Friday, September 30, 2011

ISU HUDUD: Buku Jingga tak berguna bagi Nik Aziz? Klik baca sini...

Dengan cara halus lagi licik,sebenarnya mereka menolak perlaksanaan hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan  TGNA ( Datuk Nik Aziz Nik Mat).


Kalau kita ambil secara reverse, keputusan semalam (Rabu malam) bermakna "kalau TGNA masih berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan, bermakna TGNA melanggar Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay!".

Itulah sebenarnya kesan keputusan semalam (28 September).

Itu antara ulasan Ahli Parlimen Bebas Kulim Bandar Bharu,Zulkifli Nordin  mengenai keputusan mesyuarat majlis pimpinan pakatan pembangkang Rabu malam.

INI KENYATAAN PENUH YB ZULKIFLI NORDIN...

Salam 2 all.

"Mesyuarat Pakatan Rakyat malam ini memperakui dan mempertahankan dasar-dasar bersama yang telah dipersetujui sebelum ini, sepertimana terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan, Dasar Bersama [iaitu Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis] dan Buku Jingga".

Itulah kenyataan bersama kepimpinan PaLut @ Pakatan Luar Tabi'e yang bermesyuarat selama 3 jam malam semalam membuat satu keputusan yang cukup jelas: kami faham hasrat TGNA nak laksanakan hudud di Kelantan tapi kami MENOLAKNYA kerana bertentangan dengan dasar PaLut! Itulah rumusan yang boleh dibuat daripada kenyataan berputar-belit Anwar Ibrahim selepas mesyuarat semalam!

Sebenarnya keputusan mesyuarat kaum PaLut semalam boleh disimpulkan dengan dua perkara yang jelas iaitu:

1. Dengan cara halus lagi licik, sebenarnya mereka menolak perlaksanaan hudud di Kelantan seperti yang dicadangkan TGNA. Kalau kita ambil secara reverse, keputusan semalam bermakna "kalau TGNA masih berkeras mahu melaksanakan hudud di Kelantan, bermakna TGNA melanggar Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay!". Itulah sebenarnya kesan keputusan semalam. Bermakna mereka menyebelahi pendirian kaum cauvinis biaDAP dan tunduk kepada desakan Karpal dan ugutan Guan Eng! Ini satu tempelak kepada TGNA. Ini satu penghinaan kepada TGNA; kerana TGNA yang cabar biaDAP keluar Pakatan kalau tidak mahu hudud dilaksanakan di Kelantan, tau-tau Anwar dan kaumnya tunduk dan mengikut telunjuk Karpal, Kitsiang, Guan Eng dan parti cauvinis biaDAP!

2. Tetapi isu yang lebih besar yang perlu umat dan rakyat, khususnya ahli PAS faham ialah Deklarasi Perjanjian Persefahaman 18 Dis & Dasar Buku Jinggay sebenarnya secara halus dan licik menolak Islam! Jelas bahawa dasar kaum PaLut ialah tidak akan menubuhkan sebuah Negara Islam dan melaksanakan undang-undang Islam (termasuk hudud, qisas & ta'zir) jika Pakatan dapat menjadi Kerajaan!!!
Ini yang perlu orang PAS faham. Sebab itulah Datuk Seri Azizan terpaksa sebut "Kerajaan PAS Kedah tidak akan laksanakan hudud, kerana kita perlu rujuk dan mendapat persetujuan biaDAP dan PKR dahulu". Sebab itu Haji Hadi tiba-tiba jadi buta tolak negara Islam kerana "takde dalam Quran". Kepimpinan PAS telah menjadi "syaitan bisu" bila berdepan dengan isu hudud ini.

Teman cukup yakin ramai dikalangan mereka berharap TGNA akan tutup mulut, sebab akan memecahkan tembelang bahawa mereka sebenarnya sudah bersetuju dengan persekongkolan bersama biaDAP & PKR bahawa PAS tidak akan tubuhkan negara Islam & laksanakan undang-undang Islam. Sebenarnya, kepimpinan PAS telah menjadi politikus kalkatus yang telah menjual dan menggadai perjuangan PAS untuk menubuhkan Daulah Islammiyyah & melaksanakan undang-undang Islam kerana terpedaya dengan pukauan cahaya mahkota Putrajaya. DAN ramai ahli PAS tidak tahu hakikat dan kebenaran ini!!!

