Tiada sebarang pertukaran kerusi di Parlimen Telok Kemang daripada MIC kepada UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-13.
Ketua UMNO Bahagian Telok Kemang, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad
berkata, secara tradisinya kerusi tersebut ditandingi wakil Barisan
Nasional (BN) daripada MIC.
Sehubungan itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan
Pinang meminta para pengundi tidak mendengar khabar angin mengenainya
kerana keputusan muktamad akan dibuat pucuk pimpinan apabila tiba
masanya kelak.
"Sudah menjadi tradisi calon MIC akan bertanding bagi merampas semula
Parlimen tersebut yang sebelum ini dimenangi Parti Keadilan Rakyat
(PKR). Jadi jangan dengar sebarang khabar angin sehingga keputusan
dibuat.
"Pembahagian kerusi diputuskan pucuk pimpinan dan kita akan sokong siapa sahaja calon daripada BN yang bertanding," katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan program Felda Di Hati
Janji Ditepati di Dewan Tan Sri Dr. Mohd. Yusof Noor, Felda Palong Dua,
dekat sini semalam.
Dalam pilihan raya umum 2008, calon BN, Datuk S. Sothinathan tewas
kepada calon PKR, Datuk Kamarul Baharin Abbas di kerusi Parlimen Telok
Kemang dengan majoriti 2,804 undi.
Siapa calon tidak kira dari UMNO atau MIC, tanggung-jawab ahli parti ialah untuk memenangkan calon pilihan Presiden parti. Dah monang sok kok nak boghamok balik, boghamoklah.. Ini maso untuk mematuhi keputusan pimpinan parti.
ReplyDelete