Panas...panas... seorang lagi bekas pemimpin kanan Indonesia tampil menjelaskan 'perjanjian sulit' yang dibuat antara Datuk Seri Najib Razak dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bekas menteri undang-undang dan hak asasi manusia Indonesia, Hamid Awaludin berkata Anwar telah meminta satu perjanjian diadakan untuk memastikan Najib menyerahkan kuasa sekiranya pembangkang memenangi PRU13, kata beliau yang merupakan SAKSI pertemuan yang diadakan antara bekas Naib Presiden Indonesia dan Anwar di Jakarta pada April lalu.
Hamid berkata "oleh kerana tidak terdapat sebarang perkara yang boleh membatalkan perjanjian itu, yang dibuat menjelang PRU-13 atau pada hari pengundian, maka perjanjian berkenaan terus terpakai".
Bagaimanapun, "keadaan berubah apabila Najib diisytihar sebagai pemenang" katanya sambil menjelaskan bahawa Anwar meminta perjanjian itu diadakan kerana beliau "yakin akan mencapai kemenangan pada pilihan raya itu berdasarkan hasil pungutan pendapat yang sering menyebelahinya dan jumlah hadirin pada majlis ceramah anjuran Pakatan Rakyat".
Hamid, yang pernah berkhidmat sebagai duta besar Indonesia ke Rusia dan Belarus dari 2008 hingga 2011, memberitahu beliau turut hadir pada perbincangan yang diadakan antara bekas naib presiden Indonesia Jusuf Kalla dengan Anwar.
"Jusuf Kalla sekadar memenuhi permintaan Anwar supaya beliau menjadi orang tengah. Bukan beliau (Jusuf) yang mengambil daya usaha agar perjanjian itu diadakan atau pergi berjumpa Anwar," katanya.
Laporan media baru-baru ini menyebut Anwar menafikan beliau memungkiri perjanjian damai yang diatur Jusuf dan mendakwa bekas naib presiden Indonesia itu menemuinya untuk menawarkan bantuan bagi memastikan urusan selepas PRU13 berjalan secara teratur.
Bagaimanapun, satu laporan lain pula menyebut Anwar mengaku beliau ada membuat perjanjian dengan Najib, yang menyaksikan Jusuf sebagai orang tengahnya, tetapi mendakwa BN menjadikan perjanjian itu terbatal berikutan cara parti gabungan itu melancarkan kempennya.
PRU-13 menyaksikan BN, yang diterajui Najib, kembali berkuasa apabila memenangi 133 daripada 222 kerusi parlimen.
Oleh kerana tidak berpuas hati dengan keputusan itu, Anwar dan Pakatan Rakyat mengadakan perhimpunan di seluruh negara sejak 8 Mei dengan mendakwa berlaku penipuan pilihan raya.
Bernama melaporkan Hamid berkata Anwar tahu Najib tidak menandatangani perjanjian itu, "tapi Najib memberi jaminan beliau akan mematuhi perjanjian itu."
"Beliau menerima perjanjian itu," kata Hamid dan menambah bahawa Najib mengotakan janjinya serta menyeru ke arah penyatuan nasional ketika berucap apabila BN diisytiharkan kembali berkuasa.
"Tindakan Najib ini menepati apa yang telah beliau ucapkan," katanya.
Malah, kata Hamid, sehari selepas kemenangan Najib, beliau tetap optimistik perjanjian itu akan terus terpakai dan kedua-dua pihak akan mematuhinya. Tetapi, Anwar memungkirinya," kata beliau.
"Saya rasa Anwar masih tidak dapat menerima hakikat politik," katanya.
Berikut adalah soal jawab dengan Hamid:
S:Anwar Ibrahim mendakwa Jusuf Kalla yang menghubunginya, tapi Jusuf Kalla pula berkata Anwarlah yang menghubunginya. Mana yang betul?
J: Saya hadir pada perbincangan antara Jusuf Kalla bersama Anwar dan Najib.
Jusuf Kalla hanya memenuhi permintaan Anwar agar beliau menjadi orang tengah.
Beliau tidak memulakan daya usaha ke arah itu atau menemui Anwar. Jusuf Kalla tidak ada sebarang kepentingan politik dan ekonomi di Malaysia.
Beliau sibuk dengan urusannya mengenai Indonesia. Jadi, kenapakah beliau perlu mengambil daya usaha itu dan bertemu dengan Anwar? Ini tidak logik.
Jusuf Kalla menganggap Anwar dan Najib sebagai sahabat baiknya. Beliau ingin membantu kerana mereka terlibat dalam satu persaingan yang begitu sengit. Beliau melihatnya begitu.
Kenapa kerajaan lantik Azeez Mamak Rahim sebagai Pengerusi Tabung Haji ?
ReplyDeleteRukun Islam kelima kepada semua umat Islam di seluruh negara. Menunaikan Haj di tanah suci. Sekarang dengan perlantikan Azeez, siapa ada duit boleh menunaikan Haj, siapa yang tidak dapat bayar duit poket tidak akan dapat pergi.
TABUNG HAJI AKAN JADI EKSKLUSIF SEPERTI KEDAI ROLEX ATAU FERRARI. Rakyat biasa akan mula tolak Tabung Haji dan terpaksa menggunakan kemudahan yang lain untuk menunaikan Haji di tanah suci.
Kuota untuk Tabung Haji akan di pegang oleh Azeez Rahim supaya anak beranak, seluruh UMNO yang dia berhutang kepada boleh di lepaskan dengan memberi PERCUMA kepada mereka menunaikan Haj di tanah suci. Kesucian Agama kita sudah tercemar dengan perlantikan perompak ini sebagai pengerusinya. Bukan Presiden UMNO ini tidak tahu. Mesti dia sudah dapat laporan demi laporan penipuan ahli perniagaan Azeez ini kepada hampir semua pemimpin dalam UMNO dan di luar. Berapa ramai yang sudah terpedaya dengan dia ? Berapa ramai sudah di tipu dia ?
Adakah pemimpin UMNO yang lain hanya akan duduk dan jadi YES MAN seperti dalam pentadbiran Mahathir dan Pak Lah ? Adakah kesucian Haji sudah tidak bermakna lagi kepada teras kepimpinan UMNO sampai melantik seorang penipu perompak sebagai Pengerusi Tabung Haji di terima sebulat suara oleh mereka ?
Jangan sampai UMNO jadi pembangkang selepas Pilihanraya UMUM ke 14.