Monday, November 26, 2012

Doa Kehancuran UMNO Kemuncak Ketaksuban Pas

KUALA LUMPUR, 26 Nov – Pas hari ini dilihat berpaksikan kepada konsep matlamat menghalalkan ke Putrajaya setelah sanggup mendoakan kehancuran sesama umat Islam yang sekaligus mengambarkan mereka telah lari daripada perjuangan yang sebenar.


Pemerhati Politik Datuk Wan Hasyim Wan Teh berkata apa yang berlaku di Stadium Sultan Muhammad ke-IV itu juga menggambarkan kemuncak kepada keghairahan serta ketaksuban parti Pas itu sendiri.

Menurut beliau keghairahan Pas itu dikhuatiri bukan sahaja akan menyebabkan perpecahan yang teruk di kalangan umat Islam malah dibimbangi akan berulang sejarah dan pengalaman pada 1980-an dahulu.

“Politik ini umpama perlawanan bola sepak. Bukankah matlamat kedua-dua pasukan adalah untuk menjaringkan gol dengan penuh semangat kesukanan dan bukannya membawa kepada pergaduhan dan sebagainya.

“Ambil contoh itu adalah paling mudah. Perpaduan adalah segala-galanya dan bukankah itu juga jika diapliaksikan dalam bab-bab politik ini, ianya memberikan manfaat yang cukup luas bukan sahaja kepada rakyat malah kepada negara khususnya Islam itu sendiri.

“Dan paling penting bukankah Islam itu mengutamakan perpaduan..Apabila berlakunya sedemikian rupa dan timbul perpecahan serta sebagainya, siapakah yang akan menanggung rugi. Perpecahan akan berlaku dan inilah yang kita tidak mahu,” katanya kepada UMNO-Online di sini.

Beliau seterusnya menambah peristiwa berkenaan juga menggambarkan kepada semua pihak bahawa ianya adalah signal kepada pilihan raya umum dan kekuasan semata-mata khususnya Putrajaya.

“Apa pun saya melihat hakikat itu merendahkan martabat Pas itu sendiri apabila sanggup mendoakan sedemikian rupa dan timbul persoalan apakah parti berkenaan sudah berkerat rotan berpatah arang.

“Jika itulah hajatnya..ingatlah Islam menekankan kepada persaudaraan dan ianya terkandung di dalam al-Quran yang mulia. Kenapakah sanggup berbuat sedemikian rupa,” katanya. -MediaUMNO

Tuesday, November 20, 2012

Nik Razi minta hentikan spekulasi isu doa


KOTA BHARU: Adik Mursyidul Am PAS, Nik Razi Nik Mat semalam meminta semua pihak supaya menghentikan spekulasi isu doa yang dibacakan beliau selepas solat hajat sempena muktamar parti itu, Jumaat lalu.

Post Pic


Menurutnya, isu tersebut sudah berada di kemuncaknya dan tiada apa yang perlu diperkatakan lagi.
 
“Sudah cukup apa yang dilaporkan oleh media mengenai bacaan doa terbabit dan saya mengakui saya membacanya tanpa dipengaruhi sesiapa pun.
 
“Memang saya diarahkan menjadi imam dan bukan untuk doa itu,” katanya lapor Sinar Harian.
 
Pada Jumaat lalu, Nik Razi didakwa mendoakan kehancuran terhadap Umno dan Barisan Nasional(BN) ketika solat Hajat sempena Muktamar PAS ke-58 di Stadium Sultan Muhammad IV.
 
Pesuruhjaya PAS Johor, Datuk Mahfodz Mohamed mengesahkan kandungan doa tersebut bukan atas arahan sesiapa, tetapi atas inisiatif Nik Razi sendiri.

Sumber : AntaraPos

Monday, November 19, 2012

Dakwaan murtad oleh Nik Aziz satu fitnah kepada umat Islam



IPOH: Tindakan Mursyidul Am PAS Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat mendakwa UMNO sebagai murtad adalah satu fitnah kepada umat Islam, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria. 

Beliau turut mempersoal atas asas apa dakwaan murtad itu dikeluarkan oleh Nik Aziz sedangkan umat Islam yang menjadi anggota UMNO juga mengucap dua kalimah syahadah, bersolat lima waktu dan bertuhankan Allah yang satu. 

"Dan jika kita menyampaikan pendapat serta mempertahan Islam, macam mana dihukum murtad? Dalam keadaan sekarang, tidak pernah berlaku di dalam Islam untuk mendoakan kehancuran orang Islam. Salah, ia bertentangan dengan Islam," katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Muzakarah Ulama dan Cendiakawan Islam yang disempurnakan Pemangku Raja Perak Raja Nr Nazrin Shah di sini hari ini. 

