Showing posts with label Aspan Alias. Show all posts
Showing posts with label Aspan Alias. Show all posts

Wednesday, August 17, 2011

Aspan oh Aspan ..kemaruk dan taksub pada DAP sehingga meramalkan BN lingkup PRU13

Kesian dengan Aspan Alias yang sekarang ini begitu kemaruk dan taksub sekali dengan DAP dan kebelakangan ini melihat DAP adalah sebuah parti yang hebat sekali. kata apa punj pasal DAP dengan Aspan Alias sekarang ianya tidak akan jalan dan tidak akan diterima oleh Aspan. Aspan sanggup pergi ke majlis  makan malam DAP yang pastinya menghidangkan ba alif ba ya.

Dalam tulisan terbaru Aspan yang banyak menggunakan angan angan dan sedikit fakta fakta yang sudah tidak lagi relevan untuk menrelisasikan penulisannya dan juga menyedapkan hatinya yang kini taksub kepada DAP, Besar kot , Anthony Loke hulur tiap tiap bulan Aspan. 99 % sukar untuk kita percaya lagi. Aspan Alias sekarang hanya mahu membuktikan kesetiaan dia kepada Anthony Loke.Mungkin Aspan sedang menginding mana mana kerusi yang boleh dia dicalonkan bawah tiket DAP.

Lihat saja apa yang di "pridict" oleh Aspan dalam tulisan terbaru Aspan :

" Kita sedikit sebanyak boleh membuat ‘prediction’ awal tentang apa yang akan berlaku di Semenanjung dalam pilihanraya nanti. Dalam pilihanraya yang lepas di Semenanjung BN telah memenangi hanya 80 kerusi termasuk kerusi yang di menangi oleh calun bebas yang menggunakan symbol PAS, iaitu Ibrahim Ali.

Dalam kumpulan 80 calon BN yang menang ini adalah 15 yang dimenangi oleh MCA, 1 oleh Gerakan dan 2 lagi oleh MIC. Lain-lain perkataan UMNO Semenanjung hanya memenangi 62 kerusi dan menjadi 70 kerusi jika di campurkan dengan kerusi-kerusi UMNO/BN yang dimenangi di Sabah.

Jika UMNO mampu mempertahankan semua kerusi yang dipertandingkan di Semenanjung ia bermakna UMNO hanya mempunyai 62 kerusi selain dari tambahan sebanyak 8 kerusi di Sabah (jika menang). Jika MCA tewas di 11 kerusi di Semenanjung seperti yang di telah di ramal oleh banyak pihak maka BN di Semenanjung hanya memenangi 67 kerusi kesemuanya. Justru BN terpaksa menjadikan Sabah dan Sarawak sebagai tumpuan untuk mencukupi kerusi bagi membentuk kerajaan dengan majoriti mudah 112 kerusi. "

Tulisan Aspan banyak berkisarkan kepada perkataan jika, Aspan lupa pula untuk menulis bagaimana pula jika rakyat yang sudah mulai bosan dengan pakatan rakyat dan sudah mula  merasakan tertipu dan jika mereka menghumban semua calon calon pakatan rakyat atau sebahagian dari calon calon berkenaan dan memberikan undi kepada Barisan Nasional. Siapa lagi  yang Aspan akan jilat selepas ini jika  Anthony Loke  juga menghuban Aspan .

Aspan tidak  perlulah mengkhianat perjuangan bangsa , tulis apa sekali rakyat sudah tidak percaya kerana mereka tahu di mana  landasan perjuangan  Aspan. bagi saja fulus lebat , orang itu lah yang baik, kalau tak bagi siapa aku akan tulis macam macam yang buruk mengenai diri kamu. Apakah Aspan tidak  merasa malu dengan orang orang kampung. Fulus punya pasal sanggup korbankan Melayu dan Islam.

