Politik Negeri Sembilan mendapat maklumat terkini dan amat bersimpati apabila mendapat berita bahawa penyokong PAS yang dipukul kepalanya dengan sebuah objek kini berada dalam keadaan koma dan cemas. Penyokong PAS ini dipukul dalam usaha penyokong NGO ini untuk mempertahankan diri apabila diserang beramai ramai.
Keadaan penyokong PAS ini dikatakan tenat dan kemungkinan dalam keadaan yang parah. Difahamkan ramai penyokong PAS yang cedera teruk kerana mereka menyerang secara membabi buta. Sewaktu ahli NGO membuat laporan di balai polis Cembung semalam, mereka berkata tidak seorang daripada mereka yang cedera teruk , malahan tidak ada yang lebam kerana mereka berundur ketika diserang dan menyerang kembali apabila dalam keadaan yang baik.
Ada juga yang berkata bahawa Allah SWT bersama mereka dan merasa sangat hairan kerana mereka terselamat walaupun diserang oleh begitu ramai penyokong PAS dan merasa hairan apabila ramai penyokong PAS yang cedera teruk. Ini sungguh menakjubkan. Cuba tanya bloggers PAS kalau tidak percaya kata mereka.
Friday, October 7, 2011
Siapa yang ganas , Siapa yang menyerang , Siapa dalang sebenar ????? lihat gambar.
| Penyokong PAS yang datang dari luar Rembau mengganas di Rembau. |
![]() |
| INIKAH PERANGAI ORANG ISLAM ????? |
| Che Gu Bard kepala komunis Rembau memanjat pagar bersama penyokong ganas PAS. |
Atas ketidakpuasan hati rakyat dan NGO, mereka telah memasang banner membantah ceramah berkenaan. Mereka semua terdiri dari anak anak Negeri Sembilan semalam telah berarak ke perkarangan rumah Hajah Zaiton untuk menghantar memorandum. Seramai 50 orang NGO yang diketuai oleh seorang bekas major bersara telah mengepalai NGO untuk menyerahkan memorandum. Sebaik mereka tiba di perkarangan rumah , lebih dari 200 ahli PAS dan unit Amal mereka telah menyerang ahli NGO ini dengan besi kayu dan ada yang memukul ahli ahli NGO ini sehingga mereka terpaksa berundur.
Unit Amal telah memacak kayu sepanjang jalan dan mencabut kayu kayu berkenaan untuk memukul NGO.
Keganasan ahli PAS ini sungguh memalukan kerana mereka sanggup menyerang orang melayu yang tidak bersenjata dengan kayu dan juga besi. Budaya komunis nampaknya sudah mula diserapkan di kalangan ahli ahli PAS. Penduduk kampung yang tidak selesa dengan kehadiran orang orang luar ini tidak keluar dari rumah dan hanya orang luar yang memenuhi perkarangan rumah Hajah Zaiton.
Setelah berkompromi wakil PAS bersetuju membenarkan 3 orang untuk berjumpa Mat Sabu dan menyerahkan memorandum , apabila tiba di kawasan rumah hanya dua orang di benarkan masuk. Setelah menyerahkan memorundum , pihak NGO beredar dari kawasan berkenaan.
| Chegu Bard dengan penyokong fasik PAS yang kini menjelma sebagai komunis Bukit Kepong |
| lihat unit amal dan beratus penyokong PAS yang mengganas |
Thursday, October 6, 2011
Bajet bayangan pembangkang sekadar janji populis
PAKATAN pembangkang boleh menjanjikan apa sahaja, hatta 'bulan dan bintang'. Namun rekod di beberapa negeri yang diperintah mereka menunjukkan apa yang dijanjikan kepada rakyat tidak pernah tertunai. Malah dipenuhi pembohongan.
Apabila Anwar Ibrahim kelmarin memperkenalkan 'bajet bayangan'nya menjelang pembentangan Belanjawan 2012 oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen esok, kita semua maklum apa lagilah helah Ketua Pembangkang ini.
Apabila belum berkuasa dan 'poket kosong', semua orang boleh berjanji apa sahaja. Cuba amati manifesto pembangkang pada pilihan raya umum 2008. Banyak janji ditabur belum lagi tertunai.
