Thursday, February 6, 2014

Anwar di penjara 6 tahun masih boleh jadi calon?



Apa nak buang masa kat Kajang kerana ini permainan Anuar. Kalau dia nak main taik biaralah dia main taik, buat apa kita nak main taik sekali.

Biar dia bercakap sorang sorang. Jika dia menang pun belum tahu Sultan akan membenarkan dia menjadi menteri besar Selangor.

Hairan juga macam mana Anwar Ibrahim ini bekas banduan yang di penjara selama 6 tahun atas kesalahan salah guna kuasa boleh bertanding Parlimen di Permatang Pauh dan bileh bertanding DUN Kajang.

Siapa yang boleh berikan penjelasan kenapa dia masih boleh bertanding?????

Saturday, January 25, 2014

Jenazah Allahyarham Datuk Harun Taib Selamat Dikebumikan

Kuala Terengganu: Jenazah Ketua Dewan Ulama PAS, Allahyarham Datuk Harun Taib selamat dikebumikan di tanah perkuburan persendirian keluarganya di Kampung Padang Ujib, Manir, jam 11 pagi tadi. 
Terdahulu jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembik di sini (semalam)

10 kata hikmah Allahyarham ustaz al fadhil Harun Taib

1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”

2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”

3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”

4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”

5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”

6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.

7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”

8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”

9) HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”

10) HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”.

Khalid Undur - Siapa MB Selangor Baru ???

SHAH ALAM 24 Jan. - Pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri Besar dan perlu digantikan dengan individu lain.

Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid berkata, kedudukan Abdul Khalid sememangnya dibincangkan dalam satu mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.

"Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan supaya beliau digantikan,"

Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan PKR khususnya di negeri ini yang mahu Abdul Khalid digantikan daripada terus memegang jawatan Menteri Besar.

Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Abdul Khalid di negeri ini.

Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa Januari 2014.

\Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan pembangunan oleh kerajaan negeri.

Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan Abdullah Sani itu dilihat bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution semalam yang menafikan Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Menurut Saifuddin, isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 15 Januari lalu.

Dalam pada itu, Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang dilihat tidak menepati aspirasi parti.

"Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan anggota pentadbiran negeri," ujarnya.

Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keputusan sebulat suara itu belum dibawa ke pihak PKR Pusat untuk dibincangkan dan diputuskan bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang lain dari DAP dan Pas.

Tuan Guru Alfadhil Ustaz Harun Bin Taib KEMBALI KE RAHMATULLAH - AL FATIHAH

AL FATIHAH..
Buat Tuan Guru Alfadhil Ustaz Harun Bin Taib Dewan Ulamak Pas Pusat Kembali Ke Rahmatullah...Kita kehilangan salah seorang pemimpin PAS yang kuat menentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam dan menolak campurtangan DAP dalam PAS,..Moga2 Rohnya Dicucuri Rahmat Oleh Allah SWT. ..Amin

Friday, January 24, 2014

Awie & Erra Kembali Bercinta ?!


Woo pasangan yang pernah menggemparkan dunia hiburan tanahair ni sekali lagi bikin panas apabila di beritakan akan kembali bercinta ! 

Bukan ka dua-dua dah berpunya ? Apa ada hubungan senyap-senyap pula ka ??

JANGAN PANIK , hubungan tersebut hanyalah sekadar mengamit semula nostalgia filem yang mencipta fenomena sekitar tahun 90-an iaitu Sembilu dan Sembilu 2 yang akan dipertontonkan dalam satu pementasan teater muzikal bertajuk Konsert Teaterikal ‘Suara Kita’. Pementasan konsert berkenaan merupakan cetusan idea daripada Awie sendiri.

“Sebelum memulakan langkah, orang pertama saya jumpa ialah isteri saya, Rozana. Saya beritahu dia tentang idea projek ni. Saya tahu yang saya haru jaga perasaan dia malah perasaan ramai orang”

“Mula-mula tu dia terperanjat juga lah. Tapi saya berterima kasih kepada dia kerana memberi saya lampu hijau. Katanya demi kerja dan karya, kenapa tidak. Lagipun dia adalah peminat Erra dan Ziana,” kata Awie ketika di sidang media pengumuman konsert berkenaan, bertempat di Istana Budaya, semalam.

