapa tahu mungkin dia juga terdesak setelah melihat Rafizi kantoi habis.
Bayangkan hujan tidak...guruh tidak...tiba-tiba Saifuddin beritahu satu sidang akhbar di ibupejabat PKR Selasa konon beberapa hari lalu pihaknya telah dipertontonkan video palsu seks dipercayai diaturkan oleh pihak tertentu yang mendakwa diri mereka ejen UMNO dan Barisan Nasional.
Dakwanya video tersebut memaparkan watak yang menyerupai Anwar manakala gambar statik pula seakan-akan anaknya, Nurul Izzah.
"Video ini merupakan manipulasi imej digital yang melibatkan pencantuman babak-babak yang tidak berkaitan untuk memberi gambaran pemimpin-pemimpin ini terbabit dalam salah laku seks.
"UMNO hari ini cuba menakut-nakutkan orang Melayu dan menggunakan pemblog untuk mereka dan menyebarkan video palsu yang kononnya memaparkan salah laku seks pemimpin PKR," kata.
Untuk bagi sedap cerita ,Saifuddin kata dia jangka Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim antara sasaran selepas ini.
"Mereka kata video seks Tan Sri Khalid Ibrahim dalam pembikinan," ujarnya.
Kata Saifuddin imej video yang dirakamkan dalam video dan gambar itu tidak jelas dan agak kabur.

anwar-eskay513

Kalangan blogger yang biasanya dapat cepat menghidu jika ada video-video sensasi atau kisah-kisah sewaktu dengannya nak keluar terpinga-pinga bertanya bila tahun  timbul cerita adanya gambar panas Nurul Izzah atau video Khalid Ibrahim pula.
Orang di celah kampong mungkin boleh senang-senang kena temberang dengan strategi perang saraf yang lapuk ini.
Siapa saja yang ada akal tahu sangat ia tidak lebih dari taktik tabur sebanyak mungkin dakwaan pasal video seks melibatkan ramai lagi pemimpin parti itu untuk alihkan perhatian pada dakwaan utama yakni Anwar.
Ia sekaligus untuk mewujukan gambaran seolah-olah kilang fitnah UMNO sedang berkerja siang malam untuk cemarkan semua pembesar PKR dengan dakwaan video seks.
Rasanya Saifuddin patutnya carilah modal lain yang lebih ada kelas sikit.
Taktik itu lebih kurang sama standard dengan usaha Rafizi yang kini nak tunjuk taring selongkar latar belakang Papagomo.
Sekalipun dunia terbalik ,apa saja kata Saifuddin maupun Rafizi  ia tidak mungkin dapat 'cuci mangkuk' isu dakwaan utama mengenai video seks yang dikaitkan dengan Anwar.
Ini lebih terpancar bila Rafizi tidak dapat jawab soalan mudah : kenapa saman Papagomo tapi tidak saman Datuk T.

anwar-lif1xx

Ha...Ha...Ha.....yang ini mungkin mengundang rasa geli dalam hati.

Anwar cuba paparkan imej pijak semut tak mati.

Ini berkaku semasa sidang akhbar selepas mesyuarat pimpinan pakatan pembangkang di ibu pejbat PKR lewat petang Selasa.
Diminta mengulas dakwaan Saifuddin akan muncul video seks dan foto melibatkan dirinya dan anaknya, Nurul Izzah,Anwar dipetik sebagai menggesa Umno dan media yang didukungi parti itu supaya beristighfar dan memohon keampunan Allah SWT .
"Toksahlah...saya nak nasihat UMNO, ni waktu Maghrib, pi lah amik wuduk dan tau apa itu fitnah.
 
"Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung UMNO ini kerjanya itu sahaja," katanya.

Kebetulan turut sama ada dalam sidang akhbar itu ialah Timbalan Presiden PAS,Mohamad Sabu yang pernah terpalit dengan dengan skandal rakaman 'perbualan berahi' dengan isteri orang bernama Normah.
Siapa boleh lupa pada suara syahdu  pasangan bercengkerama asrmara dana dalam talian telefon itu.
Sekalipun insiden itu berlaku bertahun lamanya,siapa yang boleh padam sejarah sekalipun PAS cuba buat muka kering macam tak ada hal.
Rakaman berkenaan masih ada dalam youtube sampai hari ini yang boleh dijangkau menerusi carian 'mat sabu normah'.
Sayang sikit tidak ada wartawan yang tanya apa komen Mat Sabu pada kata-kata nasihat Anwar agar UMNO jangan nakal.
Juga jangan lupa label cukup mengaibkan " Alxxxxxx' yang pernah Timbalan Presiden PAS ini bagi pada Anwar semasa dia dalam UMNO dulu.
Kita ulang balik kata-kata Anwar : "Malu kita pada masyarakat bukan Islam kalau masyarakat Islam dan media yang mendukung UMNO ini kerjanya itu sahaja."
Juga sekali lagi kita ulang: kenapa saman Papagomo tapi tak saman Datuk T?
Juga kita ulang cogankata baru pasal Anwar yang kini cukup popular :  'You Ulang I Saman'.
Kesian...Datuk Sharzly Eskay Abdullah,Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim masih menunggu dan menunggu surat saman sekalipun mereka sudah ulang berkali-kali tuduh siapa orangnya pelakon yang tengah gasak China Doll