Apabila Anwar menjanjikan 'bajet bayangannya', semua mata pasti tertumpu kepada janji-janji lepasnya. Biarpun bantuan RM100 yang dijanjikan kepada warga emas sebelum ini belum mampu dilaksanakan, kelmarin dia menjanjikan perkara sama tetapi kali ini menambah pula kepada RM1,000 untuk tempoh setahun termasuk bayaran bonus kepada suri rumah dan menyelaraskan penerima bantuan kebajikan masyarakat kepada RM550 sebulan.
'Bajet bayangan' pembangkang ini tidak ubah seperti janji yang ditaburnya dalam Buku Jingga keluaran mereka jika berkuasa. Hakikatnya, Buku Jingga tidak menjelaskan dari mana sumber kewangan untuk melaksanakan janji-janji tersebut.
Disorot janji pembangkang dalam buku itu untuk memastikan pendapatan isi rumah minimum RM4,000 sebulan jika pakatan pembangkang berkuasa kelak, apakah ia boleh dicapai?
Sumber memberitahu Utusan Malaysia bahawa untuk mencapai pendapatan isi rumah seminimum itu, kadar pertumbuhan ekonomi perlu berada pada tahap 21.7 peratus. Negara China sendiri yang merupakan paling tinggi pertumbuhan ekonominya pun sekadar pada tahap 10 peratus.
Ternyata, rakyat cuba diperbudak-budakkan pembangkang semata-mata untuk memancing undi dengan tawaran pendapatan RM4,000 sebulan tanpa mengira faktor ekonomi.
Jika diamati, kerajaan DAP Pulau Pinang pun gagal menunaikan janji untuk memberi pendapatan isi rumah sebanyak RM6,000 sebulan dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12.
Demikian juga dengan janji pembangkang untuk memastikan Khazanah dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang memiliki konsesi lebuh raya untuk memberi tol percuma. Berdasarkan perkiraan ekonomi, ia kelak akan memakan belanja antara RM50 hingga RM100 bilion.
Jika dilaksanakan, ia akan meningkatkan defisit negara lebih daripada 6.4 peratus dari KDNK. Dengan pendapatan kerajaan RM158.6 bilion pada 2009, melaksanakan janji ini akan menelan kos hampir dua pertiga daripada jumlah keseluruhan pendapatan Kerajaan Persekutuan.
Di sebalik janji-janji ini, bagaimana pula dengan janji Kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menghapuskan Tol Sungai Nyior dan Tol Jambatan Pulau Pinang dalam manifesto PRU-12. Setelah mendapat kuasa, janji itu tidak ditunaikan.
Demikian juga dengan janji pembangkang mahu memberi imbuhan kepada guru sebanyak RM500 seorang setiap bulan, apakah ia boleh terlaksana? Kelmarin, Anwar bercakap tentang pembayaran elaun pendidik sebanyak RM500 dalam 'bajet' tersebut.
Dianggarkan ketika ini terdapat kira-kira 400,000 guru. Jika imbuhan RM500 itu menjadi realiti, maka kos yang diperlukan adalah RM2.4 bilion (sebanyak 0.3 peratus daripada KDNK).
Ketika ini, guru PPSMI kategori ijazah memperoleh elaun lima peratus daripada jumlah gaji dan guru bukan ijazah 10 peratus daripada jumlah gaji masing-masing.
Dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10), sebanyak 60 peratus tumpuan adalah bagi menaik taraf guru kelulusan diploma kepada ijazah yang akan melonjakkan tangga gaji perguruan.
Dalam aspek ini juga seramai 924 guru besar telah menerima ganjaran RM7,500 seorang baru-baru ini kerana berjaya meningkatkan prestasi sekolah masing-masing di bawah Anugerah Tawaran Baru (Bai'ah). Sejumlah lima peratus guru paling cemerlang pula menerima RM1,800 seorang dan selebihnya RM900 seorang.