Anwar menyatakan bahawa kaum PaLut tetap dengan dasar mematuhi dan melaksanakan Perjanjian Persefahaman 18 Dis 2009 dan Dasar Buku Jinggay. Apa yang jelas kedua-dua dokumen tersebut tidak menerima penubuhan sebuah negara Islam dan perlaksanaan syariat termasuk hudud sebagai dasar kaum PaLut jika memerintah. Ini yang telah teman sebut banyak kali sejak daripada dahulu lagi, dan menjadi antara sebab akhirnya teman dipecat kerana tidak bersetuju. Kerana pada teman, Perjanjian Persefahaman 18 Dis itu sebenarnya menggadai Islam dengan cara halus, menolak tanpa menyebut; betul-betul cara Yahudi la'natullah!

Dan cukup jelas, selain TGNA, kepimpinan PAS yang lain tunduk kepada kehendak, ugutan dan desakan biaDAP. Ini kerana ramai barisan kepimpinan PAS yang turut hadir dalam mesyuarat 3 jam itu. Kaum biaDAP pula diwakili oleh juara kafir-harbi la'natullah mereka Kitsiang dan Karpal. Setelah 3 jam berbincang, apa yang jelas ialah kepimpinan PAS yang hadir tunduk kepada ugutan dan tuntutan biaDAP. Seorang pun tak bersuara mempertahankan cadangan TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan semasa didalam sidang akhbar tersebut. Kasian TGNA berseorangan nampaknya!

Teman pelik jugak yop, apa agaknya yang hebat sangat kaum cauvinis biaDAP ni sampai Anwar dan kaum Anwarinas begitu takut dengan mereka. Adakah kerana Karpal "tahu banyak rahsia Anwar"? Jangan lupa Karpal yang mendedahkan kegiatan homoseks dan liwat Anwar dalam Parlimen pada 22.10.1997, siap dengan kata ada bukti lagi. Jangan lupa mentor Kitsiang & Anak Jantannya iaitu Lee Kuan Yew pernah sebut "Bahagian Keselamatan Singapura mempunyai "bukti teknikal" tentang "kegiatan" Anwar". Teman sudah sebut banyak kali, isu-isu ini boleh diguna oleh mereka yang berkenaan untuk mengugut dan menekan Anwar Ibrahim apabila ada keperluan. Cuba bayang baru berapa hari lepas Anwar buat kenyataan konon menyokong hudud, tau-tau dalam kenyataan semalam langsung dia tak berani sebut dia menyokong TGNA untuk melaksanakan hudud!

Apapun, pada teman, keputusan kaum PaLut saperti yang dinyatakan oleh Anwar semalam jelas satu penghinaan besar kepada Kerajaan TGNA, dan kepada peribadi TGNA sendiri. Kerana TGNA sendiri yang mencabar Karpal & kaum biaDAP untuk keluar Pakatan Luar Tabi'e ini jika tidak setuju dengan kehendak TGNA untuk melaksanakan hudud di Kelantan. Karpal & kaum cauvinis biaDAP menjawab TGNA sudah nyanyuk (kerana lupa Perjanjian Persefahaman 18 Dis), seorang tua yang merengek mahukan perhatian (macam kata Azmin Ali kepada Mustafa Ali dulu), dan anak jantan Kitsiang siap ugut nak keluar PaLut jika TGNA teruskan hasrat. Akhirnya mereka tolak perlaksanaan hudud di Kelantan sebagai tidak termasuk dalam dasar kaum PaLut. Ini sudah tentu memalukan TGNA, kerana TGNA dah cabar biaDAP keluar kalau tak mahu hudud. Alih-alih TGNA yang dihina sekarang!
Pada teman, jalan paling terhormat untuk TGNA sekarang ialah mengeluarkan fatwa supaya PAS hendaklah keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Atau kalau PAS sendiri masih tunduk kepada desakan dan kehendak biaDAP, maka sangat wajar TGNA membawa Kerajaan PAS Kelantan keluar daripada Pakatan dan bergerak sendirian. Inilah jalan paling selamat bagi TGNA. TGNA sudah tentu tahu bahawa yang nak menjawab dengan ALLAH nanti ialah beliau sendiri. Masa tu Haji Hadi tak boleh tolong, Mustafa Ali tak boleh bantu, Mat Sabu entah kemana masa tu, Anwar mungkin sibuk bersilat dengan malaikat nak mintak tangguh, Karpal, Kitsiang & Guan Eng entah ke tengah kena rebus dah!