Beliau berkata, perbuatan berdoa dan mengaminkan kehancuran umat Islam adalah bidaah dan hukumnya haram serta perlu bertaubat manakala menuduh orang Islam kafir boleh membuatkan orang Islam yang menuduh itu sendiri menjadi kafir. 

Katanya, dalam Islam, seluruh umat adalah bersaudara dan menjadi kewajiban untuk menasihati jika mereka melakukan sesuatu yang tidak betul, namun parti pembangkang PAS melenting dan menuduh pihak lain tidak menyokong Islam apabila tindakan melampaunya ditegur. 

"Macam mana dia (Nik Aziz) tuduh orang Umno semua sekali itu murtad. Apa maksud murtad yang dia kata, kalau bersekongkol dengan kafir Harbi yang terang-terang menentang Islam itu adalah kafir," katanya. 

Harussani berkata, perkelahian antara umat Islam sedang berlaku dalam masyarakat di negara ini dan ia sesuatu yang mendukacitakan. 

"Ini sekarang berlaku dalam masyarakat kita. Politik itu politik, Islam itu Islam, kita jangan berkelahi, di mana pun jangan berkelahi. Tapi kalau kita berkelahi semasa sendiri, itu taksub yang diharamkan Rasulullah. Ini dipanggil asabiyyah. 

"Asabiyyah dalam kalangan orang Islam ini ada berpuak-puak. Berpuak dari segi politik ini tiada apa-apa selagi kita tidak memutuskan hubungan silaturrahim. Perbezaan pendapat dari sudut syarak tidak salah, ia membawa kemajuan. Tapi saya lihat yang berlaku dalam kalangan orang PAS, ia membawa kebencian, mereka menghukum dan menuduh," katanya. 

Harussani turut berkata ada sebuah hadis mengenai supaya berhati-hati terhadap penyelewengan orang alim kerana golongan itu mempunyai pengaruh dan pengikut. 

"Ini kerana yang ikut dan puja dia mesti sokong, alasannya Nabi Noh juga mendoakan umatnya ditenggelamkan, tapi perlu ingat Nabi Noh doakan mereka yang telah tolak dakwah Allah yang baginda bawa, tapi anak, baginda panggil," katanya. 

Terdahulu dalam ucapannya, Harussani berkata umat Islam sedang dihancurkan oleh musuh Islam walaupun dilakukan secara tidak berterusan namun mereka menggunakan taktik pecah-belah menyebabkan umat bercakaran dan dibunuh. 

"Dalam negara ada orang Islam yang digelar ulama memimpin doa untuk dihancurkan sesama Islam, di mana akhlak, iman, pegangan orang Islam pada waktu ini?" soal beliau. 

Katanya, keadaan yang berlaku hari ini disebabkan kelalaian dan kejahilan tentang akidah serta prinsip Islam sehingga ada yang berebut untuk tempat dan kerusi politik serta kedudukan. 

"Sedangkan kedudukan yang telah diberi Allah adalah sebagai Islam kerana umat Islam adalah sebaik-baik umat," katanya. 

Beliau berkata, sepatutnya solat hajat dan doa diadakan supaya menghancurkan musuh Islam yang terang-terang membunuh umat Islam seperti di Palestin dan Rohingya. - BERNAMA 

Sunday, November 18, 2012

Ini cerita bikin Anwar panas punggung!



Walaupun, DAP sudah banyak kali isytihar Datuk Seri Anwar Ibrahim akan jadi Perdana Menteri jika pembangkang menang PRU 13, namun Ketua Pembangkang itu nampaknya tidak boleh duduk goyang kaki atau senyum sampai telinga sekarang.

Ini kerana ketika beliau mungkin sedang berkhayal akan jadi Perdana Menteri atas sokongan DAP dan PKR yang diketuainya, PAS yang turut jadi sekutu tetap memikirkan Datuk Seri Abdul Hadi Awang lebih layak menjawat jawatan itu.

Macam DAP juga yang berkali-kali mahu Anwar jadi Perdana Menteri termasuk dikatakan Lim Kit Siang malam semalam, parti yang mendakwa memperjuangkan Islam itu juga bukan sekali dua membuat kenyataan sama mahukan Haji Hadi pimpin negara.

Terbaru, dalam muktamar sama pagi Sabtu, Dewan Ulama PAS mengulangi bahawa ahli parlimen Marang itu paling terbaik untuk sandang jawatan Perdana Menteri.

Perkara itu dibangkitkan perwakilan Dewan Ulama, Hairun  Nizam  ketika membahaskan ucapan dasar Presiden PAS itu.

