Ingat Lautan Hindi macam swimming pool ke?? |
Friday, March 28, 2014
Friday, March 14, 2014
Zatul Reda Keputusan Mohd (Mentor) Bebas Tuduhan Rogol
PETALING JAYA: Peserta program realiti tv Mentor musim keenam, Zatul mengakui terkejut dengan kenyataan Juara Mentor keempat iaitu Mohd yang mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol.
Zatul atau nama sebenarnya Noor Nazatul Farahin, 25, bagaimanapun enggan mengulas panjang mengenai perkara tersebut dan reda sekiranya keputusan berpihak kepada bekas teman lelakinya itu.
"Biar Allah sahaja yang tentukan. Saya tak tahu nak cakap apa lagi dah dan saya tidak mahu lagi komen berhubung perkara ini.
"Cukuplah saya dan keluarga mendapat malu. Beri saya ruang untuk meneruskan kehidupan saya," katanya yang dihubungi mStar Online pada Khamis.
Mohd atau nama sebenarnya Mohd Izwan Mohd Nor, 28, menerusi sebuah portal mengesahkan dirinya bebas daripada tuduhan merogol bekas teman wanitanya, Zatul.
Keputusan tersebut telah diklasifikasikan sebagai No Further Action (NFA) yang bermaksud tiada tindakan selanjutnya oleh pihak polis dan ia boleh dirujuk di Ibu Pejabat Polis Ampang Jaya.
Terdahulu, sebuah akhbar melaporkan seorang lelaki yang juga juara program realiti televisyen telah di reman mengikut Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana kesalahan merogol.
Jika disabit kesalahan, penyanyi berkenaan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mangsa yang dikatakan teman wanita penyanyi berkenaan dirogol kira-kira pukul 12.40 tengah hari pada 31 Januari 2013 di rumah pemuda tersebut di Ukay Perdaya, Ampang dekat sini.
Sementara itu, Zatul yang merupakan protege kepada pelakon dan pengacara, Fauziah Ahmad Daud (Ogy) berharap, selepas ini tiada lagi mana-mana pihak media menghubunginya bagi mengulas isu tersebut.
"Saya tidak mahu media telefon saya untuk bertanyakan kes (rogol) ini. Cukuplah dengan apa yang saya lalui kerana macam mana pun ia dilihat seperti tiada jalan penyelesaian.
"Apabila terjadinya perkara seumpama ini, yang buruknya tetap perempuan. Di dunia mungkin dia terlepas. Jadi, biarlah," ujarnya.
Thursday, February 6, 2014
Anwar di penjara 6 tahun masih boleh jadi calon?
Apa nak buang masa kat Kajang kerana ini permainan Anuar. Kalau dia nak main taik biaralah dia main taik, buat apa kita nak main taik sekali.
Biar dia bercakap sorang sorang. Jika dia menang pun belum tahu Sultan akan membenarkan dia menjadi menteri besar Selangor.
Hairan juga macam mana Anwar Ibrahim ini bekas banduan yang di penjara selama 6 tahun atas kesalahan salah guna kuasa boleh bertanding Parlimen di Permatang Pauh dan bileh bertanding DUN Kajang.
Siapa yang boleh berikan penjelasan kenapa dia masih boleh bertanding?????
Saturday, January 25, 2014
Jenazah Allahyarham Datuk Harun Taib Selamat Dikebumikan
Kuala Terengganu: Jenazah Ketua Dewan Ulama PAS, Allahyarham Datuk Harun
Taib selamat dikebumikan di tanah perkuburan persendirian keluarganya
di Kampung Padang Ujib, Manir, jam 11 pagi tadi.
Terdahulu jenazah Allahyarham dimandi dan disembahyangkan di Markaz Tarbiyah PAS Kubang Lembik di sini (semalam)
10 kata hikmah Allahyarham ustaz al fadhil Harun Taib
1) ISU KALIMAH ALLAH :”Saya juga berpuas hati dan menyokong penuh
keputusan Mahkamah Rayuan semalam tidak membenarkan kalimah Allah
digunakan dalam majalah The Herald. Dalam bab akidah, Islam kena jaga,”
2) ISU KALIMAH ALLAH: “Saya tidak bersetuju dengan pendapat Mohd. Asri, sebagai orang Islam, saya tetap tegaskan bahawa kalimah Allah hanya hak agama dan umat Islam, bukan Islam tiada hak menggunakan kalimah suci itu,”
3) ISU KALIMAH ALLAH: “Majlis Syura Ulama PAS tidak akan menarik balik atau berbincang apa-apa lagi mengenai isu ini. Ia melibat kan akidah, bukan sesuatu yang boleh mendapat kelonggaran,”
4) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Manakala di pihak Majlis Syura Ulama pula, hendaklah meneliti kembali Tahaluf Siyasi bersama PKR dikaji semula setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam Tahaluf Siyasi,”
5) HUBUNGAN POLITIK DENGAN PKR:”Saya mengharapkan agar PAS Pusat segera menubuhkan sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai kembali Tahaluf Siyasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia menguntungkan PAS,”
6) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Secara umumnya bahawa bukan sahaja hudud tapi syariat Islam itu dilaksanakan selepas berjaya mendapat keyakinan rakyat untuk memimpin Malaysia”.