Dan kalau TGNA ikhlas mahu melaksanakan hudud, qisas & ta'zir di Kelantan, teman akan menjadi orang pertama menyokong TGNA dan akan membantu sedaya upaya supaya impian TGNA itu tercapai. It's better die trying, rather then living with nothing!

MENDIRIKAN DAULAH ISLAMIYYAH ITU JIHAD!
MELAKSANAKAN SYARIAT ISLAM ITU JIHAD!

Wallahua'alam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Khamis
01 Zul Qaedah 1432
29 Sept 2011

Thursday, September 29, 2011

PAKATAN RAKYAT TOLAK HUDUD ???? APA KORANG NAK CAKAP WAHAI JUMUD PAS

TERKINI!!! Keputusan Mesyuarat Pakatan..

Keadaan dalam bilik mesyuarat Pakatan.. Nampak sangat Kit Siang dengan Karpal yang dominan...

Hahahahaha..., seperti yang dijangka.., keputusan sebulat suara mesyuarat Pakatan telah bersetuju bahawa Hudud tak akan dilaksanakan..

Anwar selaku Ketua Umum Pakatan mengisytiharkan bahawa Hudud tiada dalam agenda Pakatan Rakyat..

So.., ni bermakna PAS hanya mengalami ejakulasi Pramatang apabila Nik Aziz beria-ia nak sangat Hudud dilaksanakan di Kelantan..

Sekarang ni apa kata Nik Aziz dan puak-puak PAS semua? Gua yakin Karpal dan Kit Siang dah berjaya manipulasi Anwar untuk tolak Hudud PAS..

Macam kata Nik Aziz hari tu.., dia suruh DAP keluar Pakatan kalau tak setuju dengan Hudud.. Now.., berani ke PAS keluar Pakatan bila majoriti dalam tu tak setuju Hudud dilaksanakan?

PAS dan Nik Aziz takut kat Tuhan or takut pada Anwar dan DAP????? Cer cite...cer cite...

Wartawan media sedang beraksi...

Tuesday, September 27, 2011

PENYOKONG PAKATAN RAKYAT BALING BATU KEARAH MAT SABU DI SEREMBAN

Seremban - PAS kawasan Seremban mendakwa tindakan mereka yang membaling batu menyerang dan menimbulkan  kekecohan pada majlis  Aidilfitri serta ceramah Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu di Ampangan kelmarin adalah tindakan  dirancang.

Yang Dipertua Pas kawasan Seremban, Mk Ibrahim Abd Rahman berkata, bentuk serangan yang dilakukan pihak terbabit jelas menunjukkan mereka telah menyusun strategi daripada peringkat awal.

"kita berpendapat ia tindakan dirancang sebab ia dilakukan secara langkah demi langkah. Kehadiran mereka pada malam itu bukan mahu menyerahkan memorandum, kerana sebarang kertas pun kita tidak nampak."

Kalau ianya terancang tentulah ada orang dalam yang rancang sebab orang dalam saja yang tahu apa  yang telah dirancang. Untuk pengetahuan MK Ibrahim yang membuat serangan itu sebenarnya adalah ahli Pakatan rakyat yang tidak puas hati dengan Mat Sabu.