Monday, August 15, 2011

Inilah bakal Perdana Menteri Malaysia yang hebat

Sejak menyertai DAP dan menjadi penulis akhbar fitnah Roket Aspan Alias kini bertambah lantang mengkritik UMNO dan kini dilakukan secara terus terang di blognya. Aspan bukan lagi seorang Ahli UMNO pada dasarnya dan Aspan kini tanpa segan silu mengkritik UMNO.

yang paling menarik, Aspan kini lebih hebat dari Perdana Menteri, Perdana Menteri bagi Aspan adalah seorang yang bodoh seorang yang tidak tahu memimpin. Aspan mengkritik Perdana Menteri melantik Palinevel sebagai menteri penuh  dengan alasan kononnya kerajaan mahu memujuk hati kaum India, Aspan juga mengkritik PerdananMenteri kerana Memilih Sharizat Jalil sebagai menteri walaupun kalah kepada Nurul Izzah, Beliau juga mengkritik tentang size kabinet kerajaan Malaysia yang kononnya  satu ketika dahulu lebih besar dari kerajaan Amerika.

Siapa Aspan Alias ini, hebat  sangat ke mamat ini sehingga memandang rendah kepimpinan Perdana Menteri. Aspan ini kalau bertanding belum tentu boleh menang lagi untuk mewakili rakyat. Wakil rakyat pun tak layak lagi  sudah mahu kritik Perdana Menteri seolah olah dia hebat sangat.

Pendek kata  Aspan ini menyangkakan bahawa dia lebih hebat dari semua yang menguruskan MAS dan juga Air Asia dan tanggapan beliau adalah kerajaan mahu menipu rakyat dengan apa yang berlaku dengan MAS dan Air Asia. Siapa Aspan ini, Apakah dia ini manusia yang paling hebat yang boleh menggantikan Perdana Menteri dan boleh membawa  Malaysia menjadi sebuah negara yang paling maju di bawah kepimpinan Perdana Menteri Aspan Alias.

Beliau juga mengatakan bahawa UMNO sudah tidak lagi merupakan  parti yang membangunkan bangsanya tetapi hanya tinggal sebagai parti yang hanya memberi masalah bukan sahaja kepada orang Melayu, UMNO dan ahlinya sendiri tetapi kepada bangsa lain dan negara secara keseluruhannya. Ini hanyalah kerana Aspan kini telah menyertai DAPig dan di biayai oleh DAPig. Ini juga kerana DAPig telah mengambil alih memberi makan anak dan bini Aspan dan Aspan kini sanggup mencaci bangsa kerana menerima imbuhan dari DAPig.

Aspan sebenarnya tidak lebih dari seorang pencacai yang keciwa yang sentiasa mencari cerita telor setengah masak untuk digoreng bagi menerima imbuhan dari DAPig. Boleh percaya ka apa yang ditulisnya.

Monday, August 1, 2011

Aspan Alias Bloggers tandus !!!

Siapa sebenarnya Aspan Alias yang kini begitu lancang sekali menghentam Menteri Besar Negeri Sembilan dengan tulisan yang mencari kesilapan Menteri Besar dan yang tidak silap akan diubah sebagai satu kesilapan besar kerana sakit hati dan mengharapkan  Menteri Besar Negeri Sembilan akan  memberikan respons  dan mungkin selepas itu ada  tawar menawar akan berlaku untuk menutup mulut Aspan. Malangnya ini tidak akan mungkin terjadi dan jika itu yang Aspan harap teruskan lah menyalak sampai ke subuh sekali.

Aspan Alias yang kecewa mungkin tidak dapat apa yang dihajati menggunakan blog  untuk mengugut Menteri Besar Negeri Sembilan dengan fitnah fitnah yang " half true " nya  untuk menarik perhatian Menteri Besar memberikan ganjaran kepada beliau.

Semalam Aspan berada di pentas ceramah  DAP bersama  Anthony Loke  di Tampin kerana mahu memburukkan  Menteri Besar Negeri Sembilan. Aspan dibayar oleh Anthony kalau  datang ceramah buta tidak mungkin  Aspan akan hadir. Apakah mungkin Aspan akan menyertai DAP bersama Chegu Bard dan bertanding atas tiket DAP  pada PRU 13?

Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan perlu menyiasat apakah benar Aspan Alias yang dikatakan ahli UMNO berada di pentas pembangkang adalah benar benar ahli UMNO. Sekiranya beliau adalah ahli UMNO tindakan perlu diambil terhadap beliau.