Pada masa sama, semasa sambutan Hari Guru, kerajaan komited memberi pengiktirafan kepada Guru Cemerlang dengan kenaikan tangga gaji. Malah, sejumlah RM700,000 telah diagihkan untuk Sekolah Berprestasi Tinggi (20 buah sekolah) di bawah NKRA Pendidikan.
'Bajet bayangan' pembangkang kelmarin, juga 'Buku Jingga' mereka hanyalah janji-janji populis untuk meraih undi rakyat semata-mata.
Sumber : utusanonline.

Tuesday, October 4, 2011
SAH chegu bard kaki fitnah !!
Bila DS Nazri Aziz, Menteri di Jabatan Perdana Menteri hari ni sahkan kewujudan cincin bernilai RM 24 juta yang dikatakan dibeli oleh isteri Perdana Menteri.., ini membuktikan dakwaan puak-puak Pakatan memang betul. Cuma yang tak betulnya ialah cincin tu dibeli dan dimiliki oleh DS Rosmah Mansur.
Memang cincin jutaan ringgit tu dibawa masuk ke Malaysia, tapi cuma untuk pameran barangan kemas di ibu negara. Susah sangat ke puak-puak Pakatan nak faham dengan kenyataan tu? Ataupun mereka tu adalah terdiri dari jenis bebal dan suka buat fitnah terhadap orang lain?
Dalam jawapan bertulis kepada ahli parlimen Segambut Lim Lip Eng hari ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz (kiri) berkata, tiada pembelian dibuat terhadapnya.
“Dalam isu yang dibangkitkan ini, SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) telah merujuk kepada JKDM, dan pihak JKDM telah mengesahkan bahawa tiada sebarang pembelian ke atas cincin tersebut.
“Setelah beberapa hari cincin tersebut dikembalikan semula kepada syarikat pemunya cincin berkenaan,” katanya.
Dalam soalannya, Lim meminta perdana menteri menyatakan status siasatan polis, SPRM dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) terhadap dakwaan pembelian cincin bernama ‘Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond’.Dengan penjelasan dari pihak Kastam dan juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri tu, jelaslah kepada kita bahawa puak-puak Pakatan tu semua sebenarnya bukan ada kerja lain. Asyik nak menipu rakyat saja kerja mereka semua.
Apa halnya dikaitkan cincin tu masuk ke Malaysia dengan cincin tu dibeli oleh DS Rosmah? Takkan semua benda yang masuk ke negara ni dibeli oleh isteri Perdana Menteri? Kalau macam tu.., patutnya puak-puak Pakatan kena kata kapal selam Scorpene dan juga segala pelaburan yang masuk ke Malaysia adalah milik DS Rosmah juga lah..
Macam tu juga halnya dengan semua pelancong asing dan pekerja-pekerja luar yang masuk ke dalam negara.. Semuanya dah “dibeli” oleh isteri Perdana Menteri.
Dan semua pemimpin-pemimpin negara luar yang masuk ke Malaysia setakat hari ni pun adalah hasil
“pembelian” dari DS Rosmah juga. Mungkin yang inilah nak dimaksudkan oleh Chegu Bard dan kawan-kawan Pakatan dia bahawa DS Rosmah adalah orang yang paling berkuasa dalam negara.
Kenapalah teruk sangat mentaliti dan pemikiran puak-puak pengikut Anwar Ibrahim tu agaknya? Dan pengikut-pengikut Pakatan pun jadi bodoh juga kerana percaya bulat-bulat semua pembohongan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin atasan mereka.
Semua benda nak dijadikan isu.., dan semua perkara nak di putarbelitkan untuk memburuk-burukkan kerajaan. Hal kebajikan rakyat langsung mereka tak hiraukan sebab asyik berpolitik saja 24 jam. Samalah macam Anwar yang langsung tak pedulikan kawasan Parlimen dia sendiri.
Kalau setakat nama tercatat dalam borang penerimaan Kastam, itu bukan bermakna ia dibeli oleh DS Rosmah. Itu pun Chegu Bard tak boleh nak fikir ke? Macam mana nak jadi pemimpin politik kalau perkara semudah tu pun chegu bard tak mampu nak faham?