Hanya orang Pakatan Rakyat sahaja yang berani menyerang dikubu sendiri dan perangai ini hanyalah perangai militan PAS dan juga  samseng Pakatan Rakyat. Menurut  MK Ibrahim lagi protes yang dianjurkan ini menghalang sistem demokrasi negara. MK Ibrahim mungkin lupa akan protes BERSIH , tidak kah protes BERSIH menghalang sistem demokrasi negara.

Apa yang berlaku ini memberikan gambaran bahawa rakyat sudah bosan dengan cara  kepimpinan PAS sehingga ahli PR sendiri sanggup melakukan protes terhadap  Pemimpin tertinggi mereka.

Saturday, September 24, 2011

DAP tetap tentang 'HUDUD'...

DAP terus berkeras akan menentang sesiapa sahaja yang mahu melaksanakan hukum hudud di negara ini termasuk sekutu mereka dalam pakatan pembangkang, Pas.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, parti itu juga membantah cadangan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat untuk melaksanakan hudud di Kelantan.

“Cadangan Nik Abdul Aziz itu boleh menjejaskan kesepakatan Pakatan Rakyat (PR) dalam menghadapi pilihan raya akan datang,” katanya semalam.

Karpal secara sinis berkata,bukan mudah bagi Pas untuk melaksanakan hudud di Kelantan sekalipun jika tidak ditentang oleh DAP

“Pendirian Pas bercanggah dengan dasar pakatan pembangkang dan bercanggah dengan apa yang sudah ditetapkan Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi negara.

“Apa juga undang-undang berhubung kesalahan jenayah adalah termasuk dalam bidang kuasa Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Beliau juga hairan dengan kenyataan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang secara peribadi menyokong hasrat Nik Aziz menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud.

Anwar dalam satu kenyataan kelmarin menyokong Menteri Besar Kelantan itu yang sudah lebih sedekad berhasrat mahu melaksanakan hudud sambil berkata, undang-undang itu turut melindungi hak bukan Islam.

Karpal berkata, cadangan Nik Aziz mewujudkan negara Islam serta pelaksanaan hukum hudud sebagai membelakangi keputusan Muktamar Tahunan Pas ke-57, pada Jun lalu yang menukar dasar penubuhan negara Islam kepada negara berkebajikan.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, parti itu tidak sekali-kali akan bersetuju dengan cadangan Pas melaksanakan hudud.

“Pendirian kita konsisten dalam perkara ini. Bagaimanapun DAP tetap boleh bekerjasama dengan Pas dalam hal-hal yang lain, yang kita sudah persetujui bersama sebelum ini, tidak termasuk hudud,” katanya.

Menurut Guan Eng, manifesto PR yang sudah dipersetujui ketiga-tiga parti tetap akan menjadi komitmen bersama.

“Perkara itu sudah dinyatakan dengan jelas dalam Buku Jingga. Hudud tidak termasuk dalam persetujuan bersama itu. Oleh itu, ia hanya pandangan peribadi Nik Aziz ataupun parti Pas saja,” katanya.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang, dalam laman sosial :Twitter :berkata, DAP konsisten dengan pendirian menolak penubuhan negara Islam serta hukum hudud yang dicadangkan PAS dan menganggap ia tidak sesuai dilaksanakan di negara ini.

Kit Siang berkata, hasrat Pas menubuhkan negara Islam dan hukum hudud bertentangan dengan dasar pakatan itu sebelum ini dan sebarang perubahan perlu diputuskan ketiga-tiga parti.-SH-

Friday, September 23, 2011

Nik Aziz Kata Kelantan Kondusif Hudud, Kenapa 17 Tahun Tertangguh?

Oleh Ali Salleh
Sama ada sebab politik atau memang tidak mahu laksana, hudud dan qisas Kelantan sudah 17 tahun tertangguh. Undang-undang sudah ada namun apa yang kerajaan Pas tunggukan lagi.

Tetapi Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam kenyataannya kepada media berkata, hukum hudud masih belum sesuai dilaksanakan di negara ini, termasuk Kelantan, kerana Malaysia tidak mencapai tahap suasana kondusif sebelum melaksanakan syariat Islam itu.