Tambah vokalis kumpulan Wings ini lagi, selepas ‘mendapat restu’ daripada isterinya, beliau yang kebetulan berjumpa dengan Ziana Zain sewaktu di sebuah acara, terus menyuarakan hasratnya kepada teman seangkatannya itu. Kelegaan kali kedua dirasai apabila penyanyi bersuara lantang itu menyambut baik idea projek tersebut.

“Kemudian saya jumpa Ziana masa kami kebetulan buat show di sebuah acara. Saya beritahu dia tentang idea konsert ni dan dia terus setuju. Tapi dia bertanya kepada saya bagaimana pula dengan Erra. Ketika tu saya belum lagi berjumpa dengan Erra”
“Sewaktu program saya, ‘Tunggu Sekejap’ pihak TV3 buat kejutan pada saya dengan mengundag Erra jadi tetamu program tu. Sewaktu itu saya suarakan hasrat saya. Tergagap-gagap jugalah saya nak akap dengan Erra. Tak sangka dia juga menyambut baik projek ni”, jelasnya sambil diperhatikan oleh Erra dan Ziana yang turut hadir pada sidang media berkenaan”

Bertempat di Panggung Sari Istana Budaya, pementasan selama 7 hari berturut-turut ini berkonsepkan gabungan lakonan dan nyanyian dalam mengimbau episod kegemilangan filem-filem Melayu pecah panggung yang pernah menggegarkan industri filem Malaysia dua dekad lalu iaitu ‘Sembilu’, ‘Sembilu 2′, ‘Tragedi Oktober’, ‘Maria Mariana 2′ dan ‘Merah’.

Pementasan selama 2 jam 30 minit ini akan memanifestasikan semula sorotan babak-babak dari deretan filem tersebut sebagai teras dan latar penceritaan.Baca Selanjutnya 

Gandingan 3 orang artis yang pernah bikin gempar ni mesti menarik bahkan sudah tentu para peminat masing-masing tak sabar-sabar nak menyaksikan pementasan tersebut.

Apa pun MMI ucapkan selamat maju jaya dan pesanan MMI biarlah ianya sekadar lakonan bukan apa bimbang jadi macam kes yang sorang anak pemimpin tu !!

Psstt wa suka Wings ma ....

Surat Perjanjian Perceraian Nurul Izzah Tersebar Di FB

Sebahagian isi kandungan surat perjanjian penyelesaian perceraian Nurul Izzah yang dimuatnaik di laman FB pada Jumaat.
Sebahagian isi kandungan perjanjian penyelesaian perceraian dipercayai di antara Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Raja Salim tersebar luas di laman media sosial, Facebook pada Jumaat.

Isi kandungan perjanjian itu yang dimuatnaik oleh seorang pengguna di laman tersebut menunjukkan ia menyerupai draf surat oleh pejabat peguam.

Antara yang terkandung dalam perjanjian tersebut adalah mengenai persetujuan kedua-dua belah menyelesaikan isu perceraian, tuntutan selepas perceraian dan hadhanah anak-anak mereka secara damai.

Menurut surat perjanjian itu, mereka juga bersetuju kes tersebut diselesaikan tanpa membabitkan sebarang perbicaraan di mahkamah.

Dalam pada itu, pasangan tersebut juga didakwa telah membuat satu perjanjian mengenai beberapa perkara lain di mana ia akan berkuatkuasa dari tarikh perjanjian penyelesaian itu ditandatangani.
Bagaimanapun, kesahihan mengenai surat perjanjian itu tidak dapat dipastikan.
Pada Khamis, Nurul Izzah disahkan memfail penceraian terhadap suaminya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan.

Nurul Izzah, 33, membuat tuntutan fasakh bagi membatalkan perkahwinannya dengan Raja Ahmad Shahrir , 35, pada akhir Disember tahun lalu.

Dalam kenyataan media bersama pada Khamis, Nurul Izzah dan Raja Ahmad Shahrir Raja Salim meminta supaya mereka diberikan ruang peribadi untuk menyelesaikan isu itu.

"Kami amat sedih dengan cubaan gangguan yang menyentuh perkara peribadi kami apabila kami gigih berusaha untuk memastikan kelangsungan perkahwinan ini.
"Keluarga kami menjadi keutamaan," kata mereka pada Khamis.