Dengan permainan politik tak cukup cerdik macam ni, patutlah Chegu Bard tu asyik kalah je pada Samsul Iskandar @ Sam ketot didalam pemilihan parti PKR. Sekurang-kurangnya, Samsul Iskandar tu cerdik sikit dari chegu bard dalam hal-hal buat fitnah ni..
Datuk Roslan Md Yusof - ADUN Johol kembali ke rahmatullah - Al fatihah
Allahyarham, yang berusia 58 tahun, dimasukkan ke hospital itu untuk menerima rawatan selepas mengadu sesak nafas semalam.
Allahyarham meninggalkan isteri Datin Zawayah Marzuki, 53, dan lapan orang anak, tiga lelaki dan lima perempuan berumur 28 hingga 17 tahun.
Roslan, seorang bekas guru yang mewakili Barisan Nasional (BN) mula memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johol pada pilihan raya umum 2004.
Pada pilihan raya umum 2008, Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Pilah itu mengalahkan calon PAS, Kamarudin Md Tahir dengan majoriti 1,263 undi.
DUN Johol terletak di dalam kawasan Parlimen Kuala Pilah, yang turut mempunyai DUN Senaling, Juasseh, Pilah dan Seri Menanti.
Pada 2009, Allahyarham Roslan dilaporkan mengalami kecederaan selepas terjatuh ketika bermain badminton menyebabkan tulang belakangnya cedera.
Berikutan itu, beliau telah menjalani pembedahan dan fisioterapi di Hospital Kuala Lumpur bagi membetulkan tulang belakangnya awal tahun ini.
Anak sulung Allahyarham Mohd Hafizi, 28, berkata jenazah Allahyarham telah dibawa ke kediamannya di No. 6, Kampung Berambai dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Cabang Dua, Johol, selepas zohor.
-- BERNAMA
Sunday, October 2, 2011
Lopeh satu, satu merapunyo puak pakatan haram ni lah... Tengok apo ni!
SATU, satu. Tak habis-habis dengan momokan isu yang dibawa oleh beberapa pemimpin kanan pakatan pembangkang dalam beberapa minggu ini.
Setelah rakyat dikejutkan dengan gelagat lucu Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengherokan komunis dan kerenah wakil rakyat DAP, Manoharan mahu menukar Jalur Gemilang jika pembangkang berkuasa, muncul pula temberang Ketua Menteri Pulau Pinang dari DAP, Lim Guan Eng mengadu-domba mengklasifikasikan Johor negeri yang tidak selamat bagi pelabur asing.
Sudah mengeluarkan kenyataan kepada media asing di Singapura kemungkinan rakyat Singapura boleh diculik jika berurusan di Johor, kemudian tidak mahu mengaku pula. Alahai!
Meskipun Ketua Polis Johor, Datuk Mohd. Mokhtar Mohd. Shariff memaklumkan bahawa trend penurunan indeks jenayah yang dicatatkan di Johor jelas membuktikan keadaan keselamatan di negeri itu terjamin bukan sahaja untuk rakyat Johor tetapi rakyat asing, Setiausaha Agung DAP itu tetap merasakan dirinya sahaja yang betul.
Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman sendiri terkejut dengan kenyataan Guan Eng ini. Setelah ‘lari’ dari kota Melaka, mencari tapak politik di Pulau Pinang sehingga diterima oleh masyarakat Cina di sana, dia semakin celupar pula memburuk-burukkan negeri lain.
Johor, kata Abdul Ghani, antara negeri yang berjaya menarik pelabur asing pada paras tertinggi di Malaysia. Katanya, jumlah pelaburan yang berjaya dibawa masuk ke Iskandar Malaysia sahaja mencapai RM76 bilion dan dijangka meningkat pada tahun mendatang. Jika dibandingkan dengan Johor, Pulau Pinang jauh ketinggalan.
Realitinya, jenayah adalah isu sejagat. Di mana-mana negara di dunia pun, pencegahan jenayah secara total tidak mungkin dapat dicapai. Oleh demikianlah saudara Guan Eng, kerajaan memandang serius isu pencegahan jenayah dan meletakkan keutamaan pengurangan jenayah sebagai salah satu daripada enam teras Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA).