7) MEMBIDAS KATA-KATA KARPAL SINGH: “Kita menegaskan bahawa pihak kami tidak bersetuju tindakan Pengerusi DAP, YB Karpal Singh yang dilihat mencampuri urusan Majlis Syura Ulamak PAS yang telah diputuskan secara kolektif,”
8) HIMPUNAN BLACK505: “Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib mengulangi bahawa parti itu tidak secara sukarela menganjur atau mengambil bahagian dalam perhimpunan itu (Black 505) kerana telah menerima keputusan pilihan raya umum ke-13,”
9) HIMPUNAN BLACK505: “Saya tidak berminat untuk berbuat demikian kerana untuk membantah keputusan pilihan raya itu dan saya tidak tahu kenapa mereka membantah itu (keputusan pilihan raya),”
10) HIMPUNAN BLACK505: “Fikirkan kemenangan melalui kesabaran. Kesabaran adalah kunci yang membuka. Apa perlu kemenangan yang isinya belum ranum,”.

Khalid Undur - Siapa MB Selangor Baru ???
SHAH ALAM 24 Jan. - Pimpinan Parti Keadilan
Rakyat (PKR) Selangor sebulat suara bersetuju tanpa sebarang bantahan
supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim meletak jawatan sebagai Menteri
Besar dan perlu digantikan dengan individu lain.
Ahli Parlimen Kuala Langat dari PKR, Abdullah Sani Abdul Hamid
berkata, kedudukan Abdul Khalid sememangnya dibincangkan dalam satu
mesyuarat Majlis Pimpinan PKR Selangor yang dipengerusikan oleh
Pengerusi PKR negeri, Azmin Ali baru-baru ini.
"Memang dalam mesyuarat tersebut kita ada membangkitkan kedudukan
Abdul Khalid sebagai Menteri Besar dan kita telah membuat keputusan
supaya beliau digantikan,"
Beliau mengulas desas-desus wujud desakan kuat daripada kepemimpinan
PKR khususnya di negeri ini yang mahu Abdul Khalid digantikan daripada
terus memegang jawatan Menteri Besar.
Desakan itu dikatakan berkait rapat dengan rasa tidak puas hati dalam
kalangan kepemimpinan PKR Selangor terhadap corak pentadbiran Abdul
Khalid di negeri ini.
Sebelum ini Azmin yang juga Timbalan Presiden PKR dilaporkan sering
mengkritik pentadbiran Abdul Khalid melibatkan beberapa isu antaranya
menyelar keputusan kerajaan negeri menaikkan gaji dan elaun anggota
pentadbiran Selangor di antara 80 hingga 373 peratus berkuat kuasa
Januari 2014.
\Selain itu, Azmin juga dilaporkan pernah bertindak melalui Kelab
Penyokong Kerajaan (BBC) Negeri Selangor mengemukakan memorandum kepada
Abdul Khalid ekoran tidak berpuas hati dengan pengurangan peruntukan
pembangunan oleh kerajaan negeri.
Walau bagaimanapun, apa yang dinyatakan Abdullah Sani itu dilihat
bercanggah dengan kenyataan Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin
Nasution semalam yang menafikan Azmin bakal menggantikan Abdul Khalid
sebagai Menteri Besar.
Menurut Saifuddin, isu tersebut tidak dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR pada 15 Januari lalu.
Dalam pada itu, Abdullah Sani yang juga Timbalan Presiden Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan, keputusan menggantikan
Abdul Khalid tersebut dibuat berasaskan keadaan pentadbiran negeri yang
dilihat tidak menepati aspirasi parti.
"Keputusan itu dibuat atas sebab cara Abdul Khalid mentadbir negeri
ini membabitkan isu-isu tertentu antaranya industri air, Perbadanan
Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), kenaikan elaun Menteri Besar dan
anggota pentadbiran negeri," ujarnya.
Walau bagaimanapun, beliau memberitahu, keputusan sebulat suara itu
belum dibawa ke pihak PKR Pusat untuk dibincangkan dan diputuskan
bersama pimpinan tertinggi pakatan pembangkang yang lain dari DAP dan
Pas.
Tuan Guru Alfadhil Ustaz Harun Bin Taib KEMBALI KE RAHMATULLAH - AL FATIHAH
AL FATIHAH..
Buat Tuan Guru Alfadhil Ustaz Harun Bin Taib Dewan Ulamak Pas Pusat Kembali Ke Rahmatullah...Kita kehilangan salah seorang pemimpin PAS yang kuat menentang penggunaan nama Allah oleh bukan Islam dan menolak campurtangan DAP dalam PAS,..Moga2 Rohnya Dicucuri Rahmat Oleh Allah SWT. ..Amin

Subscribe to:
Posts (Atom)