Katanya jika dilaksanakan juga, ia akan menimbulkan ketidakadilan kepada semua pihak dalam masyarakat majmuk di negara ini. Ini kerana kefahaman terhadap hudud sama ada orang Islam dan bukan Islam masih cetek serta kemiskinan, masalah sosial dan jenayah masih berleluasa.

Bagaimana hudud hendak dilaksanakan sedangkan Kelantan hadapi masalah sosial semakin buruk biarpun di bawah naungan Pas membangun bersama Islam.

Ini terbukti apabila Kelantan duduk ditangga teratas jumlah orang yang menghidap HIV/AIDS berbanding negeri-negeri lain. Mengikut statistik Kementerian Kesihatan, nisbah orang yang dijangkiti HIV/AIDS ialah 28.8 dari setiap 100,000 rakyat negeri ini.

Kadar nasional hanya 12.9 daripada 100,000.

Kelantan juga mencatatkan peningkatan mendadak bilangan kes rogol membabitkan remaja perempuan berusia 13 hingga 15 tahun dalam musim perayaan ini dan Lebih malang dalam kebanyakan kes, mangsa dirogol secara bergilir-gilir.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Mazlan Lazim berkata, dalam tempoh seminggu sebelum dan selepas 1 Syawal lalu jenayah itu bertambah mendadak. Beliau yang bimbang jenayah rogol secara bergilir-gilir menjadi trend terkini remaja di negeri itu bagaimanapun tidak menyatakan bilangan kes dalam tempoh itu.

“Walaupun kes dicatatkan masih rendah iaitu 197 sepanjang lapan bulan pertama tahun ini berbanding 206 kes dalam tempoh sama tahun lalu, tetapi ia meningkat dalam tempoh dua minggu lalu,” katanya.

Malangnya Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menolak kenyataan Bekas Mufti Perak itu bahawa Malaysia terutamanya Kelantan belum kondusif untuk melaksanakan undang-undang Hudud dan Qisas.

Beliau, yang juga Mursyidul Am Pas, berkata pelbagai usaha dilakukan Pas terutama di negeri Kelantan untuk menjayakan suasana kondusif bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu sejak undang-undang hudud diluluskan pada 1993.

Katanya, kerajaan Pas telah melaksanakan pelbagai program kebajikan untuk meningkatkan ekonomi rakyat sebelum melaksanakan hudud agar tidak timbul faktor kemiskinan menjadikan rakyat mencuri.

“Kita Al-it’am(iaitu pemberian beras secara bulanan kepada rakyat miskin), Al-Ziwaj (bantuan perkahwinan) dan projek ladang rakyat. Kita juga telah melantik orang yang mahir dalam ilmu fekah dan bukan ahli politik, untuk menjadi tok kadi dan tok hakim bagi melaksanakan undang-undang itu,” katanya.

Soalnya jika benar Kelantan sudah sedia laksana hudud, kenapa Pas tidak laksanakan hudud sekarang.
Adakah terlalu takut kepada parti anti Islam kepada DAP, sekutu pembangkang. Kesimpulannya apakah Pas kini takut kepada tuhan atau takut tidak dapat memerintah negara.

Jangan jadikan alasan Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed pada ketika itu menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan, kerana ia sudah lama bersara. Kelantan sudah tiada halangannya.

DAP panas, bila terkena batang hidung sendiri...

BILA terkena batang hidung sendiri, barulah merasai bahangnya. Acap kali memprovokasi pihak lain tetapi bila membabitkan malu anggota atau pemimpin parti sendiri, tahu pula merayu pihak yang selalu menjadi bahan lekehnya untuk tidak pula mengecam partinya.

Itulah gelagat Setiausaha Kebangsaan DAP yang juga Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok ketika membela wakil rakyat partinya, ADUN Kota Alam Shah, M. Manoharan yang mendesak supaya ditukar Jalur Gemilang.