Kajian dan analisis Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan beberapa fakta utama tentang jenayah jalanan iaitu empat negeri mewakili lebih 70 peratus daripada kes jenayah jalanan. Keempat-empatnya ialah Kuala Lumpur, Johor, Selangor serta Pulau Pinang, negeri yang diketuai Guan Eng.
Lebih kurang 30 peratus daripada kesemua jenayah jalanan adalah curi ragut. Dadah pula memainkan peranan utama. Hampir 50 peratus daripada mereka yang ditahan untuk curi ragut merupakan penagih dadah tegar.
Justeru pada Ogos 2009, PDRM melancarkan usaha komprehensif mengurangkan jenayah jalanan sebanyak 20 peratus menjelang Disember 2010. Ia tertumpu kepada empat negeri tersebut.
Berbalik kepada Guan Eng, sepatutnya dia mengambil contoh sikap pemimpin Barisan Nasional yang diketuai Perdana Menteri. Apabila berkunjung ke luar negara mencari pelaburan dan peluang pekerjaan, tidak pernah mereka memburukkan negeri yang dipimpin oleh pembangkang.
Namun Guan Eng dan ‘sifu‘nya yang juga Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak ada sikap ini. Kedua-duanya memburukkan tanah air sendiri. Gelagat Guan Eng menyelar Johor juga dikaitkan beberapa pihak sebagai cubaan meniru (echo) kenyataan-kenyataan yang pernah disuarakan oleh bekas Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew.
Siapa yang akan lupa apabila Kuan Yew mengeluarkan kenyataan bahawa adalah penting bagi Singapura, sebagai negara majoriti rakyatnya berketurunan Cina, untuk berdepan dengan negara-negara yang lebih besar yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Siapa juga ‘bisa’ lupa apabila Kuan Yew terus dengan gelagatnya mengeluarkan kenyataan bahawa Malaysia dan Indonesia, mempunyai masalah dengan penduduk keturunan Cina mereka. Orang Cina Malaysia dan Indonesia, kata Kuan Yew berjaya dan mereka bekerja kuat dan sebab itu dipinggirkan secara sistematik.
Memegang kata-kata Najib: “Jenayah berlaku apabila ada peluang dan kita percaya dengan mengurangkan peluang, maka kadar jenayah akan dapat dikurangkan.”
Guan Eng janganlah anda cuba sabotaj Johor. Dikhuatiri, ibarat gunting dalam lipatan, diam-diam ada pula musuh di kalangan kita!
Saturday, October 1, 2011
Sembilan persatuan bergabung anjur majlis Hari Raya Aidilfitri
SEREMBAN 30 Sept. - Sebanyak sembilan persatuan di negeri ini bergabung menganjurkan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang berlangsung dengan meriah dan penuh warna-warni di sini, kelmarin.
Majlis yang diadakan dengan kerjasama Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) negeri ini dikenali sebagai Majlis Amal Sumbangsih Ukhuwah Hassanah, Ummad Mahabbah Baldatun Thoiyibbah.
Majlis itu lebih bermakna apabila enam persatuan yang bukan ahli gabungan NCWO bergabung menjayakan sambutan berkenaan.
Ia terdiri daripada Persatuan Cina Muslim Malaysia Cawangan Negeri Sembilan (NS) (MACMA), Kongres India Muslim Malaysia NS (KIMMA NS), Persatuan Darus Saadah (MRA), Badan Kebajikan Orang Asli Islam NS (BKOAI), Persatuan Parkinson NS (PPNS) dan Persatuan Orang Pekak NS (NESDA).
Lebih 300 orang yang terdiri daripada ahli-ahli persatuan, ahli keluarga mereka, Orang Asli, ibu tunggal, anak yatim, pesakit Parkinson, Orang Kurang Pendengaran yang terdiri daripada berbilang bangsa dan agama menghadiri majlis tersebut.
Yang Dipertua NCWO negeri ini, Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin berkata, ia kali pertama gabungan sembilan persatuan mengadakan majlis Hari Raya Aidilfitri yang sangat meriah.

Subscribe to:
Posts (Atom)