Kenyataan itu tentu satu tamparan kepada Anwar juga DAP selepas Kit Siang mengulangi mahu Anwar jadi Perdana Menteri dalam ucapannya di Himpunan Kebangkitan Rakyat, malam semalam.

Pasti ramai pemimpin PAS termasuk Hairun ‘angin’ kerana Kit Siang buat kenyataan ketika dijemput ke himpunan tersebut yang hampir majoriti dihadiri penyokong dan ahli-ahli PAS.

Sudah tentu satu penghinaan kepada PAS apabila Penasihat DAP itu yang masuk ke rumah tetapi menghina atau memperkecilkan tuan rumah.

Apatah lagi,  awal Januari lalu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, tiada pemimpin PKR, DAP dan PAS yang lebih layak daripada Anwar untuk menjadi Perdana Menteri yang ketujuh sekiranya pakatan menang pilihan raya akan datang.

Jelas, Hairun menghantar mesej jelas Dewan Ulama kepada DAP dan Anwar sendiri bahawa kenyataanya bahawa Haji Hadi lebih layak jadi Perdana Menteri adalah ‘bantahan’ apa diperkatakan Kit Siang dan Guan Eng selama ini.

"Saya ingin bertanya kepada seluruh perwakilan, siapa yang paling terbaik untuk memimpin kerajaan Malaysia akan datang kalau bukan Tok Guru Presiden," kata Hairun.

Hairun berkata, PAS sepatutnya berkempen untuk presiden mereka bagi menjawat jawatan Perdana Menteri dan bukannya untuk pemimpin parti komponen PR yang lain.

"Bukan sebagai alasan untuk menaik-naikkan beliau, tetapi beliaulah orang yang lain layak untuk menjadi pemimpin, Perdana Menteri pada masa akan datang dan kita sebagai anak didik kepada PAS, tidak sepatutnya, kita pula yang berkempen agar orang lain menjadi pemimpin sedangkan negara yang ingin dibawa adalah negara yang berdasarkan syariat.

"Kita meletakkan satu keyakinan bahawa presiden kita orang yang berkaliber untuk memimpin sebuah negara...," katanya mengundang sorakan oleh para perwakilan.

Paling tidak pun kenyataan Hairun itu membuktikan ada pemimpin PAS menilai Haji Hadi lebih ‘bersih’ berbanding Anwar yang terpalit pelbagai kontroversi dan perlakuan moral.

Kepada DAP dan PKR, Anwar adalah aset tetapi bagi sebilangan pemimpin PAS yang belum diresapi pengaruh Anwarinas, bekas timbalan perdana menteri itu adalah liabiliti.

Malah, isu terbaru babitkan anak Anwar iaitu Nurul Izzah berhubung soal kebebasan agama mungkin semakin membuka mata pemimpin dan ahli-ahli PAS bahawa Anwar dan PKR macam dedalu api – merosakkan pokok lain yang ditumpangnya.

Apapun, Anwar mungkin tidak risau tentang impiannya itu kerana selagi bukan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat buat kenyataan Haji Hadi layak jadi Perdana Menteri, Anwar boleh terus mengejar mimpi. 

Saturday, November 17, 2012

Ahli PAS puak yang jahil lagi jahiliyah???


PAS!!!! Apa ada pada PAS?? Ramai ulamak PAS??? Tang maghin sampai sekarang nih.. makin hilang kewarasan.. ingatkan dia berkumpul ramai-ramai di doakan tentang keselamatan rakyat Palestin di Semenanjung Gaza yang diserang oleh Israel rakan sekutu Anwar Ibrahim.

Ni lain pulak halnya.. makin menjadi-jadi doa ularmak gila  dalam PAS nih.. sapa?? Adik Nik Aziz??? Bukan main lagi dia.. Berapa tebal kitab yang dia dah khatam sampai dibenarkan mendoakan kerajaan yang adil dan saksama nih..

Ahli PAS juga mendapat manfaat daripada khidmat kerajaan hari ini. Sebenarnya banyak lagi masalah dalaman PAS yang perlu PAS perbetulkan. Jangan asyik dengan dendam yang tidak berkesudahan.. yang haram dijadikan halal.

Ada dalil yang kata ahli PAS ni wajib diperangi dan diserangi?? Kalau ada pun.. tergamak ker UMNO atau BN nak menjahanamkan mereka??

Doa yang diaminkan oleh ribuan jemaah PAS itu, apa yang kita takut.. takut pula nanti memakan diri mereka. Hukum Allah tetap ada.. Bersedialah terima hukuman daripada Allah Taala di atas doa bala yang dibacakan. Kerajaan BN bukan Israel!! Dan ini satu penghinaan yang kita redhakan. Semoga Allah memberi kesempatan buat mereka menginsafi diri.