Dipetik oleh organ DAP, Roketkini baru-baru ini, Teresa meminta BN khususnya UMNO tidak memainkan isu itu untuk kepentingan politik dengan 'menyerang' Manoharan dan pakatan pembangkang di media arus perdana.

Sepatutnya, ujar Teresa, para pemimpin BN menumpukan lebih perhatian kepada isu yang jauh lebih penting iaitu berkenaan penggubalan dua undang-undang baru yang dikatakan akan menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Barangkali Teresa tidak mengerti atau pura-pura 'membutakan hati' dengan menganggap isu ditukarkan sahaja Jalur Gemilang yang dihasut oleh Manoharan hanya isu remeh dan akan lenyap begitu sahaja dari ingatan rakyat Malaysia apabila Manoharan memadamkan komen kontroversinya itu di facebook.

Cuba Teresa bayangkan jika hasutan Manoharan ini tidak dibantah keras di media arus perdana sehingga mencetuskan api amarah - mungkin Manoharan akan lebih angkuh lagi mahu mengubah sejarah warisan negara yang lain. 

Ironinya, kenyataan-kenyataan berunsur kontroversi daripada para pemimpin DAP bukan benda baru.
Di Sarawak pada kempen pilihan raya negeri itu April lalu, calon DAP, Violet Yong dikatakan menghina kaum Melanau dan Ketua Menteri, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dalam satu ceramahnya di Kuching. Antara lain, dia menyebut, Abdul Taib tidak layak memerintah Sarawak kerana Ketua Menteri itu dari keturunan Melanau yang juga kaum minoriti di negeri itu. Tambahnya lagi, hanya Cina yang layak memerintah Sarawak kerana Cina majoriti di sini.

Sentimen perkauman diambil kesempatan secara licik oleh DAP dengan menguar-uarkan dalam kempen agresifnya mendesak pengunduran segera Abdul Taib tanpa belas kasihan. 

Mengundi BN, dakwa DAP, bermakna menyokong Abdul Taib untuk terus berkuasa. Sedangkan kalau direnung-renungkan kepimpinan Penasihat DAP yang juga penyandang kerusi Ipoh Timur, Lim Kit Siang, peguam, Karpal Singh serta Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat juga memasuki usia senja. 

Gelagat menghina kepimpinan kerajaan negeri Sarawak semakin teruk, poster Abdul Taib dipaparkan dengan ayat menghina dan mengundang rasa tidak puas hati penyokong dan ahli BN. 

Satu perkataan dalam ayat itu adalah 'asuk' yang bermaksud anjing dalam bahasa Sarawak bersama gambar seekor anjing berhampiran gambar Abdul Taib. 

Pemasangan poster itu yang turut diletakkan di beberapa kawasan awam khususnya tumpuan ramai termasuk Padang Merdeka, turut dimaklumkan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang kemudian menurunkan bahan kempen berkenaan. 

Sepanjang kempen di Miri, DAP memasang pelbagai sepanduk memburukkan kerajaan BN di sepanjang laluan utama yang menjadi tumpuan ramai antaranya kawasan sekitar bulatan Pujut dan sepanjang Jalan Kuala Baram yang sentiasa sesak dengan lalu lintas terutama pada waktu puncak. 

Dan apabila Abdul Taib merasmikan gereja di Mukah, pembangkang mendakwa pula Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) bukan orang Islam sejati, sedangkan kerajaan negeri mengamalkan ajaran Islam sebenar.
Paling ketara di Sarawak tempoh hari ialah konsep kempen DAP yang 100 peratus menampakan permainan sentimen perkauman. Apabila ada sebilangan orang Melayu bercakap berkenaan nasib bangsa Melayu dan hak-hak orang Melayu, maka akan kedengaranlah perkataan rasis. 

Tetapi apabila DAP terang-terangan menggunakan isu perkauman tiada orang yang membangkitkan perkataan rasis.

Berbalik kepada Manoharan, dia barangkali cuba meraih 'publisiti murahan' untuk memastikan namanya berada dalam fikiran rakyat tetapi dalam kaedah yang amat dangkal sekali.

