Pasangan Nurul Izzah Anwar dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim berkata mereka amat sedih dengan "cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini".
"Keluarga kami menjadi keutamaan," kata pasangan itu dalam satu kenyataan petang ini.
Ia sebagai reaksi kepada spekulasi meluas bahawa ahli Parlimen Lembah
Pantai itu memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah
syariah.
Menurut Star Online, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta
mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap
suaminya Raja Ahmad Shahrir bulan lalu.
"Kami ucapkan terima kasih kepada semua yang melahirkan keprihatinan,
dan kami memohon semua pihak agar diberikan ruang peribadi pada
waktu-waktu ini," kata mereka dalam kenyataan tiga perenggan itu.
PNS Komen : Rasanya susah pasangan ini mahu menyelamatkan perkahwinana mereka kerana yg filekan saman adala Nurul Izzah. #TatapIzzah
No comments:
Post a Comment