PNS anggap ahli PAS puak yang jahil lagi jahiliyah!! BERTAUBATLAH PUAK SYIAH!!


Najib, Morsi bincang serangan Israel



KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerima panggilan daripada Presiden Mesir, Mohamed Morsi membincangkan serangan terbaru tentera Israel dan serangan udara di Gaza.

Dalam panggilan telefon selama 15-minit, kedua-dua pemimpin melahirkan hasrat untuk bekerjasama menamatkan keganasan semasa di Gaza.

Satu kenyataan dari Pejabat Perdana Menteri menyatakan bahawa kedua-dua negara bersetuju mendapatkan broker kuasa antarabangsa untuk mempengaruhi Israel menghentikan pencerobohan tenteranya terhadap rakyat Palestin.

Najib dan Morsi juga menggesa Hamas untuk mengelak daripada tindakan yang akan meningkat konflik ke dalam konfrontasi lebih besar.

Serangan udara Israel sejak dua hari lalu telah mengorbankan 19 penduduk Palestin termasuk enam kanak-kanak dan seorang wanita mengandung. - BERNAMA


Friday, November 16, 2012

PAS sifatkan Nurul Izzah tak perlu taubat?? Ini betul-betul ker??


Ulama PAS sifatkan kenyataan Nurul Izzah perkara kecil, tak perlu bertaubat

Dewan Ulama PAS menyifatkan isu kenyataan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar berhubung kebebasan beragama sebagai kecil dan remeh serta tidak perlu diperbahaskan.

Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Dr Harun Taib berkata pemimpin PKR itu tidak perlu bertaubat kerana beliau bukan melakukan kesalahan besar.

"Isu Nurul Izzah bukanlah besar, tak ada masa saya nak bahaskan isu itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Muktamar Dewan Ulama PAS ke-51, di Kota Bharu pada Khamis.

Sebelum itu, beliau ditanya laporan akhbar berhubung kenyataan beberapa pemimpin termasuk bekas Timbalan Presiden PAS Nasharuddin Mat Isa supaya Nurul Izzah bertaubat ekoran kenyataannya yang menimbulkan kontroversi itu.

Laporan portal berita pro-pembangkang pada 3 Nov lepas memetik Nurul Izzah sebagai berkata: "Rakyat tidak seharusnya dipaksa menganut agama tertentu dan perkara ini juga patut terpakai kepada orang Melayu.

"Apabila anda bertanya saya, tiada paksaan dalam beragama...bagaimana seseorang itu boleh berkata, maaflah, ini (kebebasan beragama) hanya terpakai kepada orang bukan Melayu, ia sepatutnya diguna pakai secara sama rata," katanya pada forum bertajuk "Negara Islam: Versi Mana; Tanggungjawab Siapa?" di Subang Jaya, Selangor.

Menurutnya, beliau akan tetap menegur kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti pakatan pembangkang terutama berkaitan agama, termasuk Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri jika ia ternyata salah.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai kenyataannya terdahulu bahawa golongan ulama akan terus mendominasikan kepimpinan PAS di masa akan datang, beliau berkata ini sebagaimana termaktub dalam perlembagaan parti itu.

Katanya, golongan ulama adalah pewaris Nabi yang bakal mewarisi kepimpinan gerakan Islam di negara ini.
"Dalam hubungan ini, kita tiada kompromi, sampai bila pun PAS akan dipimpin oleh golongan ulama sebagaimana terkandung dalam perlembagaan parti," katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui parti itu juga fleksibel dalam keadaan tertentu, di mana boleh melantik pemimpin bukan daripada kalangan ulama, seperti Allahyarham Datuk Asri Muda sebagai Presiden parti pada satu ketika dahulu.

Bagi menangani isu pemimpin ulama yang uzur kerana faktor usia, Dr Harun berkata ia merupakan salah satu cabaran hebat yang harus dipikul oleh generasi baharu parti itu.

Mengenai percanggahan pendapat berhubung agama antara pemimpin PAS dengan pemimpin parti komponen pakatan pembangkang, beliau berkata, ia tidak menjejaskan hasrat PAS untuk melaksanakan dasar Islam di negara ini.

Katanya, kalau adapun suara-suara sumbang daripada pemimpin DAP, termasuk Karpal Singh mengenai pembentukan negara Islam, ini adalah kerana pemimpin DAP masih belum mendapat penjelasan sepenuhnya daripada PAS.

Sebaliknya, kata beliau PAS telah bersetuju untuk melaksanakan dasar Islam, termasuk syariat Islam dan hukum hudud sekiranya berjaya mentadbir negara