Ternyata, Manoharan tidak belajar dari sejarah. Salah satu kutipan yang paling terkenal mengenai sejarah dan pentingnya kita belajar mengenai sejarah ditulis oleh seorang ahli falsafah Sepanyol, George Santayana. Katanya: "Mereka yang tidak mengenal masa lalunya, dikutuk untuk mengulanginya."

Ahli falsafah Jerman, Georg Wilhelm Friedrich Hegel pula mengemukakan dalam pemikirannya tentang sejarah: "Inilah yang diajarkan oleh sejarah dan pengalaman, bahawa manusia dan pemerintah tidak pernah belajar apa pun dari sejarah atau prin sip-prinsip yang didapati darinya."

Ungkapan ini diulang kembali oleh negarawan Inggeris, Winston Churchill. Kata beliau: "Satu-satunya hal yang kita pelajari dari sejarah adalah bahawa kita tidak benar-benar belajar darinya."

Teresa mungkin cepat bertindak apabila menolak pandangan Manoharan sebagai bukan melambangkan pendirian DAP dan mengingatkan Manoharan supaya lebih berhati-hati bila mengeluarkan sebarang kenyataan.

Namun banyak gelagat DAP selama ini dilihat melukakan hati orang Melayu. Antaranya cuba mahu menghalang perarakan Maulidur Rasul di Pulau Pinang dan beberapa lagi. 

Dengan pelbagai pihak sedang giat dan teruja membuat persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13, 'kempen' secara agresif oleh pihak tertentu dipercayai akan mewarnai situasi pilihan raya umum kelak.

Apatah lagi difahamkan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sudah pun berdikit-dikit membuat persiapan menggerakkan proses PRU 13. Dikatakan sebilangan tender untuk bekalan alat-alat tulis ke seluruh pejabat SPR negeri yang akan digunakan oleh hampir 200,000 petugas baru sahaja ditutup. Peti-peti undi mana yang pecah dan hilang, telah dikira untuk diganti. 

Demikian juga dengan nama para pegawai pengurus (RO) dan timbalannya, senarainya sudah pun ada di tangan suruhanjaya. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) pun telah dimaklumkan tentang jumlah kakitangan kerajaan yang akan dilibatkan untuk urusan pilihan raya.

Dalam sibuk memperkatakan isu Manoharan dan kenyataan 'membela' ADUN Kota Alam Shah oleh Teresa itu, di satu sudut lain, sikap acuh tak acuh Pas terhadap sekutunya itu menimbulkan banyak persoalan yang hingga kini belum terungkai.

Dengan Pas yang hanya bertanding sejumlah 67 kerusi Parlimen dari lebih 200 kerusi, sekali pun ia memenangi kesemua 67 kerusi itu, parti itu masih belum mampu untuk menjadi satu "force of simple majority" untuk membolehkannya membentuk kerajaan.

Dan yang lebih pasti, DAP tidak akan membenarkan Pas merampas leading role dalam kerajaan bayangan mereka.

Sumber : Utusan Online

Thursday, September 22, 2011

Wang pembinaan bangunan MAINS adalah wang pelaburan dan bukanya wang dari hasil kutipan zakat - MB

YB Paroi Taufek yang sengaja menimbulkan isu pembangunan yang akan dilaksanakan oleh MAINS adalah bersifat dengki semata mata. Alasan bahawa beliau lebih mementingkan pembelaan asnaf tidak munasabah kerana kerajaan  Negeri Sembilan telah melaksanakan tanggungjawab dan kewajipan menjaga asnaf yang sepatut menerima bantuan sepatutnya.

Wang dilaburkan oleh kerajaan Negeri dalam pembinaan bangunan setinggi 15 tingkat bukanlah wang dari hasil kutipan zakat. Wang yang digunakan adalah wang pelaburan, menurut Menteri Besar Negeri Sembilan apabila dihubungi oleh Politik Negeri Sembilan. Jelas sudah apa yang mahu disebarkan oleh YB taufek adalah fitnah semata mata untuk dijadikan bahan politik fitnah PAS.

Berita sebelum ini